BAB 5

Romance Completed 9669

Kad jemputan itu dipandang sepi oleh Ara.Dia mengeluh seketika.Seminggu sudah dia mula dia bekerja dan hari ini dia juga dia menerima sesuatu undangan yang akan mengusutkan fikirannya.

Dicapai kembali kad jemputan itu dan dibaca kembali.

UNDANGAN KE MAJLIS REUNION SEK.MEN.KEB.PETALING JAYA

(2004)

KEPADA : Ara Zahirah bt Hassan
TARIKH : 24 / 5 / 2015
TEMPAT : Hotel Crown Prince,Kepong.

Anda dijemput ke majlis ini.Kehadiran anda diwajibkan!Diulangi kehadiran anda diwajibkan!10 tahun telah berlalu dan tiada alasan untuk anda mengelak!Sekian,terima kasih :).

Ara memicit kepalanya.Dia tidak mahu pergi namun sudah dipaksa.

Kalau dia pergi pasti dia berjumpa Fariq dan Dira.Ah,tidak sanggup rasanya.Tetapi,dia juga rindukan rakan - rakan yang lain.

Deringan telefon membuatkan Ara terkejut.Tertera nama Husna di talian.

"Hoi,dapat tak kad?,"tanya Husna ditalian.

"Walaikumussalam,"perlia Ara.

"Hantu kau.Assalamualaikum,"ucap Husna.

"Hah,kan manis begitu.Walaikumussalam.Ya ada apa - apa boleh saya bantu?"usik Ara.Husnalah satu - satu seperjuangan yang masih dia berhubung sehingga kini.

Ternyata,Husna lagi cepat mengesan dia sebelum dia ingin melarikan diri.

"Perli,perli.Ni hah,aku nak tanya dapat tak kad undangan tu?,"tanya Husna.

"Hmm,baru dapat tadi.Aku malaslah nak pergi,"rungut Ara.

"Kau jangan nak menggatal.Nanti ramai yang bertanya mana kau,siapa nak jawab?,"marah Husna.

"Ala kaulah jawab,bukan susah,"Ara memberi alasan.

"Ah kau,nak gunakan aku nampak,"suara Husna mendengus.Ara ketawa kecil.

"Pergilah weh,bukan selalu dapat berjumpa.Benda dah lama,tak payah nak dikenang lagi.Kau sendiri dah ada hidup kau,dia pun dah ada hidup dia,"nasihat Husna.Kata - kata membuatkan Ara lebih terbuka.

"In shaa Allah,"pendek saja jawapan Ara.Dia tidak tahu hendak berkata apa lagi.

"Tu je?Penat aku membebel kau bagi tu je?,"desak Husna.

"Ya ya,aku dengar.Tapikan,sekali dengar macam tak percaya kau bagi nasihat.Yelah,kau tu manalah nak jaga mulut,pot pet pot pet 24 jam.Tapi,sekali bagi bagus,"puji Ara.

"Well,you know me well,"bangga Husna.

"Eleh,kau tetap nenek kebayan yang mulut dia tak ada gigi tapi perangai ada gigi.Sibuk nak cakap,"Ara mengutuk.Dia segera menutup perbualan.Dia sempat mendengar Husna membebel.

Ara ketawa kuat.Selesai ketawa dia kembali mengeluh.Kad jemputan itu dipandang lagi.

"Go Ara,tunjukkan kau boleh,kuat dan tabah,"Ara memotivasikan dirinya sendiri.

Kerja - kerja yang terbengkalai dibuat kembali.

???

Ara meninjau dari satu butik ke satu butik.Sengaja dia window shopping.Lagipun,dia harus pergi ke majlis reunion itu setelah didesak oleh Husna beberapa hari lepas.

Jenuh jugalah dia menolak namun seperti selalu Husna menggunakan 'kata - kata hikmat'.Dia tewas juga.

Sedang dia memilih baju,matanya terpandang seseorang yang amat dia kenali dan rindui.Fariq!

Menguntum satu senyuman di bibirnya.Matanya galak memerhati lelaki itu.

"Kau masih macam dulu,cuma makin manis.Rindunya aku kepada kau Fariq,"luah Ara perlahan.

Senyumannya tiba - tiba mati.Fariq dilihat tersenyum mesra bersama seorang perempuan dan yang paling penting ada seorang kecil dalam dukungan Fariq.

"Ara?!,"terpacul nama itu dibibirnya.Masakan dia lupa pada anak kecil yang mengingati dia kepada Dira.

"Tapi,tu bukan Maya ke?Mana Dira?,"soal Ara sendirian.Dia bersembunyi disebalik kedai kerana kelibatnya berdekatan dengan mereka.

Mereka kelihatan sangat mesra.Melihat anak kecil itu sangat selesa bersama mereka membuatkan hati Ara bagai disiat - siat.

Ara berlalu pergi dengan perlahan - lahan.Tahu hatinya semakin tidak kuat,dia bergerak keluar dari tempat itu.Tiada airmata,cuma hatinya terasa pedih.

???

Ara mengigit pennya sambil menghadap kertas soalan yang dipinjam dari gurunya.Fariq menarik - narik rambut Ara.Sengaja dia mahu mengacau Ara.

Dia gemar melihat gadis itu marah - marah.Entahlah,tapi yang pasti dia suka.Nampak ayu.

"Kau nak apa?Aku tengah belajar ni?,"rungut Ara.Matanya tetap fokus mengadap kertas soalannya.

Fariq menarik buku yang menjadi rujukan Ara secara tiba - tiba.Dia mengukir senyuman jahat.

"Fariqqqq!!," teriak Ara.Nasib saja mereka tidak berada di perpustakaan.Kalau tidak,masak dia kena halau dengan guru bertugas.

Fariq tergelak - gelak lucu.Dia memegang perut menahan senak akibat banyak ketawa.Ara menjeling sambil merampas kembali buku dia ditangan Fariq.

"Apa impian kau Ara?Selama aku berkawan dengan kau aku tak pernah tahu impian kau?,"tanya Fariq

Terhenti tangan Ara dari menulis.Seketika dia mendongak memandang langit nan biru.Seakan terdapat impiannya disitu.

"Entah,kau pulak?,"Ara menanya kembali soalan itu kepada Fariq.

"Hmm,aku nak jadi macam pokok.Selalu ada dekat situ.Waktu hujan,panas atau luruh sekalipun.Aku nak jadi pelindung dengan memberi kenikmatan kepada mereka yang kesusahan.Aku nak setia dekat satu tempat jadi orang tahu aku akan selalu ada dengan mereka.Aku nak hidup bertahun lama selagi semua orang perlukan aku,"cerita Fariq.Ara terdiam.

"Tapi kalau musim kemarau nanti pokok mati,macam mana?,"soal Ara.

"Itu tandanya aku perlu usaha lagi agar kembali hidup.Sebab aku masih percaya ramai yang perlukan aku.Jadi,aku harus kuat,"balas Fariq.

"Kau pulak?Aku dah bagitahu impian aku,"Fariq kembali menyoal Ara.

"Hah?Aku tak ada impian,"jawab Ara.

"Haishh,tipu.Cepatlah,"desak Fariq.

"Tak adalah,dah jangan kacau aku,"bentak Ara.

Fariq mengambil pen Ara dan berlalu membawa lari.Ara mengepal penumbuk dan mengejar Fariq.

'Impian aku,aku nak jadi bunga pada pokok kau Fariq.Supaya kau tak kesunyian dan keseorangan.Aku akan hiasi pokok kau dengan ketenangan dan kedamaian,'bisik Ara.

Ara mengeluh seketika.Memori lama kembali menghiasi ingatan dia.Kenangan terindah sehingga membuatkan dia tersenyum.

Namun,itu hanya kenangan.Kenangan lama yang tak akan menjadi kenyataan.

Ara membuka kotak yang dia simpan baik - baik.Tersimpan pelbagai memori.Memori dia dan Fariq,dia dan Dira juga ada.

Sepit rambut yang pernah dihadiahi oleh Dira semasa hari jadi di yang ke 17 digenggam erat.Masih cantik dengan ukiran bunganya.

Fariq mengejek dirinya kerana dihadiahkan hadiah sebegitu.Katanya,dia tidak sesuai memakai barangan tersebut kerana dia seorang kasar.

Ya,memang dia kasar dahulu. Tapi,dalaman dia masih perempuan dan akan kekal perempuan.Kalau tidak masakan dia masih menyintai Fariq.

Ara memejam matanya.Berharap memori itu merupakan kenyataan yang menjadi mimpi indahnya selamanya.

Sakit apabila kita perlu bersendirian meneruskan hari - hari.Kadang - kadang,dia tetap memerlukan sokongan yang kain namun hakikatnya dia tidak banyak orang dibelakang.Jadi,melalui memorilah menjadi semangat dia.

Ara duduk bersendirian.Mengenang lagi setiap memori yang tak akan terpadam dan ada gantinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience