Chapter 1

Fantasy Series 5351

Sekujur tubuh yang sedang terbaring itu sungguh lena tidurnya. Langsung tidak terganggu dengan rintihan hujan yang turun dengan lebat.

Selimut ditarik bagi menghangatkan badan. Namun beberapa minit, tubuh itu mula menggigil. Tidak tahu tubuhnya menggigil kesejukkan atau ketakutan.

"Erghh.." Tubuhnya makin kuat menggigil. Kain selimut digenggam kemas.

"Huh..huh..huh! Allahuakbar! Apa dalam mimpi aku tadi tu?" Tanyanya sendiri selepas terbangun dari igauannya.

Dahinya yang basah dengan peluh itu dilap dengan hujung baju. Dinding biliknya ditenung dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Dia memeluk tubuhnya erat. Dingin sungguh malam ni. Dia memandang kearah tingkap biliknya yang terbuka. Jelas angin menderu masuk.

Dia menapak kearah tingkap biliknya lalu ditutup. Dengan rasa yang lega, dia kembali ke katilnya dan menjatuhkan dirinya sendiri di atas katil yang empuk.

Dalam masa beberapa minit, dia terlelap kembali.


....

Dia mengeluh kecil. Semua yang dilakukannya harini jelas tidak kena. Semuanya disebabkan oleh mimpinya semalam.

Dia meraup wajahnya kasar. Hatinya beristighfar. Perlahan-lahan, perasaan tenang mula menyusup ke dalam hatinya.

"Yow sahabat! Kenapa muram je ni? Ada problems ke?" Sapa seseorang.

Dia menoleh kearah suara tadi. Wajah ceria sahabatnya menghiasai pandangannya.

"Takde apalah Miaa" Balasnya.

Lantas sahabatnya yang dipanggil Miaa tadi melabuhkan disebelahnya.

"Kenapa Qeela? Cuba kau cakap dengan aku. Kau ada masalah ke?" Soal Miaa.

"Kan aku dah cakap takde apa-apa" Bohong Aqeela.

"Kau kalau nak menipu bukan dengan aku tau. Aku tahu kau tengah sembunyikan sesuatu. Cuba bagitau aku. Janganlah pendam seorang diri" Tegur Miaa.

Aqeela menghela nafasnya. Dia memandang kearah wajah Miaa yang masih tertanya-tanya.

"Aku mimpi lagi semalam" Jawab Aqeela, ringkas.

Miaa menghembuskan nafasnya sebelum meraih tangan Aqeela. Hah, jangan fikir lain pulak!

"Tell me apa yang ada dalam mimpi kau semalam? Apa yang ada sampai kau jadi tak tentu arah harini? I'm sure this time the dream must be different from the others. Tell me" Ujar Miaa, lembut.

Aqeela menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskan kembali.

"Malam tu aku mimpi, ada beberapa orang budak. Diorang cedera teruk, macam baru lepas kena serang. Lepastu ada beberapa orang dewasa. Maybe parents diorang. Ada dua pasangan yang terbunuh. Dalam mimpi tu semuanya nampak real. Aku takut weh. Darah melimpah sana-sini" Terangnya dengan tangan yang terketar.

Miaa yang merasakan getaran pada diri Aqeela dengan pantas menariknya kedalam pelukannya.

"Shh.. it's fine. It just a dream" Pujuk Miaa sambil tangannya mengusap belakang Aqeela bagi menenangkannya.


...

Seorang jejaka yang sedang berdiri dan menghadap tasik itu mencuri perhatian para pengunjung.

Bukan kerana paras rupanya yang sememangnya tampan tetapi pakaian yang sangat unik. Dengan baju yang berwarna putih disamakan dengan kot putih. Kot itu juga memiliki jalur yang berwarna emas. Tidak lupa juga dengan manik-manik berwarna biru yang berkilauan yang tertempek di bajunya itu. Persis seorang raja!

"Indah sungguh ciptaan Allah SWT ini. Hati yang resah ini juga boleh kembali tenang" Gumamnya sendirian.

Dia merasakan ada seseorang yang berada berdekatannya. Dia menoleh ke tepi. Dia terkejut.

Dengan cepat dia menundukkan pandangannya ke tanah. Dia beristighfar didalam hati. Manakan tidak, sebaik dia menoleh dia melihat seorang gadis yang berpakaian seksi sehingga terlihat lurah didalamnya.

Dia dapat mendengar derapan kasut yang menghampirinya. Sungguh dia yakin. Itu pasti gadis seksi tadi!

"Hi you! Nama you apa? Nama i Salina. But panggil i Sally je. You pulak?" Kata gadis itu dengan penuh gedik. Dahlah orang tak tanya!

Dia masih kekal berdiam diri dan menghadap tanah. Lebih baik tengok tanah daripada tengok gadis yang tak cukup kain ni.

"You! Apasal tengok tanah je tu. Tengoklah i ni. Takkanlah orang secantik i ni you tak nak?" Tanya gadis tadi, masih dalam nada gedik.

Gadis tadi cuba menyentuhnya namun sempat dielak. Dia sudah tidak tahan lagi. Dia berjalan melintasi gadis itu.

"Harga seorang wanita itu sungguhlah mahal. Lebih mahal dan bernilai daripada wang dan berlian. Janganlah kamu memperlihatkan maruahmu, itu bukanlah satu akhlak yang baik. Ingat! Assalamualaikum" Nasihatnya lembut tetapi mata masih memandang tanah.

Dia berlalu pergi meninggalkan gadis yang tergamam dan tertunduk malu itu.

*****

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Ini merupakan karya pertama saya di acc baru ini. Korang masih ingat lagi pada buku Takdir Cinta kita? Itu merupakan buku pertama saya di acc lama. Saya juga ingin meminta sokongan daripada kalian semua.

Tolonglah komen!! Saya amat memerlukan komen korang!!!

This is my journal so keep going!!! Fighting!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience