BAB 12

Romance Completed 9669

Mereka selesai membaca Yaasin di kubur itu.Ara dan Ara cilik mengaminkampn doa mereka.

"Sayang,baca doa untuk mama.Baca al - Fatihah,"suruh Ara.Dia tersenyum mendengar anak yang semakin membesar itu sudah pandai mengalunkan ayat al - Quran.

"Pandai,"Ara mengusap lembut kepala anaknya.

Dia sering membawa Ara kesini.Dia tidak mahu anak itu melupakan siapa maknya yang sebenar.Dia mahu anak itu tahu bahawa dia punya dua orang mak yang menyayangi dan mencintai dirinya.

"Dira,terima kasih untuk semuanya.Aku bahagia,terima kasih.Aku doakan kau bahagia di sana,"Ara berkata perlahan.Batu nesan yang terukir nama sahabatnya diusap perlahan.

"Jom kita balik,"ajak Ara.Dia memimpin anaknya pulang.Dia memandu keluar dari kawasan perkuburan itu.

???

Sesampai dia dirumah,Fariq sudah bercekak pinggang didepan pintu.Mukanya serius.

"Assalamualaikum,"mereka memberi salam.Salam itu dijawab.

"Sayang pergi naik atas mandi ya,"suruh Ara kepada anaknya.

"Pergi mana?,"Fariq memeluk tubuhnya.Dia meminta jawapan dari Ara.

"Adalah,pergi dating dengan anak saya,"balas Ara.

"Awak tahu tak,saya risaukan awak dengan Ara.Tu awak tu dahlah memboyot macam tu,kalau jadi apa - apa macam mana?,"marah Fariq.Ara ketawa dengan rungutan suaminya.

"Ya Allah,kenapalah suami aku ni macam ni,"bebel Ara.Ketawanya masih bersisa.

"Saya dah balik,alhamdullilah saya okay.Ara pun okay,"Ara memujuk suaminya.

Setahun sudah perkahwinan mereka.Kini,dia hamil anak mereka.Kebahagiaan benar - benar milik mereka kini.

"Memanglah,lain kali jangan nak buat macam ni lagi.Saya tak suka,"larang Fariq.

"Yelah suamiku yang tersayang,"Ara mencium pipi suaminya.Sedikit sebanyak,Fariq tersenyum namun dia tidak tunjukkan.

Dia memimpin isterinya yang sarat masuk ke dalam rumah.Mereka bergurau senda sehinggakan suara Ara ketawa kuat memenuhi rumah yang berbau kebahagiaan itu.

???

Johan menunggu gilirannya untuk mengambil ubat.Dia memeluk tubuhnya kerana kesejukkan.Namanya dipanggil di kaunter klinik.

"Okay encik.Ni ubatnya,"kata seorang jururawat manis yang memakai teg nama 'Alia'.

Matanya tidak berkelip menatap wajah manis jururawat itu.Segala penerangan mengenai pengambilan ubat tidak diendahkan.

"Okay encik,semoga sihat selalu.Terima kasih,"ucap jururawat Alia itu.Jururawat melambai - lambai tangannya didepan mata Johan.

"Encik okay?Ke sakit lagi?,"tanya jururawat itu cemas.Johan memggeleng.

"Saya ingat encik sakit lagi sampai termenung.Okaylah,jangan lupa makan ubat.Semoga sihat,"Alia memberi semangat dengan mesra kepada Johan.Itulah tugasnya selain membantu doktor merawat pesakit.

Johan mengangguk sebelum membalas senyuman mesra Jururawat Alia tadi.

Johan melangkah pergi dengan senyuman yang tidak putus.Dia sudah tahu siapa jodoh dia.Dia berlalu pergi dengan riang dan hatinya menyebut nama jururawat tadi.Bagaikan sakitnya sudah hilang!

???

Ara duduk disebelah suaminya.Ara cilik pula sedang bermain pasir pantai dengan membina istana pasir rekaannya.

Fariq mengusap lembut perut Ara.Dia kemudiannya memeluk bahu Ara agar dekat dengan tubuhnya.

"Awak,"panggil Ara.Dia memandang suaminya dengan penuh kasih sayang.

"I love you,"ucap Ara.Pipi Fariq dicium.

"I love you too,"balas Fariq.Dia mencium ubun - ubun disebalik tudung Ara.

Tiba - tiba,Ara mengaduh.

"Kenapa sayang?Nak beranak dah ke?,"cemas Fariq.Dia cuba mendukung Ara namun dihalang.

Ara hanya mampu menggeleng sambil ketawa besar.

"Awak,baby tendang jelah.Cuba rasa,"Ara menarik tangan Fariq dan diletakkan di perutnya.

Fariq menarik nafas lega.Dia ingatkan isterinya mahu bersalin.

"Kuatnya dia tendang,"kata Fariq.

"Dah bapak dia pun keras kepala,anak dia ikut bapak dialah ni,"usik Ara.Fariq menjegil matanya.Ara ketawa lagi.

"Ara,"panggil Fariq.Anak kecil itu berlari kepadanya.

"Rasa baby tendang,kuat,"ajak Fariq.Ara tersenyum.Dia meletakkan kepalanya ke perut Ara.Anak itu tersenyum manis.

Fariq turut melakukan hal yang sama.Ketawa bahagia bergema.

Semoga bahagia ini hanya untuk mereka dan kekal selamanya.Cukuplah derita lalu,kerana rasa ini sudah pun terucap bahagia.Ya,rasa ini sudah terucap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience