BAB 1

Romance Completed 21261

Tanganku laju mengelap kotoran di meja. Pinggan dan gelas kotor berpindah ke atas troli. Semua sisa kotoran dan tisu yang memenuhi meja segera ku bersihkan. Kemudian aku beralih ke meja sebelah.

Ku kemas semua pinggan dan gelas kotor yang ada di atas meja itu. Dan tanpa sengaja lenganku tersiku gelas yang masih penuh berisi air kola dan tak semena-menan warna hitam coklat memenuhi seluruh meja. Aku melepaskan keluhan panjang sambil mula mengulang semula mengelap meja itu.

Suasan restoran hari ini riuh rendah dengan kehadiran ramai pengunjung yang memenuhi restoran sedari pagi tadi.

Pengunjung datang dan pergi seolah tak ada habisnya. Mungkin kerana hari cuti dan cuaca pun baik. Kesemua pelayan restoran sibuk tak ada yang curo-curi tulang seperti kebiasaannya, tak ada yang terlihat bermain telefon bimbit atau permainan Mobile Legend.

Arahan dari Stanley beberapa minit yang lalu yang memintaku berkemas tak akan mungkin kupenuhi di saat seperti ini. Sorry cuba lagi lain masa.

“Excuse me, can I get ketchup?” tegur pelancong dari Filipiina menegur ku.

“Of course,” jawabku sambil sedikit membongkik sebagai tanda kesediaanku melayaninya.

Aku menyorong troli ke depan pintu dapur lalu beralih ke counter dimana botol-botol sos disimpan.. Baru sahaja aku mahu melangkah keluar semula, Stanley menghalangi jalan sambil menatapku lekat.

“Kan aku dah cakap tadi, kau kena cepat bersiap!” herdiknya.

“Never, melainkan aku dihalau atau dipecat, aku akan berkemas saat ini juga,” sahutku sambil mengambil jalan di sisi kirinya tapi lelaki berambut gondola itu menghalang jalan ku semula.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience