BAB 1

Family Completed 14533

“Mama. Adik Azlin menangis!” Jeritan Haris, anak sulungnya yang berumur tujuh tahun kedengaran dari dalam bilik. Segera kaki Rozita diatur ke dalam bilik.

“Kenapa kacau adik?” Rozita mengeluh kecil. Baru sebentar tadi dia menidurkan Ju Azlin, kini bayi itu telahpun terjaga diganggu abangnya.

“Bukannya Aris yang buat. Is yang buat Azlin menangis.” Haris menafikannya. Memang bukan salahnya. Adik tengahnya, Iskandar yang baru berumur empat tahun yang mengganggu Ju Azlin yang sedang nyenyak tidur itu.

Setelah mengganggu Ju Azlin, dan bayi kecil yang berumur dua tahun itu terjaga, terus dia lari menghilangkan diri ke dalam bilik mereka berdua meninggalkan Ju Azlin menangis keseorangan.

“Mana Is?” Rozita menyoal Haris setelah disedari Iskandar tiada di dalam bilik itu.
“Tak tahu.” Haris menjawab selamba.

Rozita tersenyum. Besar sudah anak-anaknya kini. Kebahagiaan hidup bersama Aaron telah mengurniakan dia tiga orang cahayamata yang comel-comel. Dia terharu bila mengenangkan kembali saat-saat sembilan tahun lepas.

Keterlanjuran mereka dalam meniti hubungan berlandaskan cinta menyebabkan dia mengandung. Mujur Aaron begitu ikhlas mencintainya ketika itu. Dia amat bersyukur kerana Aaron sanggup bertanggung jawab.

Dia ingat lagi. Tanpa menunggu lama, Aaron menikahinya sebulan selepas dia memberitahu perkhabaran itu. Majlis yang diadakan amat meriah sekali tanpa diketahui oleh sesiapa yang dia sebenarnya sudahpun mengandung.

Aaron amat gembira sekali tika itu. Tak dapat digambarkan betapa gembiranya Aaron saat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience