BAB 9

Mystery & Detective Completed 4608

Setelah Averah keluar dari keretanya dia terus berlari laju utk mendapatkan Nizam memberitahu bahawa dia tlh menemui dalang di sebalik semua ini. Setelah berminggu dia memikirkan tentang kisah silam Avina barulah dia sedar bahawa Avina tlh beritahu sblm ini bahawa keluarga Ramzan pernah ada sejarah kurang baik dengan keluarga Marchesa. Kini semua itu tidak penting lagi kerana yg penting dendam Ramzan terhapus sblm nyawa Averah diambil oleh Riefqie.

"Nizam aku dah jumpa dah siapa yg bunuh Avina tu."
"Betul ni kau dah jumpa siapa orgnya. Siapa org yg kau maksudkan tu?"
"Kau ingat tak sblm ni aku ada bagitau keluarga Ramzan bermusuh dengan arwah papa aku?"
"Ya. Aku ingat so betullah apa yg aku cakap yang kemungkinan dialah jawapan yg kita cari."
"Kenapalah aku tak fikir ke arah situ. Okey aku nak kita cari alamat rumah dia and suruh Pak Salleh siasat Riefqie Ramzan."

-------------------

"Aku nak minta maaf bagi pihak keluarga kita sebab aku tak bunuh sepenuhnya keluarga Marchesa tu."
"Takpe. Yg penting skrg ni kita perlu bersatu utk hancurkan keluarga Marchesa tu."
"Tapi satu benda yg aku nak minta dari kau."
"Apa dia?"
"Kalau ada apa apa yg jadi kat aku. Janji dgn aku yg kau akan hapuskan seluruh keturunan Marchesa tu."
"Apa benda yg kau mengarut ni? Kau takkan mati bang sebab aku akan ada untuk tolong kau. Aku janji yg keturunan jahanam tu takkan hidup lama. Aku akan pastikan amanah terakhir papa akan terbalas juga."
"Serius ni aku tak main main. Jaga diri kau baik baik. Aku nak kau ambil kunci rumah ni dan kau tinggal kat alamat ni."
"Kunci rumah siapa yg kau bagi kat aku ni?"
"Adalah. Nanti aku bagi kunci kereta kat kau. Dan kau pergi kat alamat ni hari ni juga."
"Kenapa terburu buru sangat ni?"
"Kau jangan banyak tanyalah. Kau buat je apa yg aku suruh kalau kau nak selamat."
"Okeylah. Aku pergi."

------------------

"Inspektor Averah, Pak Salleh dah siapkan biodata budak ni. Alamat rumahnya semua ada dlm dokumen ni."
"Terima kasih Pak Salleh. Dgn dokumen ni nyawa saya akan selamat."
"Sama sama. Kalau mcm tu Pak Salleh sambung buat kerja dulu ya."
"Terima kasih sekali lagi Pak Salleh."

Senang hati Averah apabila dia sudah pun menghampiri kesudahan misteri kematian Avina. Dia berharap agar selepas semua ini berakhir dia dapat menjalani kehidupannya sebagai inspektor seperti biasa. Namun dia berasa takut untuk berhadapan dgn Riefqie kerana dia tahu bahawa orgnya licik dan psiko. Namun itu tidak mematah semangatnya kerana jika tidak ditangkap mungkin nyawanya dlm bahaya skrg tanpa dia mengetahui siapa dalang kematian Avina. Tanpa dia melengahkan masa dia dan Nizam terus melangkah keluar dari bangunan dan masuk ke kereta Nizam untuk menuju ke rumah Riefqie.

-------------------

"Serius ni kau nak aku pindah kat rumah ni?"
"Kalau kau sayangkan aku tolong pergi kat rumah ni atau tak aku tak mengaku kau adik aku."
"Okey fine. Aku akan pindah tapi aku nak tahu kenapa aku kena pindah kat rumah ni."
"First sebab rumah ni selamat daripada Marchesa tu cari kau. And second inilah rumah yg arwah papa tinggalkan untuk kita."
"Good luck abang. Kalau ada apa apa masalah kau call je aku okey."
"Ya aku tahu. Kau tu jaga diri baik baik."

Tanpa teragak agak lagi Ricky melangkah keluar dari bilik menuruni tangga dan menuju ke garaj kereta untuk meletakkan bagasinya ke dlm kereta yg diberikan oleh Riefqie. Dia kelihatan agak hairan apabila abangnya berkelakuan pelik hari ini. Barangkali abangnya sudah mengetahui bahawa ajalnya semakin menghampiri. Namun Ricky tidak teragak agak dan terus meninggalkan rumah itu untuk ke rumah peninggalan Ramzan. Sementara Riefqie pula bersiap sedia dengan senjatanya untuk melarikan diri dari Averah. Detik waktu berdetik kedua dua pihak semakin menghampiri dan cepat cepat menyelamatkan diri dari marabahaya yg mengundang
Ketika Averah memasuki ke lorong untuk ke rumah Riefqie dia terlepas peluang untuk menangkap Riefqie kerana dia meletakkan kereta di belakang rumah. Namun Averah sempat menyedari kereta Riefqie melintasi belakang rumahnya. Terus Averah menyuruh Nizam untuk mengekori Riefiqie.

---------------------

"Peliklah Riefqie ni. Kenapa beria sangat dia nak aku pergi rumah ni? Jangan jangan keturunan Marchesa tu nak tangkap dia? Tapi Riefqie tak bagitau apa apa pun pasal tu. Macam mana aku nak tolong dia kalau dia diburu Marchesa skrg ni. Takpe aku tahu yg dia mesti blh lepaskan diri drpd keluarga Marchesa tu. Aku akan pastikan dia mati di tangan aku."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience