BAB 8

Romance Completed 21262

“Terima kasih. Aku ingin buat seperti biasa, jawab apa yang aku pelajari,” sahutku perlahan.

“Kina ! Maaf aku baru saja membaca mesej kau!” jawab Stevan menghampiri kami.

“Seriuslah kau nak bekerja di cafe tempatku bekerja? Kalau nak kita bolehg gerak ke sana tengahari ni. Aku yakin Patrick tak akan keberatan menambah seorang lagi staf cntik dan dedikasi macam kau, eh kau nak tahu tak Patrick tu dah lama syok kat kau.”

“Terima kasih, Stevan. Aku akan datang petang nanti siapakan assignment,” jawabku ceria semula.

“Ya. Jumpa petang nanti, apa-apa mesej okay. Aku pun masih ada kuliah sampai petang karang,” kata Stevan lalu dia melambai sambil berlalu dengan sedikit tergesa.

Tinggal Anthony yang menatapku dengan pandanga gusar. Aku tahu kesopanannya beberapa menit yang lalu pasti akan luntur dalam masa beberapa saat.

“Kau bekerja di dua tempat? Kau terlambat kerana bekerja di restoran dan sekarang kau nak lagi buat satu kerja part time di kedai lain?”

“Siapa cakap aku tambah kerja. Aku sudah tidak lagi bekerja di restoran ayahmu,” jawabku selamba

“Kau tak boleh kerja dengan Steven, Kina !” arah Anthony mengejarku.

“Why not? Aku dah biasapun kerja jadi pelayan. Aku mengenal Patrick. Dia sah-sah akan jadi boss yang baik pun.”

“No way ! sebab tu kau tak boleh kerja di sana. What if dia menaruh hati pada kau seperti mana aku suka pada kau?” tembak Anthony sambil menarik bahu ku meminta agar aku memandangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience