Chapter 4

Fantasy Series 5351

Di waktu malam yang indah itu terlihat seorang gadis yang duduk termenung di hadapan tingkap yang terbuka.

Dia duduk termenung di situ sambil menatap bulan yang mengambang penuh dengan penuh khusyuk. Dalam sibuk dia menatap bulan itu, pintu biliknya dikuak oleh seseorang.

"Qeela, buat apa buka tingkap malam-malam ni? Tak sejuk ke?" Lantas Miaa, kawan baiknya berjalan kearahnya. "Saja nak tengok bintang, bulan" Balasnya.

"Dah-dah tutup tingkap tu. Sejuk ni. Mari masuk tidur" Ajak Miaa yang sedang berpeluk tubuh itu.

Dia hanya menuruti. Lantas tingkap yang terbuka penuh itu dikatup rapat. Kaki dihayun ke katil dan terus membaringkan tubuhnya. Miaa pula hanya memperhatikan tingkahlakunya. Sedar dia sedang diperhatikan, dia memaling kearah Miaa yang tidak habis menilik wajahnya.

"Dah kau bila nak keluar? Nak suruh aku heret pergi bilik kau ke?" Tanyanya dingin. Miaa tersentak dengan cara percakapan Aqeela. Dengan cepat dia melangkah keluar dari bilik Aqeela itu.

Setelah kelibat Miaa hilang dari bayangan, dia mengeluh berat. Dalam hatinya penuh dengan ucapan maaf kerana percakapannya tadi. Dia tidak seharusnya marah kepada Miaa. Lagipun bukan salah Miaa. Dia mengeluh sekali lagi sebelum mengiring ke kanan dan terus memejamkan mata.

Di kafe itu hanya sunyi, langsung tiada bunyi suara. Para pelanggan pun tidak ada lagi. Yelah, baru buka..kan? Aqeela hanya melakukan tugasannya seperti biasa tanpa melayani karenah dua beradik yang sedang asyik mencuri tengok kearahnya itu.

"Miaa.. kenapa dengan Qeela tu? Dia tak sihat ke?" Soal Mirza yang sedang mengelap meja itu. Miaa yang sedang menyapu itu mengangkat bahu. Dia pun tak tahu kenapa dengan Aqeela. Sejak semalam lagi, Aqeela begitu. Langsung taknak cakap dengannya. Seolah-olah sedang melancarkan perang dingin.

Aqeela yang dengar setiap bait ayat yang dibicarakan oleh mereka hanya membuat tidak endah. Dia bergerak ke dapur. Dua buah pinggan mangkuk yang berada dalam singki mengamit perhatiannya. Lantas dibasuhnya. Miaa yang baru memasuki ruangan dapur tu tidak disedarinya.

Miaa pula timbul idea jahat.Dia ingin mengejutkan Aqeela yang sedang leka membasuh pinggan itu.

1

2

3

"Baa!" Aqeela yang terkejut menjatuhkan pinggan ke lantai yang mengakibatkan pinggan itu pecah berderai. Miaa tergamam. "Kau ni dah kenapa?! Takde kerja ke nak sergah-sergah orang?! Tengok tu.. dah pecah pinggan!" Marah Aqeela. Merah muka Miaa menahan tangis. Mirza yang mendengar kekecohan itu berlari ke dapur untuk melihat.

Dia jadi terdiam apabila melihat Aqeela yang sedang membongkok untuk mengutip serpihan pinggan. Miaa pula menitiskan beberapa titik air mata. Mirza kebingungan sendiri.

"Kenapa ni?" Setelah lama berdiam, akhirnya dia mengeluarkan suara. Dia menghampiri Miaa. Bahu adiknya itu dirangkulnya.

"Kenapa ni qeela..Mia? Kenapa dengan korang ni?" Tanya Mirza lembut.

Aqeela hanya mengendahkan sahaja. Serpihan yang dikutip tadi dimasukkan dalam plastik lalu dia berjalan pergi meninggalkan dua beradik itu.

Mirza hanya membiarkan. Wajah merah padam Miaa dipandang. "Kenapa ni Miaa? Kenapa nangis? Aqeela pulak..kenapa dia marah sangat tu?" Soal Mirza. Jarinya lincah mengesat air mata adiknya yang menitis. Miaa menceritakan semuanya. Mirza mendiamkan diri. Dengan teliti dia mendengar cerita Miaa.

"Ouh..macam tu" Mirza mengangguk perlahan. Dahi diurut. Pening nak layan karenah diorang ni. Aqeela pulak..tak tahu apa masalah dia!

*****
Gais pendek je chapter kalini! Oke saya ada nak cakap something ni. Jadual saya untuk update tak menentu. Maybe saya update 2 hari lagi ke?

Saya memang betul ii ada banyak benda kena setel. Dekat pun sama. Saya update tak menentu. So saya nak minta maaf sangat-sangat!!

Untuk chapter kali ni saya minta abaikan typo!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience