2.

Fantasy Series 5951

"Aku di mana?"

Dandelion melihat sekelilingnya yang asing.

Dia tidak pernah ke sini. Dia tidak pernah juga terbayang dia akan berada di tempat yang indah begini.

Adakah ini Syurga?

"Kamu."

Dandelion menoleh ke arah suara itu.

"Si-siapa kamu?"

Dandelion terasa dirinya berpeluh ketakutan. Melihat lelaki di hadapannya ini membuatkan kakinya terasa lemah.

Siapa lelaki ini?

Apa yang dia mahu?

Soalan demi soalan menerpa mindanya tika melihat lelaki itu.

Bersuit lengkap berwarna hitam dan berkasut.

"Adakah kau malaikat maut yang akan mencabut nyawa ku?"

Lelaki itu tergelak.

Di mana lucunya?

"Kau fikir aku tiada kerja lain daripada mencabut nyawa kamu yang bernilai?"

"Jadi kau bukanlah malaikat maut."

"Sudah tentu-tentu sahaja bukan. Aku memanggil kau ke sini kerana sesuatu."

Dandelion melihat kepada lelaki itu pelik. Mengapa lelaki itu memanggilnya? Apa mahunya?

"Kenapa kau memanggil aku ke sini? Apa yang kau mahu?"

"Kau mahu hidup di dunia itu semula?"

"Apa maksud kau?"

"Jika kau mahu hidup di dunia itu semula, aku bisa menolong kau. Itupun jika kau mahu."

Dandelion berfikir sebentar.

Memang benar dia sudah lelah dengan hidupnya di dunia tetapi dia mahu tahu bagaimana dia boleh jadi begini? Dia mahu tahu cerita di sebalik pra-kematiannya.

"Hati kau mengatakan yang kau mahu."

Dandelion terkejut.

"Siapa kau?"

"Jika kau mahu kembali ke dunia itu, kau perlu berjanji sesuatu dengan aku."

Perjanjian.

"Apa yang kamu mahu?"

"Jiwa dan memori kau."

Dandelion kaget.

"Mangapa jiwa aku yang kau mahu?"

Dia tidak kisah jika memorinya di hilangkan tetapi kenapa jiwanya?

"Kerana jiwa kau... Lain daripada yang lain."

Dandelion tidak mengerti apa yang lelaki itu katakan tetapi dia tahu dia perlu kembali ke dunia untuk tahu siapa melanggarnya dan mengakibatkan dia jadi begini.

"Kalau itu yang kamu mahu."

Adakah ini yang terbaik?

Kembali kepada dunia yang terlalu banyak lelahnya?

"Bagus. Kau boleh kembali ke dunia selepas kau bangun daripada tidur. Pada saat itu juga, aku akan ada di sisi kau."

"Siapa kau?"

"Kau akan tahu selepas kau sedar nanti."

"Deli!"

"What is wrong?"

"I saw her finger move!"

"Call the doctor."

"Deli, can you hear my voice? Please wake up if you hear me. Deli, I'm with you."

Suara-suara manusia yang berada di sekelilingnya tidak dapat membenamkan bunyi detikan jam.

Tiktoktiktok!

Waktu mula berjalan dan dia akan sedar pada waktunya.

"Deli!"

"Where am I?"

"Deli! Finally you're wake up."

"Who are you?"

Dandelion melihat sekelilingnya yang serba putih dan tangannya di cucuk beberapa jarum.

Wajah wanita di hadapannya kelihatan pucat. Adakah soalannya salah?

"Deli, you don't remember me?"

"Who are you and...who am I?"

Dandelion tidak ingat apa-apa tentang dirinya. Dia benar-benar telah melupai segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience