BAB 8

Romance Completed 9669

Fariq terus berkhayal.Makanan sarapan di depannya tidak menarik perhatian.Bibirnya kadang tersenyum.

"You ni kenapa?,"tanya Maya.Roti ditangannya disapu dengan mentega kekacang.Air kopi dalam gelas diteguk sedikit.

"You dengar tak I cakap apa ni?,"tanya Maya lagi.Terjaga Fariq ari khayalannya.Puan Rohani yang datang mengambil tempat disebelah anaknya.

"Kenapa ni?Auntie dengar Maya bising - bising,"soal Puan Rohani,ibu Fariq.

"Nilah,anak auntie.Maya panggil dia buat tak tahu,tah apa dia termenung tah,"rungut Maya.Mulutnya disumbat dengan roti.

"Kamu dah kenapa Fariq?,"Puan Rohani menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Tak ada apalah,bu.Cuma terfikir pasal kerja,"dalih Fariq.

"Fikir sampai tersenyum.Macam tu?,"perli Maya.

"Haha,jealous ke?,"ejek Fariq.Maya membuat gaya ala - ala mahu muntah.

"Dah dah,cepat makan.Nak pergi office ni,"arah Puan Rohani.

Mereka kembali menjamu selera.Maya mungkin nampak rapat dengan Fariq dan ingat mereka ialah sepasang kekasih tetapi Maya sebenarnya sudah bertunang.Cuma tunggu nak bernikah saja.

???

Ara membetulkan blazer yang dipakainya.Hari ini dia ada perjumpaan dengan klien menggantikan ketuanya.

Dia memandu pergi ke tempat yang dipilih.Tempat yang dipilih di Starbucks di IOI Mall.Briefcase yang berisi fail dibawa juga.

Setiba di Starbucks,dia memilih tempat yang sedikit terpencil agar perbincangan nanti berjalan lancar.Sesudah di memesan minuman,dia meneliti fail yang di bawa.

"Ehem,Cik Ara Zahirah?,"panggil satu suara lelaki.Ara mengangkat mukanya.

"Ya,saya,"jawab Ara.

"Did you remember me?,"tanya suara itu.Ara mengerut dahi.

"Pardon?,"Ara memulang kembali soalannya.

"I am Johan.Kita jumpa dekat Mid Valley dengan Fariq.Still remember?,"Johan cuba mengingati Ara kembali.

"Oh ya,ingat - ingat.So,awak datang sini nak makan ke?,"tanya Ara.Johan tergelak kecil.Dia mengambil tempat duduk yang berhadapan Ara.

Ara semakin pelik namun dia masih berdiri.

"I'm your client that you waiting for,"jelas Johan.Bagai nak terkeluar biji mata Ara.

"Really?I'm so sorry,"ucap Ara.

"It's okay.You tak tahu,please have a sit back,"Johan menjemput.Dia memesan minuman dan kembali memandang Ara setelah selesai memesan.

"So,you are my partner.I'm glad it's you,"Johan merenung Ara lagi.Matanya tidak jemu memandang sehinggakan Ara merasa tidak selesa.

"Thank you,can we just start our discussion?,"soal Ara.Dia tidak berani hendak memandang terus pandangan Johan.Apa yang dia harapkan agar perjumpaan ini cepat selesai.

Johan mengangguk.Ara memulakan perbincangan.Sesekali dia meneguk cappucino panas yang dipesan.Johan pula serius mendengar cuma kadang - kadang matanya galak memandang Ara.

40 minit berlalu,perbincangan antara mereka selesai.Ara meminta diri namun ditahan oleh Johan.

"Kenapa you tergesa -gesa?,"tanya Johan.

"Minta maaf tapi I ada banyak kerja dekat pejabat.This is my card,kalau ada apa - apa just inform,"Ara menjelaskan.Lagipun,dia tidak betah berlama disitu.

"Thank you for today,"Ara berlalu pergi.Benarlah sangkaannya,sememangnya lelaki itu kaki perempuan.

"Ara Zahirah,"Johan menyeru nama Ara.Kad ditangannya direnung sambil tersenyum.Dia juga berlalu pergi.

???

Sejak dari tadi telefon Ara tidak berhenti berdering.Menyesal dia memberi kadnya kepada Johan semalam.

Pelik juga dia tadi apabila menerima nombor tidak dikenali.Rupanya bila dijawab,ianya milik Johan.

Tidak tahan dengan bising telefonnya,dia menjawab.

"Yes Encik Johan,what can I do for you?,"tanya Ara kegeraman.

"Woo woo,garangnya suara,"usik Johan.

"Sorry,tapi I busy sangat sekarang ni,"kata Ara.Dia malas mahu melayan perangai gatal Johan.

"I just miss you,darling,"Johan masih tidak putus asa.

"Encik Johan,kita hanya bekerjasama atas dasar kerja.So please,manner yourself,"tegas Ara.

"You tahu,you perempuan yang memang I cari.Selalunya,ramai dah cair dengan I tapi you lain.Okaylah darling,just continue your work.Lain kali,I call you back,"tutup Johan.

Ara menepuk dahinya.Dia menggeleng - geleng kepalanya.Sekali lagi telefonnya berdering.

"Please,don't disturb me,"ulang Ara keras.

"Helo,kau okay tak?,"tanya Fariq.Ara terkejut dengar suara Fariq.Dia melihat skrin telefonnya.

"Sorry,tadi ada orang gila kacau,"jelas Ara.

"Siapa kacau?,"cemas saja suara Fariq.Ara tergelak kecil.Gila dia bagitahu Johan,mahu ditumbuknya Johan nanti.

"Tak ada apalah,biasalah.Aku tak apa - apa,"balas Ara.Dia rasa damai bila dengar suara Fariq.

"Yelah,nanti kalau dia kacau lagi bagitahu aku,"Fariq memberi perlindungan.

"Kenapa kau call aku?,"tanya Ara.

"Aik,call pun tak boleh ke?,"Fariq seakan - akan terasa.

"Tak,yelah kau tak kerja ke telefon aku ni,"jelas Ara.Pelik,Fariq seakan terasa.

"Aku nak bagitahu Ahad ni datanglah,ibu aku buat doa selamat.Eh tak,aku ambil kau,"ajak Fariq.

"Ouh,bereh.Eh biarlah aku pergi sendiri,"Ara menolak.

"Nope,aku nak bagi suprise dekat ibu yang kau dah balik,"jelas.Sebenarnya,dia mahu berdua dengan Ara.Rindu pula rasanya.

"Macamlah aku tak boleh suprise sendiri,"ejek Ara.

"Ara,listen to me,"tegas Fariq.

"Yelah,"akur Ara.Mereka menamatkan perbualan selepas itu.

"Telefon Aralah tu,"ejek Maya.Dia tahu mengenai Ara sejak dulu lagi dan bila ditunjukkan gambar baru dia teringat Ara ini orang yang dia terserempak dulu.Memang kuat jodoh mereka.

"Biarlah,jealous,"Fariq menepis.

"Bila you nak cakap dekat dia,sampai bila lagi you nak pendam.Ini pun sebahagian permintaan arwah Dira.

"Entahlah,I takut dia lagi menjauh,"gusar Fariq.

"Dia takkan menjauh Fariq,malah dia akan makin mendekati you,"pujuk Maya.Fariq hanya mengangkat bahu dan kembali berdiam.

Maya hanya mampu menggeleng kepala dengan kedegilan Fariq.Dia sudah tidak tahu mahu buat macam mana lagi dah.Dia hanya mampu berdoa,agar mereka berdua bersatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience