9.

Fantasy Series 5951

Dandelion memeluk bantalnya dan melihat ke arah syilling biliknya.

Hari ini dia langsung tidak boleh fokus pada pembelajarannya.

Apa yang di beritahu oleh Leon padanya pagi tadi buatkan dia kelu dan beku. Tak tahu nak buat apa. Semuanya serba tak kena dan buatkan hidupnya hari ini haru-biru.

"Deli?"

Ketukan di pintu menyedarkan Dandelion semula ke alam realiti.

"May I come in?"

"Yeah sure."

Harumi masuk ke dalam biliknya dan duduk di atas katilnya.

"Are you okay?"

Dandelion mengangguk.

"Why? Something wrong?"

"Leon."

"Kenapa dengan Leon?"

Dandelion diam.

Dia juga tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan situasinya dan apa yang dia rasakan kini.

"Kau sukakan dia?"

"I like him. Tak, maksud aku siapa yang tak sukakan dia. Semua orang di universiti sukakan dia. Bahkan setiap pensyarah yang masuk akan memuji Leon. Dia pelajar terbaik di jabatan kita."

"Deli kau pun pelajar terbaik jabatan kita."

Dandelion membenamkan mukanya pada bantal yang empuk itu.

"Kenapalah aku tak boleh nak ingat satu benda pun yang terjadi sebelum kemalangan tu?"

Jerit Dandelion perlahan.

"Deli, ada baiknya kau tak payah ingat semua tu."

Dandelion mengangkat wajahnya dan melihat Harumi.

"Anggaplah kau di beri peluang untuk mulakan hidup yang baru."

Pelik.

Walaupun banyak yang mahu dia tanya tetapi dia tetap juga memilih untuk diam.

"Leon betul-betul sukakan kau."

"Betul?"

"Percayalah. Aku selalu nak yang terbaik untuk kau Deli."

Harumi tersenyum padanya.

Senyuman itu tidak lebar kerana senyuman itu sepertinya menyembunyikan keperitan.

"Terima kasih Harumi."

"So, kau dah yakin yang Leon sukakan kau?"

"Aku tak pasti... Aku perlukan masa nak sukakan dia."

"Maksud kau, kau tak pernah sukakan dia?"

Dandelion menggeleng.

"Tak."

"Even aku pun ada feeling kat Leon sikit."

Dandelion tergelak.

"Siapa je yang tak suka Leon. Semua orang suka Leon."

"Tapi kau tak."

Dandelion terbatuk.

"Oh itu...ahh mungkin aku anggap Leon tak pernah nampak aku sebelum ini. Mungkin...lagipun aku dah tak ingat apa-apa."

Harumi memegang tangannya erat.

"Mulakan hidup baru dan biarkan apa yang telah kau lupa. Aku cemburu pada kau kerana kau peroleh peluang kedua untuk restart semula hidup kau."

Dandelion melihat Harumi.

"Aku ingin sangat tahu tentang sesuatu."

"Apa dia?"

"Mana ibu bapa aku? Kenapa selepas aku keluar daripada hospital pun mereka tak datang?"

Muka Harumi serba-salah.

"Deli.."

"Tell me. I really want to know."

"Actually..."

Dandelion menanti jawapan.

"Ayah kau berada di dalam penjara dan ibu kau pula telah meninggal dunia lima tahun yang lalu."

Dandelion terdiam.

Pegangan Harumi bertambah erat.

"Sebab itulah aku tak nak kau tahu semua ini. Selama hari ini kau hidup dalam sebuah hakikat yang menyakitkan. Setiap hari aku nampak bagaimana kau cuba melupakan semuanya."

Dandelion tidak bersuara. Dia tak sangka hakikat yang baru diterimanya sangat memeritkan.

"Tolong jangan tanya apa-apa lagi tentang keluarga kau. Semuanya tak memberikan kenangan yang indah."

Dandelion mengunci mulutnya dan membekukan lidahnya.

"Aku tak nak kau sakit lagi."

Dandelion memeluk Harumi.

"Terima kasih kerana kau ada untuk aku."

Harumi membalas pelukannya.

"Kitakan kawan."

Ya. Kawan.


Dandelion bermain dengan pennya sambil melihat langit yang kebiruan pagi ini. Fikirannya melayang mengingatkan lelaki yang mahukan jiwanya. Selepas pertemuannya tempoh hari lelaki itu tidak lagi muncul.

Atau lebih tepat selepas dia bersama Leon.

"Morning Lion."

Bahunya dipegang oleh Leon.

"Morning Leon."

Dandelion tersenyum melihat Leon yang berdiri di hadapannya pula.

"Apa kata kita pergi makan piza hari ini? You like pizza right?"

"How do you know?"

"Harumi told me."

"Yeahh. That girl.."

Leon tersenyum.

"I want you to be happy."

"I am happy Lion."

"Saya nak buat apa terlalu gembira lebih daripada gembira."

Dandelion diam.

"See you later my cute lion."

Dandelion kembali pada dunia khayalannya. Dia mahu bertanya lagi pada lelaki yang mahukan jiwanya itu. Untuk itu dia perlu bertemu dengannya.

Dan bagaimana untuk dia bertemu dengannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience