BAB 6

Romance Completed 9669

Husna menjeling Ara.Dia berpeluk tubuh dengan perasaan marah yang menggunung.

"Aku malaslah weh,kau pergilah.Aku balik naik teksi,"elak Ara.Lantaklah nak jadi apa pun.Dia nak balik.

"Kau jangan nak menggatal.Dah sampai pun,keluar sekarang,"Husna menarik tangan Ara.

"Yang kau nak takut sangat kenapa?Kau ni kadang - kadang aku tak faham,kejap okay kejap tak.Aku ni cubalah bagi semangat dekat kau,sikit pun kau tak hargai,"bebel Husna.

Ada ke patut Ara mahu pulang sedangkan mereka sudah tiba di majlis perjumpaan semula itu.Mana dia tidak angin.

"Aku tak boleh,"luah Ara.

"Apa yang kau tak boleh?Cuba luah dekat aku.Kalau kau lari sekalipun dalam laut,kalau dah ditakdirkan kau jumpa dengan dia jumpa jugak,"kata Husna.Kendur sikit suaranya.

Ara terdiam.Ada benarnya kata - kata Husna.Sampai bila dia nak lari.Takdir Allah,tiada siapa tahu.

"Aku cuba,"balas Ara.

Mereka melangkah masuk ke dalam dewan hotel itu.Tersergam indah lampu chandelier yang kuning keemasan dipadankan dengan dinding yang mempunyai corak ala - ala Eropah.Romantik dan elegan.

Ramai orang sudah memenuhi meja undangan.Ara dan Husna mengambil kedatangan mereka di tempat yang disediakan.

"Weh Araaa,"jerit satu suara.Ara berpaling dan melihat Intan datang kepadanya.

"Weh lamanya dah tak jumpa.Wah,dah makin cantik dah kau.Siap dah bertudung,alhamdullilah,"Intan memeluk erat Ara.

"Aku macam mana?,"tanya Husna.

"Ah kau,aku dah biasa jumpa.Tak de hallah,"Intan menolak Husna.Husna hanya mencebik.

"Sihat kau Intan?,"tanya Ara.

"Alhamdullilah,sihat.Aku dah ada dua nak dah,suami aku tu dekat sana tu.Melayan anak - anaklah,"jawab Intan.

"Tahniah,"ucap Ara.

"Terima kasih.Dulu,ada jugak aku jemput kau datang majlis kahwin aku.Tapi,kau dekat luar negara,"Intan memberitahu.

"Aah,takpelah.Tengok kau bahagia pun dahh cukup bagus,"jelas Ara.

"Okaylah,kau berdua makanlah dulu.Aku nak pergi tengok suami dengan anak - anak aku kejap.Nanti kita borak lagi,"Intan berlalu pergi.

"Weh,aku cari tempat tau.Kau ambillah makanan dulu,aku dah ambil aku punya,"kata Husna.Ara mengangguk.

Dia yang sememangnya lapar laju saja matanya mengadap makanan didepannya.

Tiba -tiba,dia dilanggar oleh seseorang yang kecil.Ara menoleh pandang.Terbuntang mata Ara melihat anak kecil yang sememangnya dia kenal.

"Sorry auntie,"ucap bibir mungil milik anak kecil itu.

"It is okay honey.Where is your parent?,"Ara bertanya cemas.Takut - takut dia terserempak dengan gerangan yang dia cuba hindari.

"Ara.There is you are,"kata satu suara.

Ara membatu membelakangi Fariq.Dia tidak mampu untuk menoleh kerana sememangnya suara itu amat dia kenali.

"Maaf ya,dia memang nakal,"Fariq mengucap maaf biarpun dia tidak memandang lagi siapakah yang membelakangi dirinya.

"Papa,this is the auntie who helped me before,"Ara cilik menunjukkan diri depannya.Ara sekali lagi mahu pitam,Fariq pula mengerutkan dahi.

"Ara,"panggil Husna di satu meja.Lagi Ara mahu koma dibuatnya.

"Ara,"Fariq menyebut namanya.

Hendak tak nak,Ara memusingkan badannya mengadap Fariq.Dia memandang berserta senyuman yang dia sendiri tidak tahu maknanya.Fariq pula memandang dirinya tajam.

Suasana antara mereka diam walaupun ramai orang dan irama muzik berkumandang memenuhi dewan hotel itu.

"For a long time,now you are here,"kata Fariq.

"Ya,I'm here.Long time no see you.How are you?,"tanya Ara.

"Like usually but now I'm a father to my daughter,Ara.Ara Zahirah,"balas Fariq.Ditekankan nama milik Ara.

Ara terkedu.Dia memandang anak kecil itu dan Fariq silih berganti.

"Ara,sinilah,"panggil Husna.Ara mengangguk.

"I got to go.Nice to meet you again.Bye darling,"Ara mahu berlalu pergi namun tangannya di pegang oleh Ara cilik.

"I love you auntie,"ucap anak kecil itu tiba - tiba.Terkedu Ara.Dia mengusap lembut rambut anak kecil itu.Fariq memandang tajam.

"I love you too,"balas Ara sebelum berlalu.

Sepanjang majlis itu Ara lebih banyak diam berbanding berbual.Husna pula rancak berborak bersama rakan - rakan lain.Adakalanya barulah Ara menyampuk.

Fariq pula walaupun rancak berborak namun matanya tidak lepas memandang Ara.Matanya galak merenung sahabat yang sudah lama dia tidak temui.

Malam itu,bermula satu cerita antara mereka yang mereka sendiri tidak akan tahu penghakhirannya.Mungkin bahagia mungkin juga tidak.

???

Ara melepaskan badannya ke katil.Penatnya bukan kepalang.Nasiblah perutnya kenyang.

Dia merenung siling dindingnya.Sebelum pulang tadi,Ara cilik itu kembali datang kepadanya dan mengucup pipinya.Dia sendiri tidak tahu mengapa anak kecil itu begitu mudah rapat dengan dirinya padahal ini baru kali kedua berjumpa.

Cuma satu yang dia pelik,dia tidak nampak Dira sepanjang majlis tadi.Namun,tidak pula dia mahu bertanya.Yelah,takkan dia nak menyibuk rumah tangga orang.

Tiba - tiba telefonnya berbunyi menandakan pesanan masuk.

Satu nombor tidak dikenali menghiasi skrin telefonnya.Dia membuka pad kekunci.

Assalamualaikum,
This is me Fariq.I just got your number from Husna.Hope still can hear about you. - Fariq

"Ya Allah,gatal betullah Husna ni,"marah Ara.Dia mengetap bibirnya.

Walaikumussalam.
Alright,me too. - Ara

Sesaat kemudian telefonnya kedengaran lagi.Sungguh berguna aplikasi Whatsapp ini.

I miss you so much.Ara also seems likes you.Dia asyik bertanya bila dia boleh jumpa you. - Fariq.

Ara mengeluh panjang.Nampaknya tali persahabatan mereka tidak akan pernah putus.

How cute.Just set time and maybe I can meet your daughter. - Ara.

Sure. - Fariq.

Ara bangkit dari katilnya.

"Takpelah Ara,anak dia baik sangat.Tak baik hampakan harapan orang.Tak baik,just relax,"tenang Ara.Itulah Ara,harapan orang diutamakan namun tidak dirinya.

Malas berfikir panjang,dia segera menuju ke bilik air untuk menyegarkan dirinya.Sebelum tidur,dia menyelesaikan dulu perintah sebagai hamba kepada yang Maha Esa.

"Semoga esok aku semakin tabah,"ucap Ara sebelum melelapkan matanya.

Ya,semoga kau kuat Ara.Kerana kebahagiaan mungkin menjadi milik kau.Sabarlah untuk sedikit masa lagi wahai Ara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience