10.

Fantasy Series 5951

Dandelion duduk di atas rumput pada waktu yang sama dia berjumpa dengan lelaki itu.

Dia perlu bertemu dengan lelaki itu.

"You're looking for me?"

Dandelion tersentak.

Dia mengangkat wajahnya dan melihat seorang lelaki berdiri di hadapannya dengan lengkap bersut hitam.

"Yes I am."

"You have a lot of questions."

Dandelion diam.

Dia perlu jadi bijak mengatur langkah untuk tahu tentang lelaki ini.

"I want to know about something."

"Yes?"

"Kau cakap aku boleh pindahkan sumpahan ini kepada seseorang bukan?"

"Ya."

"Tetapi jika seseorang itu menyerahkan cintanya yang sejati pada aku."

"Dan sebagai gantinya kau boleh hidup seperti biasa dan aku tak akan ambil jiwa kau."

Dandelion diam.

"Apa akan jadi pada lelaki itu?"

"Nampaknya kau takut terjadi apa-apa pada lelaki itu. Leon bukan?"
Lelaki itu mencebik.

Dandelion terkejut.

"Ma-macam mana kau tahu?"

"I know everything Dandelion. I know what happened to your life before this."

"Answer my question."

Tegas.

"Leon akan hilang jiwanya."

"Itu sahaja?"

"Yes."

Dandelion tak yakin.

"Kau tak pecaya?"

Dandelion menggeleng.

Lelaki itu sekali tergelak.

"You need to figure it out by yourself Dandelion."

"Kenapa kau pilih aku?"

"I told you before this. Your soul is pure and.."

"That's bullshit! I know it more than pure. Kau sembunyikan sesuatu daripada aku. Ramai-ramai manusia atas muka bumi ni, bukan aku seorang sahaja yang punyai hati suci."

Muka lelaki itu masih tenang.

"Kau percaya pada takdir?"

Dandelion melihat lelaki itu dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Aku percaya padanya."

"Ini takdir yang kau pilih sejak awal lagi Dandelion. Kau yang pilih jalan ini dan kau perlu menghadapinya walaupun kau tidak mahu."

"Aku pilih?"

Dandelion semakin keliru.

Lelaki itu hilang.

Dandelion mahu berjumpanya kerana mahu selesaikan persoalan yang bermain di benak fikirannya tetapi lelaki itu meninggalkannya dengan lebih banyak persoalan.

"I need to find the answer."

Buat masa ini dia langsung tidak tahu siapa lelaki itu yang sebenarnya. Dia perlu mencari tahu tentang lelaki itu terdahulu dan barulah dia akan mencari sebab mengapa dia memilih jalan ini.

Itupun kalau benar dia yang pilih.


"Kau pernah dengar tentang kisah Rose dan Eclipse?"

"Kisah dongeng ke?"

Tanya Dandelion balik.

"Ada orang cakap itu kisah benar."

"Erm.. pasal apa?"

Dandelion menulis laporannya tanpa menoleh ke arah Harumi yang duduk di atas katilnya. Harumi memang suka duduk di dalam biliknya. Mereka akan berbual-bual sebelum masuk tidur.

"Kisah cinta yang tragis."

Dandelion berhenti menulis tetapi masih tidak menoleh ke arah Harumi. Selepas beberapa saat dia kembali menulis.

Harumi berjaya membuat dia terganggu.

"Rose seorang pembantu dapur istana yang terkenal dengan masakannya.

"Rose jatuh cinta pada Eclipse dan begitu juga Eclipse. Mereka saling mencintai antara satu sama lain sehinggalah suatu hari Rose mati."

Dandelion berhenti menulis dan memandang Harumi.

"Siapa Eclipse?"

"Eclipse adalah putera raja. Zaman dulu pangkat dan darjat adalah perkara yang sangat penting. Sedangkan Rose hanyalah pembantu dapur dan Eclipse berada di tempat yang paling atas. Cinta mereka tak ke mana."

"Selepas itu apa yang terjadi?"

"Eclipse dikahwinkan dengan anak perdana menteri masa itu Hwa Ui. Walaupun telah berkahwin Eclipse dan Rose masih bertemu dan menjalinkan hubungan secara diam. Tetapi suatu hari Ui tahu tentang mereka dan meminta pertolongan ayahnya untuk menghapuskan Rose. Perdana menteri pada masa itu sangat kejam dan akan dapatkan apa yang dia mahukan walaupun dengan cara kotor sekalipun."

Dandelion semakin mahu tahu tentang cerita ini.

"Mereka mengangap Rose adalah penghalang untuk Ui menguasai Eclipse dan sebab itulah mereka merancang untuk membunuh Rose. Mereka membuat perangkap dan akhirnya Rose termasuk dalam perangkap mereka."

"Apa yang mereka buat?"

"Suatu hari Eclipse jatuh sakit dan Ui menyuruh Rose memasak air ubat untuk Eclipse. Entah macam mana di dalam air ubat itu ada racun dan Rose di tuduh mahu membunuh putera Eclipse."

"Sesiapa yang mencuba untuk membunuh kerabat raja akan di hukum mati. Kan? Rose di hukum mati?"

"Ya. Rose di hukum mati dan paling sedih Eclipse percaya yang Rose mahu membunuhnya."

"Damn."

"Rose tidak di kuburkan seperti manusia lain."

"Habis tu?"

"Kau tak nak tahu cara Rose mati bagaimana?"

"Hah macam mana?"

"Ubat yang beracun tu tadi di berikan oleh Ui kepada Rose untuk di minum. Rose mati akibat racun tu dan mayatnya di campakkan ke dalam laut dengan diikatkan pada batu berat."

"What the hell? Kejamnya. Eclipse betul-betul percaya ke yang Rose mahu membunuhnya?"

"Kepercayaannya luntur apabila dia tahu hal yang sebenar. Orang Eclipse dapat menangkap dalang yang meletakkan racun di dalam ubat itu dan orang itu memberitahunya perkara yang sebenar."

"Setelah tu apa yang terjadi pada Eclipse?"

"Eclipse terlalu kecewa selepas kematian Rose dan di tambah pula rasa serba-salahhnya. Selepas beberapa bulan kematian Rose, Eclipse hilang begitu sahaja. Ada yang cakap Eclipse bunuh diri tetapi sampai sekarang mayatnya tidak ditemui. Ada juga yang cakap Eclipse ghaib begitu sahaja dan ada juga yang cakap Eclipse ke dunia lain. Semuanya kekal misteri tentang Eclipse."

"Nonsense. Macam seorang manusia boleh ke dunia lain?"

"Mungkin juga. Tapi aku rasa Eclipse wujud."

"Ini cerita zaman bila?"

"Mereka kata kisah ini daripada 500 tahun yang lalu."

"Kau tahu rupa Eclipse bagaimana?"

"Mereka kata dia mempunyai wajah yang tampan dan tinggi. Bila dia senyum kau akan rasa jantung kau mahu meletup kerana keindahannya sangat mempesonakan. Apabila dia gelak kau akan terasa seperti musik yang dimainkan oleh gayageum indahnya."

"Macam malaikat pula aku dengar."

"Dia ibarat dilahirkan dengan sebuah kesempurnaan tetapi malangnya hidup dia tidak sesempurna wajahnya dan perwatakannya."

"Sedihkan hidup dia. Agak-agaknya dia masih hidup lagi ke?"

"Ramai juga yang cakap dia masih hidup. Macam cerita goblin. Tapi ramai juga yang cakap itu cuma kisah dongeng sahaja."

Dandelion kembali pada posisinya untuk menulis laporan.

"Kesian Eclipse."


******************** ******************** ******************** ********************

Maaf gais sbb tak dapat nak update untuk beberapa minggu ni. Mula-mula sibuk lepas tu balik kampung pula. Kampung tak ada line pula tu dan tak boleh nak update.

So hope u all enjoy this chapter.

Sorry again.

lots of love from me.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience