BAB 9

Romance Completed 21261

Saat ini semua mata terarah padaku. Aku merasa sbagaikan kami sedang berlakon di sebuah pementasan teater. Namun, aku kembali menyedari sesuatu. Kami berada di kampus. Ada banyak mata yang memerhatikan kami. Boleh jadi salah satunya adalah bekas kekasih Anthony.

“Apa kau cakap ni, kau tak takut kah rahsia yang selama ini kau simpan tu bocor, aku ni bukan girlfriend kau. Kau tak takut rahsia tu terbongkar??” tanyaku perlahan takut jikalau ada orang lain yang mendengarnya.

Anthony diam termanggu sambil mengeraskan rahang mendengar ucapanku.

Dia menarik tanganku membawaku jauh dari orang ramai, lima minit berjalan akhirnya kami berhenti di sebuah bangunan makmal yang sunyi dari sesiapapun.

Baru sahaja aku ingin bertanyakan mengapa perlu berjalan ke tempat yang sunyi ini, Anthony terus menyandarkan tubuhku ke dinding lalu mencium bibirku semahunya.

Aku meronta minta dilepaskan namun Anthony yang sasa mudah saja menepis permintaanku dan tanpa sedar aku seakan terbuai dengan kucupannya.

“Apakata kita berkahwin sekarang dank au tak perlu lagi mencari majikan baru?” tanya Anthony membuat ku lemas.

Aku hanya terdiam. Tangannya masih membelai lembut pipiku sementara aku masih saja merenungnya.

Perlahan-lahan dia mencium bibir ku sekali lagi, kali ini lembut dan penuh dengan rasa kasih sayang dan tanpa sedar aku meletakkan tanganku di bahunya.

“I take it as a yes baby,” bisiknya di telingaku.

Ya aku terlanjur dan terpaksa saja bekerja di restoran milik keluarganya, aku terpaksa menuruti semua permintaannya walau ia menyusahkanku kerana aku sudah terlanjur bekerja di situ dan Tuhan saja tahu betapa aku benci padanya.

Namun satu yang kau tak tahu, dalam keterpaksaan dan segala kebencian yang menyoroti, aku sebenarnya terbuai dek peranan sebagai kekasih palsunya hingga tanpa sedar aku terlanjur menyintainya dalam diam dan itu yang membuat aku sakit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience