Chapter 6

Fantasy Series 5351

Di suatu pagi apabila fajar mula terbit, umat manusia akan mula sibuk ke sana-sini untuk meneruskan perjalanan hidup seperti kebiasaannya sama juga seperti tiga ketul manusia yang sibuk mengemas sebuah kafe.

"Miaa!" Jerit Aqeela.

"Ya!" Sahut Miaa lantang dari arah dapur.

"Pinggan ni nak letak mana? Letak tepi sinki ke?" Soal Aqeela.

Miaa menjengukkan kepala sedikit lalu segera mengangguk. Mirza yang sedang mengelap meja pantas memberhentikan kerjanya itu lalu pergi mencapai sebatang mop. Mop itu diserahkan kepada Aqeela yang baru selesai menaruh pinggan di sink.

Dengan kening bertaut dia bertanya. "Buat apa bagi mop ni kat saya?"

"Nah. Awak pergi mop lantai tu pulak. Cepat sikit tau, jap lagi kafe ni dah nak buka" Pesan Mirza sebelum pergi menyambung kerjanya iaitu mengelap meja.

Aqeela yang sudah memahami tugasnya pantas melakukan suruhan tersebut.

Mereka melakukan semua kerja itu dalam keadaan terburu-buru. Yelah dah tiga orang je yang bekerja. Lepas ni Miaa plan nak tambah pekerja biar tak kelam kabut sangat nanti kalau diaorang ada emergency.

Selepas selesai mengemas, mereka memulakan perjalanan harian mereka sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya. Ehek!

...............

Malam yang nyaman itu memperlihatkan lagi keindahan alam yang ditadbir oleh yang Maha Esa.

Aqeela yang sedang termenung itu kembali kepada memori-memori dari hari pertama dia bekerja di kafe. Tiba-tiba fikirannya menerawang kepada seseorang. Seseorang yang sudah berjaya mengetuk pintu hatinya.

"Mirza.." Mudah sahaja nama itu meniti di bibirnya yang merah bak delima itu.

Dia sedar akan perasaannya yang semakin kuat pada jejaka itu. Bukannya dia tidak mahu luah tapi sukakah Mirza padanya? Dia takut jika dia meluahkan perasaannya, hubungan persahabatan mereka akan renggang.

Tanpa sedar keluhan berat keluar dari bibirnya. Wajah katil sebelah dipandang. Miaa yang sudah lena dibuai mimpi indah itu dipandang dengan riak sayu. Entah kenapa apabila melihat wajah polos Miaa membuatkan dia rindu akan sesuatu tapi tidak pasti apakah perkaranya?

Matanya yang mula layu itu digosok perlahan sebelum menghampiri katil miliknya. Badannya direbahkan. Doa tidur dibaca sebelum dia mula melayari bahtera mimpi.

........

Eijaz yang baru balik dari latihan memanah itu menghampiri pangkin yang berdekatan dengan rumah kayunya. Sebuah pokok besar yang ada berdekatan pangkin itu dipandang dengan rasa sayu. Kenangan.

Pokok itulah yang menjadi tempat mereka bermain suatu ketika dulu. "Betapa pantasnya masa berlalu" Katanya sambil mata memandang ke langit yang biru itu.

Awan-awan yang membentuk pelbagai bentuk itu dipandang dengan penuh minat. Keindahan ciptaan Ilahi sangat dikaguminya. Sesungguhnya hanya Dia yang mampu mencipta sesuatu yang unik dan teratur seperti alam ini. Tidak ada satu makhluk pun yang dapat menandingi kekuasaan-Nya.

"Eijaz..termenungkah kau?" Sapaan daripada abang sulungnya, Hayyan menjengah sistem pendengarannya. Hayyan melabuhkan punggung di sebelah kiri Eijaz.

"Apa yang kau buat di sini, Hayyan?" Soal Eijaz sambil melihat wajah tampan abangnya.

"Aku pun mahu memulangkan balik pertanyaan itu. Apa yang kau buat di sini?" Pertanyaan yang serupa dilemparkan kepada Eijaz. Jejaka bermata kelabu itu mengeluh perlahan. Wajah Hayyan dipandang. "Saja mahu mengimbau kenangan kita yang dulu..." Sayu sahaja nada Eijaz.

Hayyan yang sudah terlalu peka dengan perubahan nada adiknya pantas bertanya. "Apa kau tengah memikirkan sesuatu? Ataupun kau memiliki masalah? Jika tidak keberatan, kongsilah dengan aku."

Senyuman nipis terlakar di wajah tampan pemuda bermata kelabu itu. Abangnya memang seorang abang yang sangat mengambil berat tentang keluarganya.

"Tiada apa... aku cuma.. bimbang.."

Terjongket kening Hayyan. Bimbang?

"Bimbang? Biar aku teka, kau sedang fikirkan mereka di alam sana, bukan?" Tebak Hayyan. Dan tebakan Hayyan ternyata kena apabila wajah Eijaz semakin sayu.

Bahu adiknya ditepuk. "Eijaz, bukankah kita seharusnya lega mereka dalam keadaan baik-baik sekarang? Buat apa kita mahu runsingkan kepala dengan bimbang akan perkara yang tidak pasti? Mereka akan selamat di sana terutamanya dia. Bukankah Mirza ada di sana? Dia pasti akan melindungi dia dan Miaa. Usahlah kau bimbang. Atau kau sebenarnya lebih rindu kepada Miaa bukan dia?"

Zupp! Telinga Eijaz memerah apabila abangnya menuturkan ayat terakhir itu. Hayyan tersenyum lebar. Tahulah dia akan apa yang paling merunsingkan hati jejaka itu.

"Miaa itu selamat saja. Mirza ada di sana untuk melindungi adiknya. Usah risau. Jika mahu cepat melindungi dengan cara yang lebih baik...-" Hayyan berhenti bicara sebentar. Dia membisikkan sesuatu di halwa telinga Eijaz.

"Cepatlah halalkan dia.." Meletus tawa Hayyan apabila Eijaz dengan pantas menutup telinganya dengan tangan. Panas telinganya. Bukan kerana marah tetapi kerana malu yang terlampau.

"Sudahlah kau, Hayyan!" Lalu rumah mereka dituju Eijaz, meninggalkan Hayyan yang semakin galak ketawa.

Bersambung...

Fuh, okey tak chap kli ni? Sorry baru up. Sibuk sangat. Abaikan typo guysss. Kalau korang ada idea nak curahkan untuk cerita Aqeela ni, boleh tulis di ruangan komen. Tq!

Support saya melalui vote dan komen anda! Jangan malu-malu untuk menyokong sesama kita ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience