BAB 4

Romance Completed 9670

Ara menolak troli yang berisi barangan dapur yang dipilihnya.Kini,sudah seminggu semenjak dia pulang ke Malaysia.Rasa seronok kerana dia sudah boleh menghirup udara negara sendiri.

Sekarang,dia cuma hanya menunggu panggilan untuk masuk bekerja saja.Mungkin dalam 2 minggu lagi,dia dapatlah bekerja.

Ketika tangannya ralit memilih barang,secara tidak sengaja belakangnya di tolak seseorang.Dia menoleh ke belakang.Seorang anak kecil lelaki dalam lingkungan 4 tahun jatuh terduduk.

Ara membantu anak kecil itu bangun.Ara menepuk perlahan kotoran yang melekat di baju anak perempuan itu.Matanya ralit memandang wajah anak kecil itu.

"Nama siapa?,"tanya Ara.Dia mecangkung di depan anak kecil itu.Mulutnya menguntum senyum sambil ingatannya ligat memikirkan seseorang yang dia kenal apabila memandang muka anak kecil itu.

"Ara,"pendek jawapan dari anak kecil itu.

"Ara?Nama kita samalah,"Ara menguntum senyuman agar anak kecil itu tidak ketakutan.

"Muka dia sama macam Dira.Serupa sangat,"bisik Ara perlahan.

"Mak mana?,"Ara bertanya lagi.

Ara menggeleng.

"Ayah?,"Ara masih tidak berputus asa.

Ara kecil tetap menggeleng.

"Ah sudah,hilang pulak lah ni,"cemas Ara dibuatnya.

Tiba - tiba suatu suara memanggil nama seseorang kedengaran.Ara kembali berdiri tegak lalu mendukung anak kecil tadi.

"Ara oh Ara,"panggil satu suara itu lagi.

"Puan,"jerit Ara apabila ternampak seseorang menjerit.Wanita itu segera meluru ke arah Ara setelah melihat anak kecil.

"Ini anak puan yang puan cari,dia sesat,"Ara menyerahkan anak kecil tadi.Entah mengapa,hatinya seakan berat untuk melepaskan anak kecil itu dari pergi jauh.Seakan ada tarikan magnet antara mereka.

"Saya Maya,"Maya menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Ara,"balas Ara.Dia menyambut huluran Maya.

"Eh samalah nama awak dengan dia,"kagum Maya.Ara hanya tersenyum kecil.

"Minta maaflah kalau dia menyusahkan Ara,dia ni nakal sikit,"Maya menepuk kecil peha anak kecil itu.

"Eh tak apa,lagipun baby comel macam ni siapa tak geram,"Ara mencubit pipi Ara kecilnya.

"Haha,terima kasih ya.Jom saya belanja Ara minum sebagai tanda terima kasih,"ajak Maya.

"Eh tak apa,saya nak kena cepat.Ada benda kena buat,"tolak Ara ramah.

"Oh yake?Terima kasih ya jumpa Ara,"ucap Maya.

"Sama - sama.Bye Ara kenit,"Ara mencubit pipi Ara sebelum berlalu pergi.

Maya mendukung Ara menuju ke Fariq.Fariq kelihatan cemas dan duduk di bangku yang terdapat di situ.

"You,I dah jumpa Ara,"kata Maya.Fariq segera memeluk anaknya.Dia mencium dahi anaknya lama.

"Mana you jumpa?,"tanya Fariq.Dia lega anaknya sudah dijumpai kembali.

"Tadi ada lady nama Ara jumpa dia.I ada ajak dia minum sekali sebab dah jumpa Ara tapi dia tak boleh,"balas Maya.Ara yang sedang bermain di taman permainan disediakan di pandang sekejap.

"Ara?,"nama Ara meniti di bibir Fariq.Maya mengangguk.

Fariq terkedu.

'Ara dah balik?,'tanya hati Fariq.

'Tak mungkin dia dah balik,'tepis Fariq.

"Kenapa you?You kenal ke?,"tanya Maya.Fariq menggeleng.Dia menjadi diam tiba - tiba.Memori 10 tahun lalu menjelma dalam ingatannya.

???

Fariq merenung bintang malam itu.Berjuta bintang menghiasi langit malam.Cantik,ciptaan Allah memang cantik.Kedamaian terasa menusuk dalam hati Fariq.

Ketenangan ini sukar dia dapat.Dirinya selalu kesibukan.Kadang - kadang dia merasa serba salah dengan anaknya,Ara kerana membiarkan anaknya kesepian.

Semenjak kepergian Dira,dia tiada cara ingin menghilangkan kesedihan melainkan menyibukkan dirinya dengan kerja seharian.

5 tahun lalu,dia dan Dira memutuskan untuk berkahwin setelah bencinta lamanya.Lama dia menunggu Dira agar bersedia menerima dirinya dan akhirnya,penantian dia tidak sia - sia.

Mereka melayari bahtera dengan bahagia sehinggalah Dira disahkan mengandung anak mereka.Bahagianya bukan kepalang kerana semua pasangan berkahwin pasti mahu memiliki anak.

Dira dijaga bagai menatang minyak yang penuh.Tidak terbahagi kasih sayangnya buat Dira sehinggakan apa yang Dira idamkan dia sanggup pergi mencari beribu batu jauhnya.

Namun,Allah lebih menyayangi isterinya.Dira pergi menyahut seruan Illahi ketika sedang melahirkan Ara,anak mereka.

Masih dia ingat,betapa Dira mahukan nama Ara dijadikan sebagai nama anak mereka sekiranya mereka memperolehi anak perempuan.Katanya,agar Ara ini menjadi seperti Ara yang mereka berdua kenal.Keras namun indah.

Fariq mengeluh.Kerinduan buat isterinya tidak pernah padam.Setiap hari,doa darinya diutuskan buat isterinya di sana.

Seketika dia teringat seseorang yang menyelamatkan anaknya tadi.Fikirannya asyik bertanya siapakah gerangan yang membantu dirinya menemui Ara.

"Ara,"nama Ara meniti lagi di bibir Fariq.Nama yang dimiliki seseorang sudah lama dia tidak dengari.

"Adakah kau Ara?Ah,tak mungkin.Dah lama kau menghilang,"Fariq cuba menepis namun hatinya kuat mengatakan itu ialah Ara yang dia kenal.

Sudahnya,dia hanya memandang langit biru itu setelah puas berfikir.Dia hanya membiarkan angin memeluk dirinya sebebas mungkin.

Dalam masa yang sama,Ara turut meneliti langit malam itu.Wajah anak kecil tadi yang bernama sama sepertinya mengusik hatinya.

Sama seperti Dira.Sangat mirip dengan rakannya yang dulu.

Memori lama menggamit diri Ara.Semestinya memori itu sukar dihilangkan.Malah,tidak pernah terpadam dalam ingatannya.

"Ya Allah,pasti mereka sedang berbahagia kini.Pasti mereka sudah punya anak - anak yang comel kini.Ya Allah,kuatkan hatiku agar selalu tabah mengharungi semua cabaran-Mu,"doa Ara.Itulah doanya setiap hari.

Biarlah dirinya tidak dapat apa - apa asalkan orang yang dia sayangi mendapatkan apa yang mereka mahukan.

Sudah kering airmatanya untuk menangisi nasib dirinya.Dia percaya,selagi dia mampu bersabar selagi itu Allah tetap bersamanya.

Mungkin ujian Allah ini telah membuat dia mengajar erti kehidupan yang sangat beerti.Yang mana tiada siapa yang bertuah seperti dirinya.

Dia akan tetap mengharungi liku - liku kehidupannya sebaik mungkin seperti adanya dirinya sekarang.

10 tahun sudah cukup untuk membuat dia mengenali siapa dirinya sebenarnya.Dia tidak keseorangan kerana dia tahu mak ngah dan pak ngahnya selalu ada buat dirinya apabila dia memerlukan sokongan.

Benarlah kata orang,mungkin hidup tidak seindah syurga tetapi jika kita redha dengan ketentuan Allah sebaik - baiknya ketenangan dan kekayaan jiwa nescaya menjadi miliknya,in shaa Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience