"Kau siapa? Datang datang je culik aku lepas tu cakap pasal dendam bagai. Apa benda yang kau mengarut pun aku tak faham."
"Kau ni harap je cantik tapi bodoh. Pemikiran kau ni tertutup tau tak. Kan aku dah cakap aku nak balas dendam kat Razizan dan Averah tu. Susah sangat ke nak faham?"
"Okey. Kalau aku tolong kau apa yg aku dapat?"
"Aku bagi kau duit. Aku ni blh berhabis banyak duit utk hapuskan dua ekor tu."
"Okey. Kalau macam tu aku setuju. Tapi kau kena ingat kalau kau khianati aku nahaslah kau."
"Ada ke aku gunakan kau? Kita ada matlamat yg sama. Apa yg kau nak takutkan?"
"Takdelah. Tiba tiba dtg culik aku mcm nak bunuh org je."
-------------------------
"Siapa pompuan yg dtg sini semalam tu?"
"Tessa. Musuh ketat Avina masa kat universiti dulu."
"Kekwat betullah pompuan tu. Aku layan dia elok elok dia propa dgn aku. Seolah olah aku ni tak bermanfaat utk negara."
"Amboi! Ke situ pulak fikiran kau tu. Dia tu mmg mcm tu. Kalau org tu nmpk kaya dia layan elok. Kalau tak gitu gitu jelah."
"Maknanya dia ni pisau cukurlah."
"Memanglah. Sebab tulah kitorang tak berapa suka sangat kat dia. Ikutkan hati aku nak je aku lempang betina tu."
"Apahal? Dia buat apa kat kau?"
"Dia kutuk arwah depan aku. Tak ke kurang ajar sangat dia tu. Lepas tu aku geram sangat aku pun hentam dia balik baru puas hati aku."
"Hebat kau ni! Mcm tu pun kau serang."
"Habis tu takkan diam je. Kalau ada org hina mak kau aku rasa kau pun akan buat benda yg sama."
"Memanglah. Tak blhlah main mak bapak ni."
"Tahu pun kau."
------------------------
Di petang yg suam suhunya, Fique berjalan pulang ke rumahnya setelah penat seharian dia bekerja di kilang pembuatan kasut. Begitulah dia dgn kehidupannya skrg oleh kerana waktu muda dihabiskan dgn hiburan berlebihan bukannya utk belajar dgn tekun. Setiap mlm lepak dgn kawan kawannya di kelab malam tanpa had. Seringkali ponteng kelas kerana setiap malam dia pulang lewat disebabkan zaman remajanya dihabiskan sia sia di kelab malam. Kini merasalah hidup dlm kesusahan dan dialami pula bersama rakan rakan satu universitinya dulu. Namun mereka kini sedar akan ketinggian langit dgn bumi itu. Mereka berazam utk bekerja dgn bersungguh demi menampung kehidupan mereka di samping keluarga kelak.
Setelah lebih 4 kilometer perjalanannya dari kilang ke rumah akhirnya sampai ke garisan penamatnya di pagar rumah sewanya. Kilang itu terletak tidak jauh dari rumah sewanya kerana kos sewaannya agak murah. Dia mendengus kasar sebaik sahaja dia pulang ke rumah. Namun ketika dia hendak memasuki bilik untuk mandi tiba tiba dia ternampak sekeping nota berserta sekotak hadiah yg tidak tahu siapa pengirimnya. Dia berasa aneh kerana sblm ini keluarganya tidak menghantar duit kepadanya. Setelah dia puas memikirkan siapa menghantarnya dia terus membuka balutan hadiah itu.
Seusai dia membuka balutan itu, dia terkesima kerana terdapat sebuah gambar yg tlh dibingkaikan yg dihantar kepadanya. Dia terus membelek gambar itu namun dia tidak ingat apa apa tentang org dlm gambar itu. Dia lagi naik aneh apabila ada org hantar gambar tetapi tidak diketahui siapa pengirimnya. Sungguh menyeramkan! Jangan jangan ada seseorang yg berniat buruk terhadapnya. Setahu dia, keluarga dia tidak pernah bermusuh dgn sesiapapun.
--------------------
Setelah apa yg tlh terjadi pada semalam, Razizan tiba tiba teringat kembali kisah dukanya apabila dia didatangi Tessa yg mengemis cinta darinya. Yg sangat menyedihkan lagi dia terima cintanya itu dgn harapan dpt melupakan Avina. Namun lain jadinya apabila Tessa tidak ikhlas mencintainya sebaliknya ingin merebut harta dan kekayaannya sahaja. Justeru dia sedar dan dia mengambil tindakan sewajarnya sebelum terlambat utk mengakhiri semuanya. Demikianlah cinta seorang insan dipermainkan demi kepentingan diri. Benarlah kata org cinta itu buta kerana dgn cinta org yg waras boleh menjadi gila. Lamunannya terhenti apabila Averah masuk ke biliknya.
"Termenung jauh nampak. Terfikirkan pasal Tessa tu ke?"
"Takdelah. Oh! Pasal Tessa tu saya minta maaflah sebab dah sakitkan hati awak."
"Taklah. Saya tak terasa pun. Saya dah sekolahkan dia cukup cukup. Tak payah fikir sangat."
"Dan pasal saya confess awak girlfriend saya tu mmg real tau. Bukan lakonan semata mata."
"Mengarutlah awak ni. Takkan anak dato boleh jatuh cinta dgn inspektor yg garang ni."
"Saya memang betul betul cintakan awak."
"Awak cakap mcm ni sebab awak masih lagi tak puas hati apa yg Avina dah buat kat awak kan."
"Tak. Saya dah lama maafkan dia dan jujur saya cakap ni saya suka kat awak dari hari pertama kita berjumpa."
"Habis tu Tessa mcm mana?"
"Kenapa kena fikir pasal dia? Dia tu cuma nakkan harta je. Buat apa saya nak kat dia?"
"Saya blm sedia lagi."
"It's okay. Take your time."
-----------------------
"Tak sangka rupanya. Anak dato hidup susah mcm ni skrg. Mungkin sebab balasan yg dia pernah buat kat Riefqie dulu. Dan paling aku tak duga bila dia pun sebahagian drpd musuh musuh keluarga Dato Ramzan yg perlu dibunuh. Memang keluarga ni penuh dgn masalah je. Dahlah Riefqie mati lepas tu aku pulak kena sambung dendam ni utk bersihkan balik nama papa. Takpe demi keluarga aku sanggup gadai nyawa aku sendiri sblm aku bunuh org org ni. Aku harap sangatlah lepas ni diorang akan bayar semuanya dgn darah. Hutang darah dibayar darah. Kalau perlu aku mati biar aku heret korang semua sekali."
Seusai berlalu kereta Ricky berlalu meninggalkan rumah sewa Fique. Kebetulan Fique sempat juga melihat kereta Ricky dari tingkap. Dia berasa hairan kerana sblm ini tiada sesiapapun yg ingin menyerang dirinya.
"Siapa mamat tu? Kalau nak cakap Riefqie dia dah lama mati. Kalau nak kata musuh daddy mmg taklah. Sebab daddy tak pernah bermusuh dgn sesiapapun. Kalau aku takkanlah Razizan yg nak buat semua tu. Dia pun dah janji yg dia takkan kacau aku sebab daddy baik dengan dia. Jangan jangan Riefqie masih hidup tak. Dia kan jahat so takkanlah dia tak berjaya lari daripada accident tu. Ilusi apa benda ni? Aku tak faham."
-----------------------
"Kau nak kemana ni?"
"Aku balik dululah Nizam. Kalau ada apa apa jadi kau roger je aku okey."
"Takkan cepat kot nak balik. Taknak jaga ke husband kat dlm tu?"
"Nonsense. Bila masa aku kahwin dgn dia?"
"Habis tu aku tengok kau dgn dia semacam je."
"Yelah tu. Entah entah kau jealous sebenarnya."
"Takde maknanya aku nak jealous."
"Yelah tu. Dahlah aku dah lama tak jumpa dengan bantal busuk aku. So balik nak tidur!"
"Pengotorlah kau ni. Bantal busuk pun dibuat tidur."
"Biarlah! Bantal aku apahal kau nak panas?!"
"Nampaknya betullah apa yg kau cakap tu. Tapi aku mungkin takkan dapat tmpt kat hati kau. Aku harap kau dgn dia bahagia nanti. Mungkin mmg kita ditakdirkan menjadi sahabat. Tak lebih dari itu lagi dah."
Share this novel