BAB 24 (AKHIR)

Mystery & Detective Completed 4608

Suasana di dalam rumah usang itu sekarang semakin tegang. Semakin dipaksa semakin tetap tidak mahu mengalah. Berkali kali dipujuk sekali pun sememangnya tidak akan berubah apa apa pun. Apa yg mampu dibuat sama ada mengelak daripada salah seorang daripada mereka tercedera dan meninggal dunia. Ricky diibaratkan tugu memang tidak berganjak dari tempatnya dan posisinya bahkan pistol di tangan seakan sudah melekat di tangannya. Sementara Averah dan Razizan hanya terdiri kaku tanpa mampu bergerak sedikit pun. Bahkan untuk berundur selangkah pun mereka tidak berani kerana bimbang tembakan dilepaskan. Namun mereka sanggup menerima risiko demi menyelesaikan kemelut yg mengakibatkan dendam kesumat ini daripada terus menghantui kehidupan mereka.
Pihak polis hanya menunggu masa untuk memastikan Ricky tidak melepaskan tembakan itu.

"Mungkin ini pengakhirannya untuk kita berdua. Selama aku hidup di atas muka bumi ni aku tak ingin pun semua ini berlaku. Aku cuma nakkan hidup yg aman dan tenang. Aku cuma nak apa yg dilalui oleh aku semuanya dapat diakhiri dalam satu suasana macam ni. Mungkin terlalu kejam tapi inilah masanya dan aku taknak tunggu lama lagi dah. Harap kau tak mengganggu kehidupan aku lagi."

Namun sebelum Ricky sempat melepaskan tembakan satu das tembakan dilepaskan oleh polis. Ricky terdiam kaku lalu tubuhnya terlentok ke lantai dengan berlumuran darah. Mereka yg sempat menyaksikan detik detik tersebut berasa sangat gerun dan terkesima kerana pengakhiran ini amat tragik. Semuanya terdiri kaku seperti tugu sehinggalah fajar menyinsing menandakan waktu sudah mulai pagi.

----------------------

Pagi yang cerah namun dihiasi dengan wajah yang muram apabila suasana pilu dan hiba memenuhi tanah perkuburan. Averah Razizan Pak Salleh Nizam Dato Ramzi dan Fique sedang bersugul menghadiri majlis pengebumian Tessa dan Ricky yang baru saja meninggal dunia dua hari yg lepas. Walaupun masing masing dipenuhi dendam kesumat dalam hati namun masih ada sedikit rasa kasihan akan mereka berdua kerana tidak sempat bertaubat. Seumur hidup mereka hanya menanam rasa dendam kepada semua orang sehingga ramai yg terkorban dan ada yang hampir sahaja menjejaki mereka. Namun Dengan Izin Allah mereka dilindungi daripada Ricky dan Tessa kerana kebenaran akan berdiri teguh jua. Rasa menyesal menyelubungi diri mereka apabila terkenangkan kisah lalu yg menyakitkan hati kerana tidak mampu menghentikan dendam mereka dan tidak sempat meminta maaf mereka.
Setelah beberapa minit mereka bersugul mereka meninggalkan tanah perkuburan dengan langkah yg serba salah. Sebelum melangkah masuk ke kereta sempat jua mereka menoleh ke belakang memerhatikan kubur Ricky dan Tessa. Setelah itu mereka meninggalkan tanah perkuburan tersebut dengan harapan hidup lebih baik selepas ini.

--------------------

4 bulan kemudian....

"Dah 4 bulan kita menikah. Sekarang ni barulah kita dapat honeymoon kan sayang."
"I'm sorry okay sebab lately I busy sangat sekarang ni."
"It's okay. I faham sebab you kan usahawan yang berjaya sementara I ni just housewife only."
"Because I taknak you kerja lagi dah. Banyak susah payah yang you alami."
"Betul apa yg you cakap tu. I dah tak larat lagi dah nak hadap semua ni."
"So you tadi ada nak bagitau something. Apa dia yg urgent sangat tu?"
"Actually I akan bergelar mummy and you daddy because I pregnant."
"Alhamdulillah. I harap baby ni sihat and hidup kita lebih bahagia sekarang ni."
"I love you sayang."
"I love you too."


Begitulah kisah cinta antara Razizan dan Averah setelah banyak dugaan yg ditempuhi. Namun apa yg mereka harapkan kandungan Averah sihat walafiat dan lahir menjadi anak yg soleh solehah. Bulan madu mereka dihiasi dengan penuh bermakna dan dizahirkan kebahagiaan yg tak terhingga. Semoga hidup mereka dipagari dengan rasa cinta yg mendalam agar tiada sesiapapun yg akan menghancurkan rumah tangga mereka hinggalah akhir hayat nanti. Wassalam.

SEKIAN....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience