BAB 11

Romance Completed 9669

Mata Ara mencari kelibat Maya dalam restoran yang telah ditetapkan oleh Maya semalam.Apabila dia nampak saja kelibat Maya,Ara segera ke sana.

"Hai,"ucap Ara.Dia mengambil tempat di depan Maya.Pelayan datang untuk ambil pesanan.Setelah membuat pesanan,dia kembali fokus pada Maya.

"Saya minta maaf ganggu masa awak,tapi saya nak bercakap pasal awak,Fariq dan Ara.Apa yang saya bakal katakan ini bukan atas suruhan sesiapa tapi atas tanggungjawab saya,"Maya cuba berbahasa dahulu.

"Ara,dia haritu ditahan di wad kerana demam panas.She really miss you and always call your name.Dia sekarang ada di rumah sebab dah discharge.Pergilaj jumpa dia Ara,she really need you,"pinta Maya.

Ara sudah tergamam.Dia tidak sangka kemarahan dia telah menyebabkan seorang anak kecil jatuh sakit kerana rindu terhadap dirinya.Dia terasa dirinya sangat kejam.

"Pasal Fariq,"Maya terhenti seketika.Dia memandang Ara.Ara pula memandang Maya,dia cuba mengawal riaknya.

"Dia dah luahkan perasaan dia dekat awakkan?Percayalah Ara,apa yang dia katakan pada awak sangat benar.Dia benar - benar cintakan awak,"Maya memberitahu yang sejujurnya.

"Awak mahu tapi awak serba salah pada arwah Dira kan?,"teka Maya.Ara mengangguk sedikit.

"Arwah Dira pesan pada saya,sekiranya awak pulang ke Malaysia dia suruh saya bagi awak surat ni,"Maya menghulurkan sepucuk surat yang semakin kekuningan.Ara mengambil dan menggengam erat.

"Arwah pesan pada Fariq juga,kalau awak balik ke Malaysia dia nak awak kahwin dengan Fariq.Seterusnya,jaga Ara dengan sebaik mungkin kerana bagi arwah hanya awak saja yang layak menjadi mak kepada Ara.Nama yang diberikan pada Ara juga atas permintaan arwah kerana dia mahu Ara menjadi seperti awak.Seperti Ara yang berprinsip dan teguh pendirian dalam hidup dan dalam masa yang sama berhati mulia.Arwah juga minta maaf kerana memisahkan awak dengan Fariq dulu,"Maya menceritakan segala - galanya.Biarlah dia yang menceritakan sekiranya Fariq masih enggan.

Ara dilihat sudah tidak berkutik mahupun bersuara.Airmatanya menuruni pipinya tanpa henti.

"Saya harap awak gapai bahagia yang kini berada depan mata awak.Fariq tetap menunggu awak,Ara,"Maya menepuk bahu Ara sebelum meninggalkan Ara keseorangan disitu.

Ara menekup mukanya yang mula basah dek airmata.Setelah reda,dia memandu pergi.

???

Ara sampai di Taman Tasik Titiwangsa.Dia mahu mengambil angin petang - petang itu.

Dia duduk di sebuah bangku yang sudah disediakan.Beg tangannya dibuka dan dia mengambil sampul surat yang diberi oleh Maya.

Di sampul surat itu tertulis nama di dengan tulisan berangkai.Cantik dipandang.Seakan bayu yang meniup.Ara membuka lipatan surat itu berhati - hati.

Untuk sahabatku,
Ara Zahirah.

Saat kau membaca surat ini,aku pasti aku tiada lagi disini.Saat ini aku sedang mengandung,anak perempuan.Anak ini aku mahukan sempena nama kau.

Aku tidak mampu hidup lama Ara.Doktor mengesahkan kandungan aku ini berisiko.Doktor tidak menjanjikan kejayaan pada kandungan aku ini.

Ara,
Mungkin ini kerana balasan Allah pada aku kerana menganggu perhubungan kau dengan Fariq.Maafkan aku,Ara.Aku berdosa kepada kau.

Aku tahu,kepergian kau kerana kesakitan kerana perbuatan aku.Aku tidak berniat Ara.Aku jua seorang manusia.

Aku mohon Ara,
Jagakan Fariq dan anak ini demiku.Ini sebagai hadiah aku buat kau.Aku tahu hanya kau yang layak.Aku harap kau menerima permintaan aku ini.

Ara,
Kau seorang yang kuat.Kau seorang yang sangat istimewa buat Fariq.Sehingga kini,aku isterinya tidak mampu membahagiakannya seperti mana kau lakukan.Walaupun dia ketawa,tetapi aku tahu dia merindui kau.

Aku sungguh cemburu pada kau.Tetapi,aku bersyukur kerana mengenali kau.Aku bersyukur mengenali insan yang terlalu istimewa sepertimu.

Ara,
Curahkanlah kasihmu buat Fariq dan anak ini.Kasih sayang kau begitu suci buat mereka.Aku yakin kau akan kembali.

Sekiranya kau kembali,
Tunaikanlah permintaan aku ini.

Dengan cinta,
Dira.

Ara melipat kembali surat itu.Dia mengesat pipinya.Sejenak dia berfikir.

"Saya harap awak gapai bahagia yang kini berada depan mata awak.Fariq tetap menunggu awak,Ara,".

Kata - kata Maya bermain di benaknya.Tidak menunggu lama,kunci keretanya kembali digapai.

Dia perlu menerima sesuatu yang seharusnya menjadi miliknya.

???

Ara memberi salam dan salamnya bersambut.Puan Rohani dan Maya keluar menjemput dia masuk.

Selesai bersalam dengan wanita tua,dia bergerak ke bilik Ara.

"Assalamualaikum,"panggil Ara perlahan.Kelihatan anak kecil itu terbaring lemah.Menitis lagi airmata Ara.

"Sayang,"gerak Ara lembut.Anak kecil itu membuka matanya perlahan.

"Mama,"tangis Ara cilik.Dia segera memeluk Ara.Ara membalas pelukan anak kecil itu.

"Mama pergi mana?Ara rindu.I miss you so much,Ara sakit,"Ara cilik menangis kesedihan.Ara turut menangis.Dia mengucup lembut dahi anak kecil itu.

"Mama ada dekat sini,mama ada dekat sini sayang,"Ara memujuk.Mereka berdua melepaskan rindu yang selama ini terbuang.

???

Fariq melangkah masuk ke dalam rumah.Maya dan Puan Rohani kelihatan santai sambil minum petang.Dia memberi salam dan disambut oleh mereka.

"Mari minum sekali,"ajak Puan Rohani.Fariq menggeleng.Dia mahu naik ke atas.

"Fariq,pergi jenguk Ara.Ada sesuatu,"suruh Puan Rohani.Fariq pelik.Dia segera naik ke atas.Dari luar bilik anaknya,kedengaran anaknya ketawa.

Fariq segera memulas tombol pintu anaknya.Ara dan Ara cilik terkejut begitu juga Fariq.

"Papa,"Ara cilik memeluk Fariq.Fariq mendukung anaknya.

"Papa,mama dah balik,"bisik Ara cilik namun masih didengari oleh Ara.

"Saya dah pulang.Saya nak pulang ke hati awak,untuk selamanya.Terimalah saya,"Ara menundukkan pandangannya.Dia gementar menunggu jawapan Fariq.

Fariq tergelak kecil.Ara memandang Fariq lalu tersenyum juga.Fariq menyeluk poketnya dan mengeluarkan satu kotak kecil berbaldu merah.

"Saya takkan cakap banyak,awak pun dah tahu.Saya nak cakap,tolong terima saya sebagai suami awak buat selamanya?,"lamar Fariq.

Cincin yang dihulurkan dicapai Ara.

"Saya terima,"hanya itu namun sudah mampu membuat terukir senyuman dua hati itu.

Ara memandang Fariq,Fariq juga begitu.Penuh kerinduan,penuh cinta.

Kebahagiaan itu akhirnya menjadi milik mereka setelah bertahun terpisah dibawa angin yang berjuta batu.Kini,bersatu setelah penantian yang terlalu lama.

Bahagiakanlah mereka,Ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience