12.

Fantasy Series 5951

Dandelion menulis sesuatu di atas kertas dan mengangkat semula kepalanya. Dia kembali berfikir tentang sesuatu yang tak masuk akal. Tentang sesuatu yang dia sendiri tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita itu.

Dandelion meletakkan tangan ke dadanya. Merasai degupan jantungnya yang pantas secara tiba-tiba.

Sejak dua tiga hari ini dia berperangai pelik. Dia fikir dia sendiri sahaja yang merasainya tetapi Harumi juga ada menegurnya.

Leon.

Dia kerap kali menjauhkan diri daripada Leon. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Setiap hari dia merasakan cintanya semakin terhakis untuk Leon.

Dandelion bangun daripada kerusinya dan bersiap-siap. Dia mahu mengambil angin sekejap untuk melepaskan tekanan yang dia rasakan sekarang.

Dandelion memakai kasut dan terus sahaja keluar. Dia berjalan ke arah taman permainan yang berada di sekitar kawasan perumahannya.

Pada petang-petang begini memang akan ada ramai kanak-kanak yang bermain di sini tetapi kenapa hari ini tiada langsung?

Dandelion melihat sekelilingnya.

Bukan.

Kenapa dia seorang sahaja di sini?

Dandelion bertambah bingung.

"Rose..."

Suara itu semakin terngiang-ngiang di telinganya.

"Rose..."

Semakin hampir dan hampir.

Kenapa Rose? Tiada sesiapa di sini kecuali dia. Dia bukan Rose. Dia Dandelion Ayumi.

Tiba-tiba...

"Rose."

Badannya di peluk seseorang.

Dandelion terkejut.

"Rose, please don't leave me again. I'm sorry because not trust you. Forgive me Rose..."

Tangannya membalas pelukan lelaki itu.

Dandelion tak dapat mengawal tangannya. Dia merasakan dia terperangkap di dalam tubuhnya sendiri. Dia tak mampu mengatakan yang dia bukan Rose. Seumpama ada sesuatu masuk ke dalam tubuhnya.

"Eclipse.."

Mulutnya memanggil nama Eclipse.

"Rose, I miss you so much. I have been waiting for you all this time."

Tangannya memeluk tubuh lelaki itu erat.

"I can't live without you anymore."

Air matanya mengalir deras.

Perasaannya terasa hangat.

Jantungnya berdegup pantas.

Dandelion akhirnya terikut-ikut dengan keadaan itu. Dia sepertinya serasi dengan jiwa yang baru sahaja masuk ke dalamnya.

Cinta terhadap seseorang. Cinta yang sangat mendalam sehinggakan kau sanggup lakukan apa-apa sahaja demi menyelamatkan cinta itu. Tetapi apabila cinta itu gagal juga akhirnya, kau rasakan dunia bukan lagi tempat yang hangat dan selesa untuk diduduki.

"I love you Eclipse."

"I love you too Rose."

Kohh...kohhh.. kohhh...

Dandelion terbatuk-batuk.

Tersembur darah daripada mulutnya.

Banyak.

"Rose!"

Dandelion terjelepok ke bawah tetapi tangan lelaki itu menyambut badannya daripada jatuh ke bumi. Dandelion kini berada di atas pangkuan lelaki itu.

Dia merasakan tubuhnya panas dan menggelegak secara tiba-tiba.

Dandelion mengelap mulutnya. Dia melihat banyak darah yang tersembur keluar.

"Rose.. bertahan. Saya panggilkan tabib untuk awak."

"Eclipse.."

Dandelion melihat wajah lelaki itu tetapi samar-samar sahaja penghilatannya di sebabkan sedang menahan sakit di dalam badannya.

Tangannya memegang pipi Eclipse.

"Walaupun begini akhirnya cinta kita.."

Kohh.. kohh... kohh..

"Saya tetap cintakan awak."

"Maafkan saya Rose... Maafkan saya Rose sebab tak mampu melindungi awak dan cinta kita."

Lelaki itu menarik tubuh Dandelion ke dalam dakapan.

"Rose tolong bertahan."

Bibir Dandelion mengukirkan senyuman.

"Inilah harganya yang saya perlu bayar kerana mencintai seseorang yang tak layak saya cintai."

Dandelion mendengar tangisan lelaki itu.

"Jika ada hayat lain saya masih juga mahu mencintai awak Eclipse. Kerana awak adalah perkara yang paling terindah yang pernah berlaku di dalam hidup saya."

Dandelion terasa mautnya makin hampir. Dia seolah-olah bisa melihat satu cahaya yang sangat indah.

"I love you Eclipse..."

Tangan Dandelion jatuh tak bermaya.

"Rose..."

Badan Dandelion digoncang kuat.

"Rose please..."

Jeritan demi jeritan memanggil namanya.

"Rose!"

"Rose!"

"Rose!"

"Dandelion!"

"Dandelion!"

"Dandelion!"

Dandelion tersedar.

Matanya melihat sekeliling. Dia terasa dahinya penuh dengan peluh.

"Dandelion, kau okey tak ni?"

Dandelion melihat Harumi dan di sebelahnya Leon.

"Lion, relax."

Lion memegang tangannya.

Hangat sangat.

"Kenapa aku dekat sini?"

"Kau pengsan dekat taman permainan. Ada orang hantar kau ke hospital dan pihak hospital telefon aku melalui nombor di dalam telefon kau."

Dandelion mengangguk-angguk mengerti.

Bagaimana dia boleh pengsan?

"You make us worried about you. Are you okay?"

Dandelion tersenyum pada Leon.

"Leon, saya okey. Jangan risau. Mungkin saya pening je tadi."

Leon tersenyum padanya dan menepuk-nepuk atas tangannya.

"Saya tak nak apa-apa terjadi pada awak."

"Terima kasih."


"Aku tahu ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku Dandelion."

Dandelion yang sedang berehat di atas katilnya melihat Harumi masuk tanpa ketukan di pintu.

Selepas pulang daripada hospital tadi, Dandelion langsung tidak bangun daripada katilnya. Dia masih memikirkan apa yang terjadi kepadanya tadi. Bukan kerana dia di masukkan ke dalam hospital tetapi mimpi yang dia alami seperti benar rasanya.

Dia masih dapat merasakan keadaan itu. Perasaan Rose tadi seperti benar...

"Cuba kau beritahu aku."

Harumi menarik kerusi dan duduk di sebelahnya.

"Kau percaya tak bila aku cakap..."

Dandelion terhenti.

"Cakap apa?"

"Nanti kau gelakkan aku."

Harumi menepuk lengannya.

"Kau tak beritahu aku lagi lepas tu kau cakap aku nak gelakkan kau. Cuba kau beritahu apa yang sedang berlaku."

Dandelion kini berposisi duduk.

Dia melihat Harumi.

"Dandelion, aku tak pernah nak paksa kau selama hari ini tapi hari ni tolonglah beritahu aku apa yang jadi sebenarnya. Kau buat aku tertanya-tanya dan semakin nak tahu apa yang terjadi.".

Dandelion mengambil keputusan untuk menceritakan semuanya. Daripada A sampailah sekarang. Tentang lelaki yang dia jumpa di dalam mimpi semasa dia terlantar di atas katil hospital.

Tentang lelaki bernama Eclipse dan perempuan bernama Rose.

Tentang perasaannya kepada Leon.

Tentang perasaan Rose yang dia kerap kali rasa hidup di dalam jiwanya.

Tentang perasaannya untuk Eclipse.

Di ceritakan semuanya pada Harumi.

"It can't be..."

Harumi menekup mulutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience