"Dah selesai bersedih sedih kat kubur tu?"
"Apa benda kau ni? Takkanlah aku pretend nangis kat kubur tu."
"Aku dari tadi perhati je kubur Riefqie tu. Takde sorang pun waris keluarga dia kan."
"Entah entah dia mak bapa dia anak tunggal kot."
"Adik dia takkan tak tahu pasal kematian abang dia sendiri."
"Dia bukan anak tunggal ke?"
"Bukanlah. Dia ada sorang adik lelaki."
"Jangan jangan adik dia pun dah lama mati."
"Takkanlah. Sebab takde bukti yg kata adik dia pun mati."
"Betul juga tu. Entah entah adik dia."
"Kau jangan nak mengarut. Jangan nak start kat depan kubur ni."
------------------
"Aku kesian tengok kau jadi mcm ni. Tulah kau kalau kau tak ikutkan sangat kata bapak kau tu takkan jadi mcm ni tau. Skrg ni merasalah kau mcm mana teruknya nak balas dendam kat org yg takde kena mengena dgn kes bapak kau tu. Sdgkan kau pun tak terlibat tiba tiba gatal nak libatkan diri sampai korban nyawa kau semalam. Senang cerita mcm nilah aku sedar yg aku pun mmg terlibat sama jugak tapi aku dah insaf dan menyesal dgn apa yg aku buat. Kau tu yg percaya sgt kalau balas dendam hidup kau bahagia tapi mana bahagia yg kau maksudkan tu. Mungkin dah tiba masanya untuk kita terima balasan kita masing masing. Aku pun dah terima balasan aku dan kau pun dah dapat balasan kau tu. Tunggu masa je nak tunggu masuk neraka nanti. Masa tu dah takde gunanya kau nak menyesal bagai nak rak. Aku harap kau blh terima semua ni seadaanya."
--------------------
"Dah semuanya settle aku ingat aku nak tenangkan diri kejap."
"Kau nak pergi mana?"
"Aku ingat aku nak holiday kejap minggu depan."
"Kalau mcm tu aku ikut kaulah."
"Apahal pulak kau ni?"
"Yelah selama ni aku tolong kau bnyk tau. Takkan aku nak follow kau holiday pun tak boleh."
"Aku nak bersendirian. Terlalu bnyk org yg aku jumpa utk kes ni. So aku nak rehatkan mata aku puas puas."
"Tak boleh. Kau tu pompuan bahaya kalau kau duduk sorang sorang."
"Apahal tiba tiba kau caring sangat kat aku ni."
"Adalah. Aku tak kira aku nak pergi jugak."
"Tak payahlah kan aku dah cakap aku mahu sendiri lo."
"Aku nak pergi jugak. Kau suka ataupun tak aku tetap nak pergi jugak."
"Beria ria sangat kau ni."
"Aku dah muktamad dgn decision aku. So whether yes or no aku ikut jugak."
"Okeylah kau blh ikut aku. Tapi kau jangan ikut aku kat mana aku nak jalan."
"Kau nak cuti kat mana?"
"Tak confirm lagi. Tunggu aku whatsapp kau."
"Mcm tulah baru kawan."
"Sibuk je org nak cuti dia nak cuti jugak."
-------------------
Ricky meneliti kembali setiap sudut rumah agam yg didudukinya itu. Dia melihat terlalu bnyk gambar yg diletakkan memenuhi dinding ruang tamu tatkala di setiap meja juga. Dia berasa pelik kerana sblm ini dia tidak mengetahui tentang sejarah yg berlaku di rumah ini. Puas dia menelaah gambar itu dia membuka laci di meja kerja dan terlihat sebuah buku seakan akan diari seseorang. Didapati buku itu ditulis sebagai diari Ramona. Dia membaca diari itu dari mula hingga akhir. Dia terkesima sehingga diari itu jatuh dari pegangan Ricky. Oleh kerana diari itu telahpun membuka matanya bahawa ini adalah rumah sebenarnya yg sekian lama ditinggalkan. Dia juga mengetahui kenapa rumah ini ditinggalkan kosong tanpa penghuninya.
THROWBACK:Ayah kepada Johan Marchesa iaitu Ronald mempunyai perselisihan dgn ayah kpd Ramzan iaitu Saad oleh kerana mereka berdua berebut wanita yg sama. Akhirnya wanita itu bersuamikan dengan Saad kerana dia lebih mencintai Saad drpd Ronald. Disebabkan kejadian itu Ronald berhasrat utk menyerang keluarga mereka.
10 tahun selepas itu, rumah Saad diserang oleh Ronald dengan membawa samseng kampung yg merupakan sahabat karibnya. Mereka menyerang dan memukul Saad dgn kejamnya. Akhirnya ia berakhir dgn Saad mati ditikam oleh Ronald setelah dia enggan melepaskan isterinya. Namun seusai sahaja Saad mati isterinya pula ditemui mati akibat keguguran ketika hendak bersalin. Dan pada ketika itulah Ramzan menjadi anak yatim piatu dan berhasrat ingin membalas dendam terhadap Johan.
Setelah 20 tahun berlalu kejadian sama juga berulang namun dlm keadaan yg berbeza apabila Vanidah berlaku curang kepada Ramzan apabila dia ditangkap basah ketika berada di hotel. Oleh sebab itu Vanidah telah meletakkan racun dlm minumannya yg memberikan kesan kpd badannya menjadi lemah. Akhirnya Ramzan mati disebabkan perbuatan jahat Vanidah. Namun sblm sempat Vanidah melarikan diri membawa semua harta Ramzan dia ditahan polis dan didapati dia tlh menggantung dirinya sblm menerima hukuman mati drpd perintah mahkamah. Demikianlah keluarga mereka berakhir dgn teruk sehingga merosakkan hidup pihak lain pula.
"Jadi sebab nilah Riefqie dgn papa beria sangat nak balas dendam kat Marchesa tu. Aku tak sangka mama sanggup buat mcm tu kat papa hanya kerana duit. Takpe korang semua buat aku jadi mcm nikan. Korang tunggulah masa korang utk terima balasan yg setimpal."
---------------------
"Nizam Nizam kemana aku pergi mesti dia nak ikut jugak. Aku tak fahamlah dia ni."
"Marah nampak. Kenapa ni?"
"Razizan. Awak buat apa kat sini?"
"Saja nak ajak awak lunch hari ni."
"Tiba tiba je awak ajak saya lunch dgn awak ni. Kenapa?"
"Saja nak belanja awak. Salah ke?"
"Tak salah. Cuma saya seganlah."
"Tak perlu segan silu dgn saya. Saya bukannya nak buat apa apa kat awak."
"Yelah. Kalau awak ckp mcm tu saya ikut je."
"Jomlah kita pergi."
Share this novel