BAB 8

Family Completed 14533

Kelihatan Hisham sedang sibuk mencari fail mereka di rak. Seketika kemudian dia duduk dihadapan mereka.

“Berdasarkan pada keputusannya”. Kata-katanya terhenti disitu. Wajah teman ditenung sekali. Rozita sudah mula teresak-esak. Aaron memeluk bahunya erat. Dikesat airmata isteri yang jatuh ke pipi. Dia turut merasakan kesayuannya.

“Positif dan..” Hisham mengeluh berat.

Tangisan Rozita semakin menggila. Segera Aaronmemeluk Rozita erat ke dalam dakapan. Airmata jantannya juga mengalir menahan sebak. Pelukan masih tak mampu nak dilepaskan.

“Hey..come onlah. Aku belum pun habis cakap lagi. Memanglah positif, tapi bukannya positif kerana AIDS. Keputusan darah korang bebas dari sebarang jangkitan atau virus berbahaya.. cuma… tahniah Aaron.”

Aaron terpinga-pinga. Dia tak faham. Apa yang berlaku sebenarnya. Rozita juga tampak keliru dengan Hisham.

“Tahniah untuk apa?” Dalam sendu yang berbaki, Rozita menyoal.

“Itulah..lain kali dengar dulu sampai habis. Aaron..congrats for the both of you. Kau bakal menjadi bapa buat kesekian kalinya. Rozita sedang mengandung dua bulan.”

Hisham menghulur tangan berjabat tahniah. Aaron menyambutnya dengan satu tumbukan mesra dibahu Hisham. Rozita disebelah tersenyum malu.

“Kau buat aku takut kau tau tak?”

“Kau takut. Aku yang buat ujian ni lagilah takut kau tau tak?”

“Sayang juga kau kat kami ye.”

“Apalah sangat nilai kasih sayang yang aku taburkan jika nak dibandingkan dengan nilai persahabatan kita yang terjalin.” Aaron segera memeluk Hisham.

Setelah sekian lama menjalinkan persahabatan barulah dia sedar kini, betapa dia menyayangi perhubungan kekeluargaan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience