BAB 2

Family Completed 14533

Malam pertama mereka tidak berlangsung seperti orang lain. Aaron tidak mahu mengganggu kandungan yang ada katanya. Dia mahu bayi dalam kandungan itu selamat dilahirkan ke dunia ini.

Tiga bulan kami hidup sebumbung, tidur sekatil bersama. Makan minum Aaron dijaga teliti. Begitu juga diri Aaron dan pakaiannya. Aaron telefon kedua orang tua kami. Katanya, diri dia telahpun mengandung dan usia kandungannya telahpun mencecah sebulan. Di saat itu Aaron rasakan dunia ini miliknya. Dia juga tak sabar nak tunggu kehadiran bayi itu.

Segala kelengkapan bayi dibelikannya. Semuanya cukup di saat kandungan ini mencecah 6 bulan. Kedua orang tua pula dah pun datang menjenguk kami. Kata mak Aaron, kandungan dia besar. Saat itu kandungan ini baru mencecah 5 bulan. Aaronlah orang yang paling gelabah disaat ibunya berkata begitu.

Mujur mak dan ayah tak banyak soal tentangnya. Mak cuma berkata mungkin kandungan ini jenis yang besar punya kot. Tak pun mungkin kembar agaknya.

Hanya dia dan Aaron saja yang tahu dan menurut kata doktor, bagi usia lima bulan, kandungan dia memang terlampau kecil. Doktor juga ada kata, selalunya kandungan yang kecil susah nak selamat.

Mendengar kata-kata doktor begitu, Aaron mengambil keputusan untuk mengambil pembantu rumah untuknya.

Satu hari, sedang Aaron bersiap untuk ke pejabat dia rasakan kesakitan yang pelik. Sangkanya cuma sakit biasa saja, lalu dia mendiamkan diri. Sedang menanti Aaron di gerbang pintu untuk melepaskannya pergi, dia tiba-tiba terjatuh. Darah mengalir banyak membasahkan seluruh pakaian tidurnya. Dia mengerang menahan kesakitan yang perit.

“Sayang. Ya Allah. Kenapa ni?”. Saat ini Aaron benar-benar cemas. Dipangkunya Rozita ke atas ribaan.

“Mengucap sayang mengucap. Kita pergi hospital ye.” Segera pembantu dipanggil untuk mengambilkan kunci keretanya.

Seketika kemudian, kereta dahpun memecut meninggalkan rumah menuju ke Hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience