Peristiwa yg menyebabkan Camy meninggal dunia berulang kembali kpd diri Riefqie namun ia belum tentu terjadi kpd dirinya. Mujurlah Averah sempat melihat kelakuan Riefqie ketika di rumah jika tidak mungkin mereka terlepas jejak Riefqie. Ketika sampai di simpang empat Riefqie belok kanan dan Averah menyuruh Nizam belok kanan juga. Ketika Riefqie memecut laju keretanya Averah juga menyuruh Nizam memecut laju keretanya. Dan masing masing mengikut rentak sehingga jauh perjalanan keluar dari Kuala Lumpur.
Sehari suntuk mereka berkejaran jauh hingga tidak tahu arah mana mereka tuju. Malam yg gelap mereka masih juga tidak tahu erti penat kerana masing masing tetap dengan ego mereka demi kepentingan diri sendiri. Sehinggalah sampai di lebuhraya Utara-Selatan kereta Riefqie tiba tiba kehabisan minyak. Sudah jatuh ditimpa tangga tiba tiba pula ada kereta dari arah yang bertentangan merempuh penghadang jalan dan melanggar kereta Riefqie. Dia yg tak dapat kawal keretanya dirempuh dan mengalami kecederaan parah.
Beberapa jam kemudian, pihak polis telah tiba di tmpt kejadian. Apabila bomba berjaya mengeluarkan Riefqie yg tersepit mereka mendapati bahawa Riefqie sdh tidak bernyawa lagi. Riefqie disahkan mati di tmpt kejadian.
--------------------
Setibanya Ricky di sebuah rumah agam yg tersergam indah itu, dia menjejakkan kakinya ke pekarangan rumah itu dgn langkah yg teragak agak. Dia melihat sekeliling rumah itu dan tanpa melengahkan masa lagi dia membuka but kereta dan mengambil bagasi. Setelah dia memasuki rumah itu kelihatan gelap gelita ibarat gua yg amat kelam. Setelah dia membuka lampu dia terpegun melihat gambar sebuah keluarga besar. Di dalam gambar itu ada sepasang suami isteri berserta dua org putera yg tampan. Dia langsung tidak mengetahui sebab musabab Riefqie suruh Ricky menginap di rumah tersebut. Dia terus menaiki tangga bersama bagasinya itu menuju ke bilik yg ada di ruang atas rumah itu. Setelah dia membuka pintu bilik itu terus dia melompat ke atas katil dan melalikan matanya tanda dia mengantuk.
-----------------------
Akhirnya persoalan misteri terungkai apabila kes berkenaan kakak kpd Inspektor Averah Marchesa menemukan mayat pembunuh Avina Marchesa apabila suspek dikenali sbg Riefqie Ramzan ditemui mati dlm kemalangan kereta di lebuhraya Utara-Selatan malam tadi.
"Apa? Riefqie dah mati? Maknanya semua ni dah pun berakhir. Nampaknya tak perlu lagi aku nak berdepan dgn dia semata mata menegakkan keadilan untuk Averah. Skrg aku blh hidup dgn aman tanpa memikirkan kisah silam. Aku harap lepas ni Averah dapat hidup tenang dan Avina dapat bersemadi dgn tenang."
Lega hati Razizan apabila mendengarkan berita pada pagi ini. Dia berpendapat bahawa selepas apa yg tlh terjadi dia akan menjalani kehidupannya dgn tenang dan melupakan sejarah hitamnya itu.
------------------
"Aaarrrggghhh! Keluarga Marchesa dah banyak bunuh keluarga aku! Riefqie kenapa semua ni jadi kat kau. Sepatutnya betina tu yg mampus! Aku takkan pernah lepaskan Marchesa selagi dia masih hidup. Selagi aku masih lagi bernyawa selagi tulah aku takkan biarkan Marchesa masih lagi bernyawa dan membiak atas muka bumi ni."
THROWBACK:
"Kau kena ingat Riefqie siapa yg dah bunuh ayah kita. Dan paling penting sekali kau kena ingat apa pesanan terakhir papa sebelum dia meninggal."
"Apa yg papa pesan?"
"Papa pesan kalau sesuatu terjadi kat dia kita berdua kena balas dendam bagi pihak dia."
"Balas dendam? Kat siapa?"
"Keluarga Marchesa."
"Siapa diorang tu aku tak kenallah."
"Dioranglah yg jadi punca kenapa papa mati."
"Mcm mana aku nak cari dia?"
"Itu kau tak perlu risau. Biar aku yg uruskan semua keturunan jahanam tu. Tapi kalau ada apa apa berlaku kat aku. Aku nak kau yg sambung tugas penting ni."
"Baiklah Riefqie. Aku akan sambung tugas yang tertangguh ni. Aku akan pastikan takde sorang pun yg dpt halang aku. Sekarang ni nyawa Marchesa ada dlm genggaman aku."
--------------------------
Di tanah perkuburan, Averah melawat kubur Avina setelah sekian lama dia tidak menjenguk kakaknya disini. Kelihatan suram mukanya di hadapan kubur kakaknya. Setelah dia selesai membaca yasin dan menyiram tanah kubur serta menabur bunga di atasnya dia berkata kata kepada kakaknya tentang Riefqie.
"Avina aku tahu kau mesti bahagia kat sana. Aku harap kau bahagia selalu. Selama ni aku selalu je fikirkan tentang kes kau sebab aku tahu kau tak mungkin buat jahat kat siapa siapa. Mesti ada org yg cuba nak fitnah kau kan. Dan tujuan aku datang sini untuk bagitau kau yg aku dah tahu siapa dalang di sebalik kejadian ni. Riefqiekan orgnya. Yelah sebab aku tahu yg arwah bapa dia pernah bermusuh dgn arwah daddy. Dan kau tahu tak yg dia skrg dah meninggal. Lepas ni kau bolehlah nak belasah cukup cukup sebab dia dah pun masuk ke tanah yg sama dgn kau. Lepas ni aku akan jalani hidup aku mcm biasa dan kalau boleh doakan kesejahteraan hidup aku semoga berjaya dalam karier. Aku pergi dulu ya kak. Assalamualaikum."
Setelah Averah baru shj keluar dari tanah kubur Ricky menapak di kubur Avina dan melihat jejak kaki Averah itu.
"Mungkin kau ingat musuh kau semua dah ke dlm tanah. Tapi kau jangan ingat yg semua ni dah berakhir. Aku akan pastikan kau pun diheret masuk ke tmpt yg sama kakak kau berada skrg ni."
Share this novel