7.

Fantasy Series 5951

"Kenapa awak buat ni semua?"

Dandelion melihat Leon tepat pada matanya.

"Apa maksud awak?"

"Walaupun saya hilang ingatan tentang apa yang terjadi sebelum ini tapi saya yakin yang kita tak pernah berbual macam ini."

Leon meletakkan sudu dan memandang Dandelion.

"Separuh hati saya menyesal dan separuh lagi tak. Adakalanya saya bersyukur awak tak ingat apa-apa."

Dandelion tak mengerti.

Ramai yang berdoa untuk dia dapat semula ingatannya tetapi lelaki di hadapannya ini bersyukur kerana dia hilang ingatan.

'What the heck?'

"Awak nak tahu kenapa saya bersyukur?"

Dandelion mengangguk.

"Sebab ingatan awak yang dulu tiada kenangan manis tentang kita."

Dandelion menelan air liurnya.

"Sa-saya tak faham."

"Saya sedih sebab awak hilang ingatan tetapi separuh hati lagi saya rasa gembira. Sebab itulah mulai hari ini saya nak ada dalam memori awak."

"Kenapa awak buat semua ini?"

"Cuba awak tengok saya."

Dandelion melihat Leon seperti yang disuruhnya walaupun hatinya berdebar-debar bagaikan hentakan kaki kuda di atas tanah.

"Awak nampak saya sihatkan?"

Dandelion perhatikan wajah Leon yang elok sahaja. Berseri-seri seperti bidadara yang turun daripada Syurga. Badannya juga nampak tegap dan sihat.

Dandelion mengangguk.

"Awak tertipu. Saya sakit sebenarnya."

Dandelion mahu tahu selanjutnya.

Jantungnya mengepam lebih dasyat daripada apa hang di rasakab sebelum ini. Walaupun kemalangan itu boleh di katakan dasyat tetapi kenapa dia rasakan situasinya sekarang lebih dasyat?

Jantungnya tidak mengepam seperti biasa.

Hatinya berdebar-debar teruk.

Nafasnya juga sudah lintang-pukang.

Tangannya menggeletar daripada tadi lagi.

Peluh yang keluar daripada tubuhnya seperti dia baru sahaja habis berlari pecut 100 meter.

"A-awak sakit? Tapi awak nam-nampak sihat."

Gagap.

Cakap pun sudah tidak teratur.

Leon meletakkan tangannya di tengah-tengah dadanya.

"Sini sakit."

Dandelion mempamerkan wajahnya yang keliru.

"Uh?"

"Hati saya sakit."

"Hati awak sakit? Awak ada kanser hati?!"

Dandelion terus membuat konklusinya tanpa berfikir.

Leon ketawa.

'Apa yang lawaknya? Kena kanser pun boleh gelak? Pelik.'

"Bukan kanser."

"Habis tu?"

Makin pening pula Dandelion di buatnya.

"Hati saya sakit menahan rasa cinta."

Dandelion terdiam.

Gulp!

'Ni dah lain macam...'

"Rasa cinta saya pada awak."

Dush!

Dubdabdubdab!

Dandelion memegang dadanya.

Dia dapat rasakan yang jantungnya mengepam laju bagaikan mahu pecah.

"It can't be..."

"Why?"

"Awak...awak tak mungkin sukakan perempuan macam saya."

"Kenapa tak? Hati susah untuk di kawal. Dia boleh jatuh cinta pada sesiapa yang dia suka."

Dia melihat wajah Leon. Nampaknya Leon juga sukar untuk menjelaskan perasaannya.

Dandelion menelan air liur.

"Dan hati saya, pilih awak."



Dandelion melihat jam di dindingnya.

Dua pagi.

Dan dia masih lagi tak dapat melelapkan matanya. Apa kena dengan dirinya hari ini? Terlalu banyak perasaan yang melandanya dan perasaan itu bercampur-campur sehinggakan dia susah untuk mengenal pasti apa yang dia rasakan.

Sejujurnya Leon adalah lelaki pertama yang berani meluahkan perasaan di hadapannya.

Dan ini kali pertama dia rasakan jantungnya mengepam sehingga mahu pecah. Dia tidak pernah bercinta dan dia tidak tahu bagaimana rasanya. Dia tak pernah jatuh cinta dan dia juga tidak tahu bagaimana perasaannya.

Dandelion melihat telefonnya yang berada di tangannya daripada tadi. Dia tak tahu kenapa dengan dirinya hari ini.

Tetapi sedari tadi dia menunggu panggilan daripada seseorang.

"Mungkin dia dah tidur."

Kecewa sedikit. Itu yang dia rasakan.

Adakah dia mengharapkan sesuatu daripada Leon?

Dandelion menampar-nampar pipinya perlahan.

"Ahh. Boleh gila aku fikir."

Ting...ting...ting...

Dandelion cepat-cepat melihat skrin telefonnya.

Nombor yang dikenali.

Dandelion berfikir-fikir mahu mengangkatnya.

Dia angkat.

Dandelion senyap.

"Awak tak tidur lagi?"

"Leon?"

"Yeah."

Dandelion mengurut-urut tengkuknya. Jangan cakaplah bagaimana lajunya jantung dia mengepam.

"Kenapa awak tak boleh tidur?"

"S-saya tak tahu."

"Saya pun."

Dandelion senyap.

Tiada perkataan yang boleh dia fikirkan sekarang.

"Awak nak dengar satu cerita?"

Adakah dia salah dengar?

Kenapa Leon gagap?

Dandelion menahan tawanya.

"Boleh juga."

"Pada masa dulu, ada seorang putera bernama Leon."

Dandelion mencebik dan ketawa.

"May I continue beautiful?"

"Yeah sure."

Wajah Dandelion terasa panas apabila di panggilan cantik oleh Leon.

"Putera Leon sangat kesunyian di dalam istana. Dia punyai katil yang empuk. Dia punyai makanan yang enak dan banyak. Dia memilki pakaian yang serba mewah dan cantik. Walaupun dia punyai segalanya tetapi dia tetap rasa sunyi. Dia rasakan dirinya tak lengkap."

Dandelion meletakkan kepalanya di atas bantal.

"Semasa Putera Leon menyamar sebagai rakyat biasa dan melawat bandar di sekitar istananya dia terjumpa sesuatu. Sesuatu yang unik dan itu membuatkan Putera Leon tidak berganjak daripada tempat dia berdiri."

"Sesuatu apa?"

Tanya Dandelion mahu tahu.

"Seorang wanita yang memiliki sesuatu pada hatinya."

"Uh?"

"Jiwanya suci."

'Jiwa.'

Dandelion teringat sesuatu.

"Wanita itu berpakaian biasa dan rambutnya yang berwarna perang itu di lepaskan begitu sahaja. Wanita itu sangat cantik pada mata Putera Leon."

"Then?"

"Interesting uh?"

Dandelion tergelak.

"Putera Leon pergi berjumpa dengan wanita itu dan menyatakan hasratnya untuk menjadikan wanita itu sebagai puterinya."

"Woah. Nice move dude."

Giliran Leon pula yang tergelak.

"The what happen? They get married and happily ever after?"

"Maybe..."

"Maybe?

"Yelah. Cerita tak habis di karang lagi."

Dandelion melopong. Tak sangka Leon berjaya mempermainkannya.

"What the..."

"I will tell you the full story after this. But now you need to sleep. You will tired tomorrow if you don't get enough sleep."

"Leon.."

"Yes?"

"Why you like me?"

"You will sleep if I tell you?"

"Depends on your answer."

Leon tergelak kecil.

"Because you have something that others don't have."

"What is it?"

"You soul and your heart. It's pure."

"How you know that?"

"I can see it."

"Leon.."

Dandelion menguap.

"I think..."

Matanya sudah terkebil-kebil. Menunggu saat untuk tutup sahaja.

"I think what?"

Pertanyaan Leon bagaikan angin lalu di telinganya.

"Lion?"

Senyap.

"You're sleep? That is faster though."

Senyap.

"I want to tell you something."

Tiada balasan.

"I love you Lion."

Tettt...tettt...tettt...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience