BAB 9

Family Completed 14533

“Sham. Thanks”

“No big deal my friend.”

“Aku balik dulu. Kau jagalah klinik ni. Klinik ni pun kau punya jugak kan. Aku nak berehat panjanglah.”

“You can count on me Aaron!”

Segera langkah diatur keluar dari bilik. Lama benar mereka berada di dalam tu. Mungkin pesakit lain juga sudah semakin bosan menanti. Wajah ayu Rozita dipandang lembut.

“Kan abang dah cakap. Tak ada apa yang perlu dirisaukan.”

“Alah. Kalau tak risau kenapa abang menangis tadi?”
“Itu gurauan aje tu.”

“Pandailah abang tu.” Lengan suami dicubit. Aaronmengaduh kecil. Kemesraan kembali terjalin.

“Rozita Hamzah.”

“Ye saya Aaron Jamil.”

“Aku cinta padamu.” Rozita tersenyum sebaik perkataan itu terpacul keluar dari mulut suami tercinta.

“Zita pun macam tu.” Tanpa segan silu Aaron merangkul tubuh yang sedang bersandar di pintu kereta itu.

“Orang tengok lah sayang.” Tubuh Aaron ditolak lembut. Segera pintu dikuak untuk mempersilakan isteri tercinta masuk ditelan kereta. Segera juga dia berlari anak sebaik sahaja pintu dikatup rapat. Hatinya girang kini.

“I love you so much sayang. Mulai saat ini, kita akan hidup bahagia tanpa ada yang mengganggu.”

Bibir Rozita dikucup penuh mesra. Begitu juga balasan dari Rozita. Bibir bersatu dalam suasana kehangatan.

Kehangatan yang abadi yang akan membawa kebahagiaan buat mereka selamanya.

“I love you so much Khairil. Terima kasih kerana telah membahagiakanku selamanya...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience