BAB 7

Family Completed 14533

“Sayang. Sayang tak perlu risau. Abang yakin keputusannya nanti pasti tidak akan mengecewakan kita.”

“Jangan terlalu yakin bang.”

Ada kelemahan pada suaranya. Wajah Aaron ditatap penuh sayu. Kalau benar dia dijangkiti, bermakna dia telah menghancurkan seluruh kehidupan mereka.

Dia melangkah keluar dari kereta milik suaminya. Langkah diatur perlahan. Dia berhenti seketika untuk mengumpul kekuatan.

Wajah suami ditenung sekali lagi.

Aaron tersenyum sebaik sahaja wajah itu merenungnya. Tiada lagi senyuman seperti dulu buat dirinya sejak kebelakangan ini.

Rozita terlalu risau akan keputusan ujian darah itu. Rozita tidak lagi betah untuk tidur nyenyak pada setiap malam, itu yang dia pasti. Sedangkan dirinya juga demikian rupa, inikan pula isterinya yang pernah menjalin hubungan dengan Ayden itu.

Tangan Rozita digenggam erat sebaik mereka melangkah masuk ke dalam klinik itu. Aaron tak tahu kenapa dia juga turut rasakan debaran sepeti Rozita. Bagaikan baru pertama kali menjejakkan kaki ke situ, walhal sudah hampir lima tahun dia disitu.

Pintu bilik rawatan diketuk perlahan. Wajah Alia, pembantu perubatan terpacul sebaik sahaja daun pintu terkuak.

“Selamat pagi Doktor. Silakan duduk Pn. Rozita.” Alia menarik kerusi untuk memberikan tempat duduk buat Rozita.

“Tak apa Lia. Terima kasih ya. Awak bolehlah keluar sekarang.” Aaron berbahasa meminta Alia beredar. Tak tahu kenapa dia rasa rimas.

Segera Alia mengatur langkah keluar dari bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience