"Hello, aku nak kau dtg sini cepat. Kau settlekan betina jahanam ni. Jgn sampai ada org yg jumpa mayat dia."
5 jam kemudian.....
"Kau nak aku buat apa kat betina ni bos?"
"Kau bawak kereta ni dan bakar. Lepas tu kau campak mayat ni ke sungai. Biar org ingat dia ni mati mengejut!"
"Baiklah bos."
"Sorang parasit dah mampus. Tinggal lagi sorang je lagi."
----------------------------------
Seorang wanita ditemui mati lemas dlm sungai di Gombak. Mayat dikenalpasti sbg wanita berumur 20-an yg dikenali sebagai Camyllia Ibrahim telah dikenalpasti oleh waris keluarganya. Bagaimana pun kes masih lagi disiasat.
"Camy dah mati. Yg aku peliknya dia ada call aku tau. Dia ckp aku kena hati hati dgn someone. But dia tak bagitau apa pun."
"Bila last kau call dia?"
"Semalam."
"Dia pick off phone tak masa kau bersembang dgn dia?"
"Takde. Tiba tiba talian mati and I dont know blh jadi mcm ni."
"Siapa yg nak bunuh kau ni sebenarnya."
"Maybe org yg sama. Tapi sah sah memang dialah orgnya."
--------------------------------
"Sorang jahanam yg cuba hancurkan rancangan aku dah mampus. Tinggal lagi sorang je yg blm settle. Kalau aku dapat dia nanti aku tahulah apa yg aku nak buat. Yg penting aku dpt balas dendam utk keluarga aku. Hello kawan apa kata kalau aku offer kau bnyk. Tapi aku ada kerja utk kau and bukan skrg. Bila kita blh jumpa nanti aku akan bagitau everything."
"Bos, diorang dah jumpa mayat tu."
"Bagus. Kalau mcm tu kau dah tinggalkan bahan bukti yg polis senang cari kan."
"Ya bos. Everything is settle."
"Bagus."
----------------------------------
Di sebuah perumahan di Ukay Perdana, di sini ialah tempat tinggal seorang yg pernah terlibat dgn arwah Avina suatu ketika dahulu. Dia ialah Razizan yg merupakan bekas teman lelaki Avina ketika di universiti. Hidupnya kini senang lenang walaupun masih lagi bujang. Sungguhpun begitu dia sering dihantui rasa bersalah tatkala bayangan Avina seringkali menghantuinya. Saban hari dia semakin takut untuk meninggalkan rumahnya kerana kemana shj dia pergi bayangan itu selalu mengikutinya. Namun apakan daya terpaksa jualah dia memberanikan dirinya untuk menghadapi semua ini.
Razizan seorang yg tabah dan gagah hatinya kerana terlalu banyak perit yg dilaluinya apabila dia mengingatkan kenangan silamnya. Dulu dia seorang yatim piatu kerana ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan. Rasa sedih dan pilu sememangnya tidak dapat dinafikan lagi perasaannya itu. Sudah jatuh ditimpa tangga dia pernah bersubahat utk membunuh Avina kerana dulu Avina pernah menolak cintanya. Padahnya berdendam dia turut membantu pemuda itu utk membunuh Avina.
--------------------------
Sementara itu, Averah cuba mengimbau kembali segala kenangan bersama Avina untuk mengenali siapa yg menjadi kenalan kakaknya. Puas dia berfikir kerana tak semua kenalan Avina yg Averah kenal. Adapun hanyalah beberapa org sahaja dan kesemuanya masing masing sudah tidak berhubung lagi dgn Avina. Ini kerana mereka mempunyai keluarga masing masing dan mengejar kerjaya mereka. Sedetik berlalu tiba tiba datang satu renjatan di benaknya sehingga menyebabkan dia ternganga dan mengetahui lagi siapa kenalan Avina. Dan barulah dia ingat bahawa Avina pernah bercinta dgn Razizan. Jadi dia memutuskan untuk menyiasat dimana dia berada sekarang.
------------------------
"Kenapalah aku ni bodoh sangat? Kalaulah aku tak ikutkan sangat perasaan masa tu Avina tak mungkin mati. Ini semua kerana mamat poyo gila tu! Skrg ni aku tak tahu apa yg patut aku buat dan setahun aku menghilang. Aku takkan buka balik kes ni kalau tak dia akan bunuh aku. Aku akan cuba juga untuk tuntut keadilan utk Averah dan aku akan sumbat mamat tu dlm penjara."
Share this novel