Setelah lama perjalanan mereka dari Kuala Lumpur ke sini, Nizam dan Pak Salleh terus melangkah keluar dari kereta tersebut. Namun langkah tersebut terhenti apabila mereka berdua ternampak Tessa membawa Dato Ramzi dan Fique jauh ke ladang sana dengan pistol dipegang oleh Tessa. Mereka berdua menggelabah dan merasakan mereka sudah kesuntukan masa. Mereka terpaksa menelefon polis supaya mereka cepat sampai ke sini secepat mungkin. Mereka berdua resah kerana sesudah mereka sampai mereka terlihat Tessa sudah bersiap sedia untuk membunuh Dato Ramzi dan Fique. Setelah beberapa minit kemudian polis telah sampai dengan siren tidak berbunyi. Mereka berjalan keluar dari kereta dgn langkah yg amat perlahan supaya tidak didengar oleh Tessa dan Ricky. Dengan pistol diangkat berhati hati mereka cuba memasuki rumah itu sementara yg lain mengekori jejak langkah Tessa.
----------------------------
"Aku nak buat kali yg terakhir korang berdua saling bermaafan antara satu sama lain. Kalau boleh mengalirkan air mata pun takpe. Aku nak tengoklah jugak drama sedih ni."
"Razizan walaupun saya rasa benci sangat kat awak bila awak kata awak terlibat dalam pembunuhan Avina. Tapi saya nak awak tahu satu benda je saya nak awak maafkan salah silap saya kalau saya dah banyak lukakan hati saya. Saya pun nak minta maaf sebab buat awak hampir mati dlm kemalangan tu. Saya betul betul minta maaf."
"Saya dah lama maafkan awak Averah. Saya pun nak minta maaf kat awak sebab saya bodoh sgt percayakan perasaan marah saya. Kalau ikutkan hati saya nak je saya mati dlm kemalangan tu. Supaya saya boleh dihukum seberat beratnya dan setimpalnya. Dan kalau awak taknak terima cinta saya takpe. Sebab saya pun mungkin tak dapat bahagiakan awak. Sampai sini jelah kita bersama okey."
"Dah puas dah berdrama? Aku boleh je bagi kau masa untuk berdrama lebih lagi. Manalah tahu kot kot sorang masuk syurga sorang masuk neraka. Peduli apa aku kan?"
----------------------
"Hei dah jauh dah kita pergi ni. Kat sini jelah kita start. Oh! Anyway ada tak kata kata terakhir yg cukup mengharukan dan cukup mengayat hati aku untuk buat aku menangis air mata darah."
"Kalau sesuatu terjadi kat papa jangan menyerah kalah. Fight habis habisan sebab papa pernah alami lebih teruk dari yg kamu alami sekarang ni."
"Papa jangan cakap macam tu. Kita mungkin ada harapan untuk hidup lagi."
"Hei! Siapa kata korang berdua masih ada harapan lagi? Inilah harapan terakhir korang untuk bermaaf maafan tau. Jangan mimpilah korang boleh terlepas kali ni."
"Kau ingat kau dapat ambil nyawa kitorang ke?"
"Mestilah tak. Sebab aku cuma diarahkan untuk bunuh kau. Apa apa si Ricky tu yang akan tanggung semuanya bukan aku. Kalau kau nak tahu aku ni sampai dah habis fikir kau tau tak. Kau nak tahu sebab apa? Sebab aku cuma fikir nak bunuh adik kau je kau tahu tak. Aku rasa stres sangat sebab hidup aku terumbang ambing disebabkan takde duit yg masuk dalam akaun. Lepas korang berdua mati aku akan dapat berjuta juta ringgit tau. Siapa yg taknak?"
"Habis tu kau nak buat apa kat Ricky?"
"Pandai pandailah aku handle mamat tu. Beside aku takdelah nak sangat kat dia pun. Aku nak duit daripada dia je takde benda lain pun."
-----------------------
"Apahal pulak korang senyap ni? Korang ni saja ke nak buang masa aku? Apahal diam je dari tadi dah takde mulut ke? Kalau tak aku lepaskan tembakan ni. Jangan korang menyesal dan jangan pulak aku tak warning korang berdua tau."
"Okey kau boleh tembak kitorang sekarang."
"Betul ni. Kau takkan menyesal nanti kalau ada benda yg tertangguh ke ataupun tak sempat nak jujur satu sama lain ke. Aku saja nak lengahkan masa untuk hilangkan rasa nervous korang tu. Tapi kalau dah ready aku tak boleh tunggu lama lagi dah. So 1... 2... 3...."
"Selamat tinggal Razizan."
"Selamat tinggal Averah."
Share this novel