Chapter 3

Fantasy Series 5353

Mulut Aqeela masih lagi tidak henti-henti melopong. Manakan tidak baru semalam Miaa memberitahunya bahawa Miaa sebenarnya mempunyai kafe sendiri namun dia tidak percaya. Sekarang, sebuah kafe tersergam indah di hadapannya.

"Amacam, percaya tak? Haa.. tulah bila aku beritahu kau cakap aku tipu. Ni sekarang mulut tu melopong luas, seluas gua, kau..!"

Bahu sahabatnya di sebelah ditepuk tidak percaya. "Betul ke ni? Ke ni kedai tu orang lain. Kau je yang sedap mulut claim ni kedai kau. Aku tak pernah percaya ar!" Ujar Aqeela masih tidak percaya. Miaa disebelahnya sudah berasap telinganya apabila dikata begitu.

"Oii cik qeela! Biarpun mulut aku ni kejam tapi aku tak pernah lagi tau claim kedai orang sebagai aku punya! Dah, jom masuk!" Dia mengheret Aqeela menyuruhnya masuk ke dalam. Setelah masuk kedalam kafe milik Miaa itu... Fuh! tidak terkata Aqeela dibuatnya.

"Fuyoh! Cantiknya!" Jika tadi mulutnya melopong seluas gua tapi sekarang ni dia melopong seluas lautan tapi bukan mulut je, ni sekarang biji mata macam nak terjojol keluar je!

Miaa apalagi.. tersenyum banggalah dia apabila dipuji walaupun yang dipuji itu kedai bukan dirinya. Heh, mana boleh aku yang secantik ini disamakan dengan kedai! Eitss, perasan pulak dia ni.. bidas otaknya.

"Haa cantik kan? Kafe ni aku deko sendiri tau. Nampak betapa kreatifnya aku, kan? Hohoho!" Aqeela hanya mengangguk. Bukan apa tapi apa yang dikatakan oleh Miaa itu merupakan fakta. Suasana kafe itu tidak ubah seperti suasana dulu.

Dengan kerusi yang diperbuat daripada rotan namun masih lagi kukuh. Meja yang juga diperbuat daripada rotan dan dihiasi dengan pelbagai daun-daun sungguh menambahkan suasana seperti dalam hutan. Dinding pula dihiasi dengan daun yang berantaian. Tidak lupa juga bunga-bungaan yang segar lagikan berwarna-warni digantung bagi menambahkan lagi suasana meriah itu.

Ini baru dekat sini, belum lagi dapur. Lalu dia melangkah ke dapur dan masyallah! Dapur tak serupa dapur. Dengan dekorasi yang sama dengan di bahagian luar sungguh membuatkan Aqeela tersenyum kagum. Batang sudu juga disalut dengan kayu rotan. Singki pula macam air terjun. Dengan air yang memancut keluar itu ditambah pula dengan hiasan di tepi. Dia hanya mampu memuji didalam hati. Air di singki pun jernih je. Macam bukan singkilah. Luar biasa betul! Kat luar tadi pun dah cantik dengan pintu yang hanya menggunakan kayu!

Dia memandang ke arah Miaa yang bersandar pada dinding. Reaksi mukanya bersahaja namun mulutnya tersengih belagak. Haa.. ini je perhiasan yang tak cantik! Mesti ada je dia membongak nanti.. kutuk Aqeela mengenangkan senyuman bangga Miaa itu.

"Well, isn't pretty, Aqeela? No..no..no it's not just beautiful but wonderful, amazing, fabulous!" Haa kan dah cakap! Aqeela menggulingkan matanya keatas. Menyampah pulak dengar!

Ting.. tong

Bunyi loceng itu mengejutkan Aqeela. Memang kafe itu akan berbunyi loceng jika ada orang masuk kedalam. Senang nak tahu. Terlihatlah seorang jejaka melangkah masuk kedalam kafe tersebut. Namun wajahnya tidaklah Aqeela nampak pula. Miaa pula hanya memberikan reaksi bersahaja. Seakan-akan sudah biasa dengan suasana itu.

"Yow bro! Lambat datang kerja ni harini!" Tegur Miaa kepada jejaka itu. Aqeela tergamam. Wait, Miaa kenal ke siapa dia tu?

Miaa yang melihat reaksi keliru pada wajah Aqeela pantas memperkenalkan tersebut. "Ni abang aku. Dia ni boleh kira pekerja tak berbayar jugaklah" Kata Miaa, selamba.

Aqeela sudah membuntangkan matanya. Abang?!!

"Abang, ni Aqeela. Kawan Miaa" Giliran dia pula diperkenalkan. "Assalamualaikum, saya Mirza" Aqeela mengangguk bersertakan senyuman di wajah. "Waalaikumussalam. Saya Aqeela. Panggil qeela je" Eh, ramah pulak dia! Alah kita kenalah berbudi bahasa. Mana tahu mamat tu suka dia ke? Eh, tak.. tak.. tak, gurau je.

"So, abang akulah yang jaga kedai ni. Memandangkan kau dah jadi pekerja aku, aku ajaklah abang aku sekali. Lagipun mana tahu korang berkenan sesama sendiri ke nanti" Ayat terakhir Miaa membuatkan Aqeela menjegilkan biji matanya. Amboi, kau Miaa!

Mirza tergelak perlahan. Wajah Aqeela ditatapnya sebelum dia kembali memandang ke sisi lain. Miaa yang mendiamkan diri tadi bersuara. " Okey guys jom kita buat kerja. Abang pergi kemas bahagian belakang. Qeela, kau kemas dapur walaupun dapur tu perlu dikemas tapi tolong tengok takut ada yang kurang ke, okey? Aku nak periksa bahagian sini
Bergerak sekarang!" Mereka bergerak melakukan kerja masing-masing.

Sepanjang mengemas itu, kecoh dengan suara Miaa memarahi abangnya yang terpecahkan pinggan. Aqeela pula hanya mampu menahan ketawa.

******

Update terbaru geng! Sorry kalau ada kekurangan pada chapter kali ni. Tak lupa juga, kalau ada typo. Maaflah, sekarang taip terburu-buru sikit.

Walaupun ini adalah pengakhirannya namun semangat ingin menulis tiada akhirnya. Mohon support dan komen!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience