6.

Fantasy Series 5951

"Lion?"

Dandelion berfikir bagaimana mahu melarikan diri.

Dandelion tidak memandang langsung wajah Leon. Dia meraba di sebelahnya.

Harumi tiada!

Cis!

Dandelion bangun sambil tertunduk dan mahu berlari.

Tetapi tangannya cepat disambar oleh seseorang.

"Where you want to go?"

Dandelion senyap.

"Lion? What's wrong? Kenapa saya rasa awak macam nak mengelak daripada saya?"

"T-tak. Mana ada."

Perlahan suaranya.

"Habis tu awak nak ke mana ni?"

Dandelion mati kata.

"Look at me."

Leon memegang dagunya dan menaikkan ke atas.

Dandelion terkejut.

Jantungnya mengepam laju bagaikan sedang berlumba kereta di atas track.

"Kalau awak tak lari daripada saya habis tu awak nak pergi mana ni?"

"Saya cuma nak ambil udara segar!"

Jerit Dandelion bersemangat.

Dia menutup mulutnya apabila dia baru tersedar yang dia berada di dalam kelas yang dipenuhi ramai pelajar!

"Opss."

Semua orang melihatnya dengan pelbagai pandangan.

Sebab apa?

Leon!!!

Ya, pastinya kerana Leon berada di sampingnya sekarang.

Dia melihat Leon.

Wajah Leon sesuatu.

Dia sedang menahan tawa!

Akhirnya Leon tergelak.

"You reaction is priceless Lion!"

"Damn."

Dandelion menyumpah perlahan.

"I still can heard you Lion."

"What you want from me?"

Dandelion cuba memberanikan dirinya bertanya.

"I like to have lunch with you after this."

Dandelion mendengus.

'Mengada-ngada nak makan tengah hari bagai. Kalau nak minta duit tu cakap je lah."

"Maaf. Saya tak ada masa. Saya kena teman Harumi makan."

"Oh pasal tu jangan risau. Harumi kata dia boleh pinjamkan awak pada saya hari ni."

Dandelion melopong.

Dia cepat-cepat menutup mulutnya.

'Mereka ingat aku ni barang ke?'

"If you said so..."

"Okay. Good. After class come with me to parking."

Dandelion membuat muka blurnya.

"Kita nak makan dekat parking ke?"

Leon tergelak.

"Lucu?"

"Luculah. Saya nak bawa awak makan dekat luar."

"Ohhh..."

Dandelion baru tersedar.

"Eh! Kita makan dekat kafeteria jelah..."

Kalau Leon bawanya ke tempat yang sunyi dan menakutnya lepas tu mengugutnya untuk berikan duit!

Itu yang sedang ada di dalam bayangan Dandelion sekarang.

Kalau dia tak berikan duit yang di minta nanti Leon akan bunuhnya!

Arghhh!

"Deli!"

Bahunya di pegang oleh tangan lembut Harumi.

"Kau kenapa?"

"Kau kenapa?!"

Dandelion memegang kedua-dua bahu Harumi.

"Kau pergi mana?????"

Harumi tersenyum senget.

"Saja nak tinggalkan kau sendirian dengan Leon. Macam mana?"

Dandelion duduk.

'Tak guna punya kawan. Aku hampir di ambang kematian ni dia boleh senyum lagi.'



"Shall we?"

Dandelion yang baru sahaja mengemas barang-barangnya terus mendongak melihat Leon yang sudah ad di depan mejanya.

Dia melihat Harumi di sebelahnya.

Tersengih.

"Dia dah siap lama tu. Pergi cepat-cepat nanti lambat pula nak makan."

Harumi menyuruhnya pergi dengan ceri sekali.

'Sekali lagi tak guna ni.'

Menyumpah Dandelion di dalam hatinya.

"Mari."

Sekali lagi Leon mengajaknya.

"Okey."

Dandelion bangun.

"Have fun you two."

Dandelion menjegilkan matanya pada Harumi yang menahan gelak.

Leon dan Dandelion berjalan beriringan melepasi koridok hingga ke tempat letak kereta.

Dandelion banyak mengutip maklumat daripada Harumi tentang Leon. Leon adalah lelaki pujaan ramai hati wanita. Menjadi dambaan wanita yang melepasinya. Kata Harumi mak cik pencuci pun boleh pandang ke belakang apabila Leon melepasinya.

Aura Leon sangat kuat sampaikan orang tertarik dengannya. Bukan sahaja wanita malah lelaki juga sama. Ramai lelaki mahu berkawan dengan Leon kerana Leon membawa pengaruh besar pada mereka.

Dengan itu senang bagi mereka untuk mendapatkan teman wanita dan nama. Pada pandangan Dandelion mereka berkawan dengan Leon bukan kerana ikhlas tetapi hanya untuk mengambil kesempatan popularitinya.

Sepanjang Dandelion berjalan di sisi Leon, banyak mata-mata yang melihatnya dengan pelbagai reaksi. Dia tahu kenapa mereka berikan reaksi begitu. Ini kerana dia berjalan di sebelah lelaki yang mempunyai populariti yang sangat tinggi di universiti ini.

Leon membukakan pintu untuknya.

Dandelion cuma berikan senyuman dan dia perasan mata-mata yang masih memerhatikan mereka.

Pasti terkejut mereka apabila melihat situasinya ini.

Dandelion mahu masuk tetapi gerakannya di tahan oleh seseorang.

"Leon, where you going?"

'Eva.'

Dandelion menaikan matanya ke atas.

Walaupun dia lupa apa yang Eva buat padanya tetapi perasaan bencinya yang dulu masih kekal di hatinya.

"You want to go with this girl?"

Eva melihatnya dengan senyuman yang di sengetkan.

Kalau ikutkan hati Dandelion mahu sahaja dia menumbuk muka itu biar hilang terus senyuman jahat itu.

"Yes. Why Eva? Something wrong?"

"Yeah. Totally wrong. Who you think to going out with my boy?"

Eva menolak Dandelion pada bahunya. Belakang Dandelion berlanggar dengan kereta.

"Auch."

"Don't touch her."

Dandelion ternganga.

Leon memegang pergelangan tangan Eva.

Kuat.

"Don't you dare to touch her again."

Leon melepaskan pegangannya.

"But Leon... How about me?"

"About you what? Daripada dulu lagi kita memang tak ada apa-apa. Kenapa nak masih bercakap perihal ni lagi? Eva please don't waste my time on you."

Bukan Dandelion sahaja yang terkejut di sini rasanya. Sekelilingnya juga memberikan reaksi yang sama.

Yang paling teruk.

Eva.

"Leon please..."

"Come Lion."

Leon menolak lembut badannya masuk ke dalam kereta dan Leon segera ke tempat pemandu.

Leon menghidupkan enjin dan pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience