BAB 3

Family Completed 14533

“Maafkan saya anak awak tak dapat diselamatkan.” Dia ingat lagi kata-kata doktor. Dia nampak Aaron meraung menangis apabila doktor kata sedemikian rupa.

Sedih benar suaminya di atas kegugurannya itu.

“Tak apalah abang. Dah tak ada rezeki kita agaknya.” Aaron mengangguk lesu. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Aaron genggam erat tangannya. Dia masih lagi menangis.

“Dahlah tu bang. Mungkin tuhan sayangkannnya lebih dari kita semua.”

“Mungkin benar kata-kata Zita tu. Dahlah. Zita rehat ye sayang. Alhamdulillah Zita selamat.” Dan dia amat bersyukur kerana dia selamat. Masih mampu untuk hidup bersama lelaki yang amat dicintainya.

Dia tersentak apabila Iskandar anak keduanya itu duduk di atas pangkuannya. Dia tersenyum sambil mengulus lembut pipi anak perempuannya, Ju Azlin.

Betapa aku amat bersyukur dengan segalanya yang indah. Merekalah anugerah terindah yang pernah aku miliki. Dia tersenyum gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience