11.

Fantasy Series 5951

Tentang Eclipse dan Rose yang diceritakan oleh Harumi semalam masih segar di dalam ingatannya. Dia tak tahu kenapa tetapi dia rasa yang Eclipse juga masih ada.

Masih hidup.

Eclipse mungkin di lahirkan dalam keadaan yang serba mewah dan lengkap. Jatuh cinta pada Rose dan apa salahnya dengan jatuh cinta? Sebab ianya Rose atau darjat yang Rose sandang?

Rose tak salah mahupun darjat yang di sandang oleh Rose tetapi yang salah adalah masyarakt yang melihat mereka. Mereka melihat Eclipse kerana Eclipse adalah anak raja dan bakal menjadi penyandang takhta ayahandanya.

Rose pula hanya seorang pembantu dapur yang tiada apa-apa. Tiada keluarga mahupun kawan yang setia. Jauh sekali mempunyai nama dan gelaran yang mewah.

Sebab itulah Rose tak layak untuk Eclipse.

Dia tak layak bukan kerana cintanya tetapi kerana dia tiada apa-apa.

Tapi apa yang paling penting adalah hati mereka. Itu yang Eclipse dan Rose rasa.

Manusia memang tidak berlaku adil walaupun undang-undang sudah wujud. Apa salahnya mencintai orang bawahan? Dosakah mencintai seseorang yang berada atas daripada kita?

Hati siapa yang boleh kawal?

Dandelion melihat dedaun kering yang gugur ke tanah.

Hari ini dia pergi kelas sendiri tanpa Harumi.

Harumi pergi berjumpa dengan seseorang. Dia juga tidak tahu siapa tetapi nampaknya penting bagi Harumi.

"Sorang?"

Dandelion mendonggak dan melihat Eva.

"Erm."

Terus berubah wajah Dandelion melihat kehadiran Eva bersama kawan-kawannya.

Eva duduk di sebelahnya.

"I don't know why but I think Leon change."

"What do you mean?"

"You don't get? It's you."

"Me? Why me?"

"You're the reason why Leon change."

"But why me?"

"Because he love dirty rubbish like you."

Dandelion bangun.

"Aku tak tahu apa masalah kau dan aku tak nak ambil tahu. Kalau kau tergila-gilakan Leon kau pergilah dekat dia."

Dandelion mengangkat begnya untuk beredar daripada situ.

Dia berfikir untuk beredar tetapi kakinya berhenti melangkah. Tanpa menoleh ke arah Eva yang pasti sudah meluap seperti gunung berapi itu.

"Itupun kalau Leon nak."

Dia pergi.

Sekali nak sakitkan hati biar sampai habis terus.

Eva fikir dia boleh membolosi hati Dandelion dengan kata-katanya tetapi dia silap.

Dandelion bukan lagi dia yang dulu.

Walaupun dia tidak ingat bagaimana dia sebelum ini tetapi dia dapat rasakan Dandelion selepas kemalangan tak sama dengan sebelumnya.

Dandelion berjalan masuk ke dalam kelas dan duduk di tempat biasanya. Oleh kerana Harumi tiada hari ini jadinya tempat duduk di sebelahnya kosong.

Harumi merenung ke luar tingkap sambil menunggu pensyarah untuk masuk. Tiba-tiba dia terdengar kerusi di sebelahnya ditarik.

Dia melihat seseorang.

Serta-merta tangannya menjadi sejuk dan degupan jantungnya sudah lari daripada irama yang biasa.

Lelaki itu.

"A-apa kau buat dekat sini? Macam mana kau boleh masuk sini?"

Dandelion melihat sekelilingnya.

Ya. Itu lagi mengejutkan.

"H-how come?"

Dandelion berdiri.

"Hai Dandelion."

Dandelion hiraukan sapaan itu dan pergi ke arah Leon.

Dia memegang tangan Leon yang kaku.

Bukan Leon sahaja yang kaku di sini tetapi semua orang kecuali dia dan lelaki itu.

"What have you done?"

"Relax. Ini cuma sementara sahaja."

Dandelion tidak melepaskan tangan Leon.

"What you want?"

"Masa kau semakin hampir Dandelion."

Dandelion terdiam.

"Jika kau tidak mengalihkan sumpahan itu kepada orang lain, kau akan hilang semuanya."

"Apa maksud kau?"

"Jiwa kau akan di ambil oleh aku dan masa itu hidup kau tak lagi bermakna Dandelion. Seumpama kau mati walaupun bernafas."

"Aku tak sanggup nak berikan sumpahan itu pada Leon."

"Dia cahaya bagi kau Dandelion. Aku boleh nampak yang jiwanya sudah di berikan kepada kau separuh. Kau hanya perlu menciumnya untuk dapatkan separuh lagi. Susahkah?"

"Kau fikir senang ke? Itu seumpama aku mahu membunuh orang yang aku cinta!"

Cinta.

Sayang.

Lelaki itu mencebik.

"Pengorbanan sentiasa ada di dalam cinta Dandelion. Leon pasti mengerti jika kau ambil jiwanya."

Dandelion melepaskan keluhan yang sangat berat.

"Tiada jalan lain lagi ke?"

"Macam aku katakan... figure it out by yourself."

"Lion?"

Dandelion melihat wajah Leon yang konfius.

"Why you holding me?"

Dandelion baru terperasan yang dia masih memegang tangan Leon daripada tadi.

"Ahh.."

Dandelion hilang kata-kata.

Mata-mata yang melihat mereka juga sudah semakin ramai.

"Ahh nothing. I just.."

"You miss me?"

Leon melihatnya dengan senyuman nakal.

"Ha ha. Maybe."

Dandelion membuat muka.

"See you later."

Dandelion melepaskan tangan Leon dan mahu kembali duduk di tempatnya.

Tetapi tangannya cepat sahaja di sambar oleh Leon.

"I miss you too."

Dandelion terpaku.

Pelajar yang berada di dalam kelas itu kebanyakkanya sudah ternganga luas dengan pengakuan Leon.

"Woah, you're lucky girl."

Axel menepuk bahu Dandelion.

"Don't touch my girl."

"Ahh sorry man. You have bodyguard now."

Axel tergelak.

Dandelion hanya tersenyum nipis.

Leon melepaskan tangannya dan duduk semula.

Masanya makin tamat.

Mungkin dulu dia terasa mati adalah perkara yang paling dia mahukan memandangkan Harumi memberitahunya bagaimana keluarganya. Tetapi semuanya berubah apabila dia berjumpa Leon.

Sejak itu dia mahu hidup lebih lama. Dia mahu segala-galanya dan menjadi tamak untuk berada di sisi Leon.

Ya.

Dia sedar sesuatu. Dia telah jatuh cinta pada keikhlasan Leon. Bukan kerana dia mahu Leon menggantikan tempatnya untuk menanggung sumpahan itu.

Bukan.

Dia benar-benar cintakan Leon.

Dan itulah yang sedang merunsingkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience