Chapter 2

Fantasy Series 5351

Perbalahan petang tadi mengusik fikirannya. Entah kenapa, dia rasa bersalah.

"Apa yang dia maksudkan? Sudah hampir? Apa yang menghampiri?" Dia mengusutkan rambutnya.

"Mirza, kenapa ni? Kau ada masalahkah? Kalau ada boleh beritahu aku."

"Eh, Eijaz! Marilah duduk" Ajak Mirza sambil menepuk-nepuk kerusi disebelahnya.

Eijaz pantas melabuhkan punggung bersebelahan dengan Mirza.

"Kau kenapa?" Tanya Eijaz kembali.

"Tiada apa cuma kau tahu kan? Pasal perbalahan aku dengan abang engkau semalam? Aku merasa sebersalah kerana berkata begitu kepadanya" Terangnya.

Eijaz tersenyum kecil. Bahu sahabatnya ditepuk.

"Tiada mengapalah. Aku pasti Hayyan pasti tidak terasa hati dengan kau. Cuma dia masih marah. Tetapi engkau jangan risau. Nanti redalah marahnya" Kata Eijaz.

Mirza menganggukkan kepalanya "Aku harap
begitulah."

"Sudah. Mari kita pergi berburu. Ayuh bangkit" Ajak Eijaz yang sedia ada sudah berdiri. Mirza pula pantas mengikuti tindak-tanduk sahabatnya itu.


...

"Dimana kau bersembunyi, huh?! Dah bertahun aku cuba jejak kau tapi tak pernah berhasil. Mana kau menyorok? Argh!" Meja dihadapannya dihentak kuat. Orang suruhannya mula ketakutan. Takut menerima nasib yang sama macam meja tu.

"Berapa lama aku arah korang jejak dia? Berapa?" Soalnya pada orang suruhannya. Orang suruhannya pula sudah terketar-ketar mahu menjawab.

"Jawablah bengong!" Pekiknya dihadapan salah seorang orang suruhannya.

"Sebelas tahun tuan! Sebelas!" Jawabnya pantas.

Dia tersenyum sinis. "Tahu pun. Jadi selama ni ada tak korang dapat jejak?"

Mereka hanya menggelengkan kepala mereka sambil menunduk. Gelengan yang diberi menaikkan darahnya.

"Arghh! Korang keluar dari sini! Pergi cari jejak dia! Kalau tak, siap korang! Mati sekor-sekor aku kerjakan!"

Terkocoh-kocoh mereka keluar dari bilik tuan mereka.

....
Di sebuah kafe yang terlihat dua orang sahabat yang sibuk memandang lantai apabila teruk dimarahi bos mereka.

"Korang ni memang datang kerja nak sembang aje ke? Kerja yang bertimbun tu taknak buat! Sibuk nak sembang! Eh, kalau korang nak main-main lebih baik takyah kerjalah. Resign jer. Aku pun tak perlukan pekerja sampah macam korang ni" Hina bos mereka, cik Zalikha.

Merah padam wajah mereka apabila dihina begitu. Sudahlah dihadapan pekerja lain pulak tu. Miaa yang sudah tidak tahan dengan hinaan cik Zalikha pantas menengking kembali. "Cik! Kami datang kerja ni sebab kami nak cari makan. Nak tanggung hidup! Tapi kalau asyik setiap hari cik duk mengata, mengutuk, menghina kami, ingat kami tahan ke? Taklah! Cik Zalikha ingat kami nak sangat ke kerja kat kafe ini? Kami pun tak hamaklah! Mulai hari ini kitaorang berhenti!" Pantas apron yang dipakainya dicampak kasar di hadapan bosnya, opps sorry bekas bosnya.

Aqeela yang diam tadi tergamam dengan keputusan drastik sahabatnya itu. Pantas lengan kawannya dicengkam. "Biar betik Miaa? Eh, nanti kita nak kerja kat mana?" Dia mula risau akan nasib hidupnya dan sahabatnya itu.

Miaa tidak mempedulikan kata-kata Aqeela itu namun dia pantas menanggalkan apron yang masih melekat ditubuh Aqeela. Sama seperti tadi, dia turut mencampakkan apron tadi dengan kasar.

Lengan Aqeela ditariknya keluar meninggalkan bos mereka dan kawan mereka yang lain yang masih terkedu.

Sampai di bahagian kereta , Aqeela pantas melepaskan pegangan Miaa itu. Bahu sahabatnya ditepuk. "Kita nak kerja kat mana tu nanti? Macam mana aku nak sara kita berdua kalau tak kerja?" Dia hampir menangis.

Miaa mula berasa kasihan kepada Aqeela. Tubuh Aqeela dibawa kedalam pelukannya. " Ala.. jangan risaulah Qeela. Sebenarnya aku ada satu rahsia tapi kau janga terperanjat pulak ye" Kata Miaa.

"Rahsia...? Rahsia apa?" Tanya Aqeela, pelik. Pelukan dilepaskan.

Bahu Aqeela dirangkulnya. " Adalah. Nanti aku bagitau now kita balik dulu. Bersihkan diri daripada bau tempat ni" Lah tak habis-habis lagi si Miaa ni. Aqeela tergelak.

"Yelah cik Miaa. Jom kita balik tapi kau drive ye. Aku tak laratlah" Miaa mengangguk sebelum keretanya dihidupkan. Mereka mula memboloskan diri ke dalam kereta sebelum kereta itu keluar dari perkarangan kedai itu.

TBC....
Sorry guys tak update!! Kredit habis. Update ni pun sebab pinjam wifi orang!! So sorry !! Chapter kali ni pun pendek jer.

Walaupun ni penghujung namun semangat untuk menulis masih belum sampai penghujungnya. Stay fighting guys!! Mohon support!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience