BAB 20

Mystery & Detective Completed 4608

Sudah 3 hari berlalu, Razizan terperuk di dlm keretanya tanpa berganjak ke mana mana demi memastikan abang angkatnya itu selamat. Saban hari dia berada di dlm kebosanan namun dia tidak cemuh dengan itu kerana dia lebih mementingkan keselamatan keluarganya sekarang ini. Walaupun sudah 3 hari namun dia masih lagi boleh bertahan dengan air mineral yg ditinggalkan dlm kereta beberapa hari yg lepas. Sungguhpun begitu, dua org kuncu Ricky langsung tidak perasan bahawa Razizan sudah lama berada di luar kawasan rumah usang tersebut. Hanya apa yg dia harapkan ialah pihak polis berjaya menjejaki kawasan ini dan dapat menyelamatkan keluarga angkatnya. Hari yang panjang menyebabkan Razizan tertidur di dalam keretanya. Sementara itu di dlm rumah tersebut.

"Darling kita dah berjaya tangkap diorang berdua. Tinggal sorang lagi ahli keluarga dia."
"I know you maksudkan Razizan. Tak lama lagi diorang akan tangkap dia."
"Dia ada kat mana sekarang ni?"
"Ada je kat luar tu."
"Biar betul you ni. Habis tu takkan kita nak biar je dia call polis untuk tangkap kita."
"You don't have to worry. I have something to give him. A special gift for him."
"What do you mean?"

Setelah Ricky berkata begitu tiba tiba ada 2 org kuncunya meluru ke arah kereta Razizan. Lalu mereka memukul Razizan sekali lalu hingga dia pengsan. Mereka berdua membawa Razizan masuk ke dlm rumah itu dan diikat bersama Fique dan Ramzi di bilik yg sama. Ternyata Ricky sudah mengetahui kehadiran Razizan ke sini kerana kecuaian Razizan dihidu olehnya. Namun begitu sempat jua dia memberitahu Averah tentang keberadaannya sekarang walaupun lokasinya amat terpencil. Akhirnya semua bukti yg ada diserahkan pada pihak polis. Hanya tinggal mereka ditangkap ataupun meloloskan diri.

-------------------

"Siapa pula call ni? Hello."
"Hello Inspektor Averah, hari ni hari yg baik bukan. Saya harap inspektor chillax je hari ni."
"Hei kau nak apa? Lepaskan mereka berdua tu kalau tak aku bunuh kau!"
"Janganlah lepaskan diorang berdua. Habis tu lagi sorang ni nak buat apa?"
"Apa benda yg kau cakap ni?"
"Eh! Eh! Buat tak tahu pulak dah. Takkan tak tahu kot yg boyfriend kesayangan ni pun dah kena tangkap."
"Macam mana kau boleh tangkap dia?"
"Aku ni kesian tengok kau tau. Harap je inspektor tapi otak sempit. Takkanlah kau tak tahu selama 3 hari ni dia asyik memerhati dari jauh kat sini."
"Oh! Jadi kau pun tahu yg dia ada kat situ?"
"Gila kau tak tahu! Bodoh sangatlah kalau tak tahu ada kereta tersadai kat depan rumah. Nak nak lagi kereta tu familiar sangat."
"Apa yg kau nak sebenarnya?"
"Aku taknak apa apa pun dari kau. Aku cuma nak sesuatu dari kawan inspektor kau."
"Apahal kau babitkan Nizam dlm hal ni?"
"Sebab hanya dia sorang je yg boleh tolong kau."

Sebelum dia menangkap Razizan, Ricky awal awal lagi sudah menyuruh kuncu kuncunya untuk menculik Averah di rumahnya. Kebetulan pintu tidak berkunci memudahkan Averah diculik. Tiba tiba dari belakang Averah ditekup mulutnya dgn kain yg disapukan cecair yg membuatkan dia pengsan. Kuncu tersebut terus mengangkat Averah ke kereta dan menuju ke tempat yang terpencil tersebut.

--------------------

"Apalah yg akan terjadi kat Averah tu?"
"Kamu ni boleh bawa bertenang sikit. Tahulah Averah tu jaga diri. Dia kan inspektor."
"Itu saya tahu tapi masalahnya dia tu pompuan."
"Habis tu kenapa perlu risau? Dari tadi aku duduk perhatikan kau ni mcm ambil berat pasal dia."
"Takdelah dia tu kawan saya. Jadi tak salah kan kalau kita ambil berat pasal dia."
"Tapi gaya kau tu yg melebih lebih. Seolah olah kau dengan dia ada apa apa."
"Mana ada. Kitorang biasa biasa je."
"Kau tak payah nak tipu aku. Sebab aku tahu yg kau suka kat dia. Aku dapat rasa sebab aku dulu pun sama macam kau jugak."
"Mengarutlah Pak Salleh ni. Bila masa saya ada hati kat Averah tu."
"Masih nak mengelak lagi?"
"Okey tapi ingat. Jangan bagitau Averah tentang ni. Saya taknak dia tahu."
"Okeylah. Aku simpan rahsia kau ni."
"Sebenarnya saya terus terang memang pernah suka kat dia. Lama dah saya suka kat dia tapi dia tak tahu pun yg saya suka kat dia. Akhirnya bila saya dah ready nak bagitau dia tiba tiba Razizan muncul dan confess yg dia suka dekat Averah."
"Dah tu kenapa kau tak cakap kat dia dari dulu lagi. Kan aku dah pesan banyak kali jangan tunggu lama lama. Sekarang ni terngangalah kau sebab org lain rembat dulu. Kalau suka cakap suka tapi kalau lambat org lain dah rembat dia. Tulah kau degil taknak ikut nasihat aku. Sekarang ni apa yg kau boleh buat?"

--------------------

"Hei pompuan bangun!"
"Kau buat apa kat sini?"
"Mesti kau terkejut kan kenapa aku boleh ada kat reban ayam ni?"
"Apa benda yg kau buat ni?"
"Aku ikut plan Ricky. Faham."
"Aku tak faham."
"Aku dah setuju dengan dia untuk balas dendam kat kau dengan si nerd tak guna tu."
"Kau ni memang betina sundal!"
"Kau cakaplah apa yg kau nak cakap. Semuanya dah terlambat. Kau dgn jantan kau tu tengah tunggu masa je bila ajal korang pelawa korang nanti. Macam mana rasanya di ambang maut?"
"Aku rasa korang berdua yg akan rasa nanti."
"Takutnya aku. Kalau berani buatlah."
"Aku akan pastikan yg korang berdua akan dapat balasannya nanti."
"Tak takut pun. Sikit pun tak sebab aku tahu yg kau tak berani nak buat mcm tu."
"Apasal pulak?"
"Sebab kau takut yg diorang bertiga akan dibunuh depan mata kau sendiri."
"Kau jangan sentuh diorang tu!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience