BAB 5

Romance Completed 21261

“Dah meroyan macam orang gila dah dia Kina. Dia menganyk kat semua orang untuk mencarimu.”

“Memang perangai dia macam tu. Biarkan saja.”

“Korang couple ke?” tanya Eve hati-hati.

“Aku boleh saja bagitahu Anthony bahawa aku menemukanmu di sini. Tapi sebelum itu, aku ingin memastikannya darimu. Sebabnya Wilkins ada melihat korang berciuman saat…”

“Percayalah Itu bukan aku. Dia hanya gadis yang mirip denganku tapi itu bukan aku,” potongku cepat namun panik..

“Oh, jadi bukan,” cetus Eve seakan percaya akan kata-kataku.

“Habis tu kenapa kau menangis? Kerana terlambat ke kelas Prof. Carl ?”

“Aku dipecat, Eve,” jawabku lalu aku menarik tissue baru yang bersih.

“Tadi pagi aku ke restoran dan merayu pada Tuan Marcus agar tidak memecatku.”

“Kau? Mana mungkin? Kau menghabiskan seluruh waktu lapang mu untuk bekerja!”protes Eve.

“Lag best bila melihatku menghabiskan waktu lapang dengan menangis, bukan?” sahutku sambil mengemas buku-buku di hadapanku. “Apa Prof. Carl sudah keluar? Aku ingin meminta ujian susulan. Semoga hatinya dah lembut memaafkan aku.”

“Anthony sudah melakukannya. Dia mencarimu kerana Prof. Carl akan pergi petang ini juga ke New York.”

Aku berpaling tatkala mendengar ucapan Eve. Apa aku mulai gila atau aku pekak? Baru saja aku mendengar nama Anthony keluar dari mulut Eve siap buat benda paling mulia aku rasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience