BAB 3

Romance Completed 21262

Aku hanya diam sambil melirik beg kertas yang terletak di atas meja. Apa yang harus kulakukan sekarang? Tuan Marcus sah-sah akan potong gaji aku jkalau selalu je ponteng kerja.

Tempoh hari hari aku pernah ponteng sekali untuk mengerjakan tugas Anthony di kampus. Jika aku ponteng lagi hari ini, pasti gaji aku berkurangan? Nak-nak lagi aku perlu sangat duit untuk melaukan pelbagai macam tugasan dan projek semester ini.

“Eh kau masih tercegat di situ? Kau tolak pelawaan aku ke?” tanya Anthony.

“S—saya harus bekerja … encik, tuan eh..…”

“Apa kerja kau lebih penting daripada ikut cakap boss yang ajak dating?” tanya Anthony.

Lelaki itu memandangku tajam. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan dari tatapan Anthony. Tuhan, tolong aku! Aku tak kuat!

“Jadi kau nak turn down ajakan aku ni ke?” tanya Anthony perlahan melangkah mendekatiku.

“Saya … dah dua kali ponteng kerja encik … jadi …”

“Kau menolak? Hmm?” tanya Anthony menolak tubuhku di dinding.

Aku tak dapat bergerak saat itu. Jarak wajahnya hanya sejauh 1 cm saja dari wajahku.. Jantungku berdegup kencang tak tentu arah. Mengangkat kepala pun tak sanggup. Aku benar-benar tak berdaya. Seandainya dia bukan Boss-ku, sudah pasti dah makan penampar atau kaki kerana sewenang-wenangnya mengganggu aku ketika kerja.

“Go get yourself ready, you only have 15 mins!” bisik Anthony lembut tapi menyeramkan.

Ku anggukkan kepala tanpa berani menatapnya wajahnya. Dia melepaskanku sambil memberi signal tangan untuk aku mengambil gaun yang dibawakan khas untukku. Usai mengambil beg kertas bertanda jenama mewah itu, aku segera keluar dengan cepat tanpa menoleh belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience