BAB 7

Romance Completed 21261

“Kina,” panggil Anthony pelan sambil mengangkat daguku. “Aku minta maaf. Aku tak menyangka kau akan terlambat.”

“Bukan salahmu. Aku terlambat kerana aku mengerjakan tugasan multimedia,” jawabku mengelak dari ditenungnya. Sekali lagi aku membatalkan niatku untuk bersikap tegas padanya. Aku tidak tahu kenapa aku tidak dapat melakukannya.

“Aku patut tolong kau, seperti kau yang selalu membantuku.”

“Aku harus menemui Prof. Carl,” ujarku mengalihkan pembicaraan.

“Professor sudah pergi.”

“Apa?! Eve cakap yang professor akan pergi petang nanti nanti!” bentakku panik

“Pejabatnya dah kosong,” sahut Anthony melempar pandang ke dalam bangunan kuliah itu.

“Kau akan mengikuti ujian susulan pada lusa. Itu yang dikatakannya kepadaku.”

“Kau?”

“Itu saja yang aku dapat lakukan untuk menebus kesalahanku..”

Aku menundukkan kepala. Aku tidak tahu jika kata-kata sederhana itu dapat membuatku menjadi segan dan amlu. Aku juga tak terbiasa mendengar intonasi halusnya seperti ini.

Terasa seperti bukan Anthony yang biadap dan suka memerintah tapi ini adalah sisi lain Anthony yang tak pernah ku lihat.

“Aku taklah bijak macam kau jadi aku tak dapat nak tolong apa-apa dari segi nak bagi jawapan tapi aku dapat temankan kau hadir ujian dan beritahu beberapa bentuk soalan pada kertas ujian, sudah tentu kertas ujian itu akan diubah sedikit tapi format soalan takkan lari.” Ujarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience