BAB 5

Family Completed 14533

“Hari ini abang agak terkejut sikit dengan seorang patient tu.”

“Siapa? Kenapa dengannya?” Muka Rozita sedikit berkerut.

“Abang dapat seorang patient yang abang kenal. Minggu lepas Hisham kata dia datang buat ujian darah. Hari ni keputusannya abang yang kendalikan.”

Aaron masih ingat lagi kata-kata pembantunya, Dr. Hisham yang sama-sama membantunya di klinik. Hisham adalah rakannya ketika mereka sama-sama belajar di Universiti dulu.

“So, apa cerita disebaliknya tu? Siapa dia yang abang kenal tu?”

Ada riak ingin tahu di wajah Rozita. Haris disebelah diusap perlahan rambutnya. Dia menanti penuh minat. Aaron masih mendiamkan diri.

“Abang.” Dia mula bersuara setelah lama menanti.

“Arif Ayden.” Aaron bersuara perlahan tapi cukup untuk membuatkan hati Rozita bagai ingin pecah.

Kenangan lama kembali berputar dalam ingatan. Setelah sekian lama tidak mendengar nama itu lagi, kenapa hari ini nama itu perlu terbit dari mulut orang yang paling disayangi dan dicintainya.

Mata Aaron galak memerhati tingkah lakunya. Mujur segalanya masih dapat dikawal walau dalam kepayahan sekalipun.

Ayden adalah teman lelaki sebelum Aaron. Dia pernah juga terlanjur dengan lelaki itu.

“Ayden?” Dia menyoal untuk mencari kepastian. Anggukan Aaron masih berbaki.

“So what’s the story about him?” Dia menguntum senyum.

“Dia menghidap penyakit berbahaya.”

“Apa dia?”

“AIDS.” Rozita terpenpam.

Benarkah kata-kata yang dilafazkan oleh Aaron itu tadi? Kalau benar apa yang dikatakan olehnya, bermakna dia juga menghidap apa yang dihidapi oleh Zakuan. Ketakutan mula menyelubungi jiwanya.

“Zita,.are you alright? Zita nampak macam pucat!”

“Abang.”

Segera Rozita dihampiri. Dipeluk isterinya ke dalam dakapan. Dia tahu apa yang difikirkan oleh Rozita.

Kalau benarlah Rozita juga mempunyai penyakit itu bermakna dia juga akan turut terlibat.

Dari klinik lagi dia telah memikirkan akannya. Dan dia juga telah mengambil keputusan untuk membuat ujian darah untuk mereka sekeluarga.

“Bersabarlah sayang. Abang tahu apa yang Zita fikirkan. Dan abang juga dah ambil keputusan yang kita sekeluarga pasti akan membuat ujian darah sepertimana yang Ayden lakukan untuk mengetahuinya.”

Rambut Rozita diusap lembut. Tangisannya masih berbaki. Dikucup dahi isteri penuh kasih. Airmatanya mengalir perlahan menuruni pipi.

Ya Allah. Betapa besarnya pengajaranMu. Dia beristighfar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience