BAB 6

Family Completed 14533

“Selamat pagi Aaron.” Hisham melangkah perlahan. Duduk disebelah Aaron dan dihulurkan ujian darah milik Rozita dan diri Aaron sendiri. Rozita tersenyum tawar.

“Minggu depan engkau akan tahu keputusannya. Kenapa tiba-tiba nak buat ujian darah ni?”

“Entahlah. Lepas tengok keputusan patient aku hari tu, aku rasa risau pulak.”

“Oh..patient kita yang namanya Arif Ayden tu ye. Aku dah buat penelitian ke atas keputusan darahnya tempoh hari. Aku dahpun jalani beberapa ujian terperinci terhadap darahnya di lab. Berdasarkan darah tu, aku dapat kenalpasti punca jangkitan dirinya.”

“Apa yang kau dapat?”

“Melalui ujian darah tu, aku dapat agak pesakit ni mungkin seorang yang kaki botol. Mungkin juga dia biasa mengamalkan seks bebas dan sejenis.

“Tempoh jangkitannya juga dapat diketahui. Pesakit mula dijangkiti virus ini sejak 4 tahun yang lepas. Kemungkinan besar dari hasil hubungan seks bebas yang diamalkannya.” Hisham menerangkan panjang lebar.

“Maksud kau, pesakit ni dijangkiti virus tu 4 tahun yang lalu.”

“Ya. 4 tahun adalah tempoh dimana virus ini mula mengorak langkah di dalam sistem peredaran darah pesakit. Selalunya, sesetengah pesakit akan hanya dapat mengetahui penyakit ini dalam tempoh 5 hingga 7 tahun selepas dijangkiti virus.”

Ada sinar dimata Aaron tetapi masih terlalu awal untuk mentafsirkan segalanya. Wajah Rozita disebelah dipandang penuh syahdu.

Betapa kuat dan tabahnya hati perempuan itu, Aaron berkata kecil.

“Tak apalah Hisham. Aku nak hantar Zita balik dulu. Dia nampak penat. Mungkin penat dan lemah selepas ambil darah tadi kot.”

“Ok. Berehatlah...” Hisham hanya memerhati langkah kawannya dengan satu tanda tanya yang mencurigakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience