1.

Fantasy Series 5951

Mereka kata hidup ini indah jika kita menghayatinya. Benarkah?

Kerana pada Dandelion ini hanyalah satu penipuan manusia. Mereka kata jika kita senyum, masalah akan dapat diselesaikan.

Sekali lagi mereka menipu.

Dandelion Ayumi.

Berumur 18 tahun.

"Deli, apa kamu buat di sini?"

Dandelion melihat kawannya.

Dia membuka cermin matanya dan merenggangkan urat-uratnya.

"Aku masih perlu belajar sedikit sahaja lagi."

"Kau tidak perlu berusaha terlalu keras. Kau sudah terlalu bekerja keras untuk biasiswa itu. Berehatlah dahulu."

"Kau pulanglah dahulu. Aku mahu menyambung sedikit sahaja lagi."

"Baiklah."

Harumi adalah sahabatnya di universiti ini. Dia haya rapat dengan Harumi sahaja. Boleh di katakan yang dia tiada kawan selain Harumi.

Mungkin dia terlalu sibuk dengan belajar sehingga lupa untuk bersosial. Tidak, dia sudah lama tidak bersosial.

Dandelion memakai semula cermin matanya dan menyambung pembelajarannya.

Tentang biasiswa itu.

Memang dia bekerja keras untuk itu. Bagaimana dia mahu belajar jika dia tidak punyai biasiswa. Harumi mungkin tidak ambil kisah kerana dia daripada keluarga berada.

Tetapi dirinya?

Selepas 30 minit mentelaah, Dandelion mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sewanya. Dia mengemas buku-bukunya dan alat tulis. Dia perlu pulang sebelum menjelang senja.

Dandelion bergegas keluar daripada perpustakaan dan berjalan pulang. Masa yang di ambil untuk sampai ke rumahnya adalah 20 minit. Agak lama dan agak jauh tetapi Dandelion tidak kisah hal itu.

Dia berjalan di tepi bahu jalan dan berhenti untuk melintas.

Dia menoleh ke kiri dan kanan.

Tiada kereta.

Dia melintasi jalan itu.

PANG!!!

Buku-buku bertaburan di atas jalan raya. Cermin matanya pecah. Darah terpercik di atas jalan dan mengalir deras daripada tubuh Dandelion.

Dia sudah terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah. Darahnya sendiri.

"Cu-cuaca yang indah."

Dandelion melihat awan senja yang cantik. Angin juga lembut menampar dirinya yang sedang melawan maut.

Tidakkah hari ini hari yang baik untuk dia pergi?

Itu kata-kata yang keluar daripada mulutnya sebelum dia menutup matanya.

"Deli! I know you're hurt but you still can hear me right?"

Dandelion mendengar suara Harumi. Kenapa kedengaran seperti Harumi sedang menangis?

Apa yang di tangiskan oleh Harumi?

"Wake up Deli!"

Kenapa Harumi memanggilnya? Kenapa Harumi menyuruhnya bangun? Dia tidak tidur. Dia sedar Harumi memanggil namanya.

Tetapi kenapa dia terasa berat untuk membuka mata?

Kenapa dia rasakan tubuhnya berat untuk bergerak.

Apa yang terjadi?

Dandelion terasa tangannya di pegang.

"Please wake up Dandelion. Please, I'm begging you."

"Enough Harumi. You need to rest. You have been here for one month."

"I can't rest. Look at her right now! She is dying. I just can't... If I waiting for her.. this will never happened."

"Stop blaming yourself Harumi. This is not your fault."

"Please Dandelion. Please wake up."

"Let's go back to your house. We will come back tomorrow."

"Wait for me Deli."

Dandelion terasa tangannya di lepaskan daripada gengaman Harumi.

'Harumi, I'm listening you. I'm here.'

Dandelion mahu menjerit tetapi dia tidak boleh. Suaranya tidak mahu keluar. Seperti di sekat oleh sesuatu.

Sebenarnya, apa yang sudah terjadi padanya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience