BAB 2

Romance Completed 9669

Hujan seakan tidak akan berhenti.Kilat dan guruh sambung menyambung.Jalan itu sunyi saja,tiada satu kenderaan yang lalu.Namun,seseorang berjalan dalam hujan.

Hujan yang membasahi bajunya tidak diendahkan.Dia terduduk di perhentian bas berdekatan.Matanya hanya memandang kosong pemandangan hadapannya.

Ara membiarkan saja airmata yang jatuh ke pipinya.Rambutnya yang basah dan serabai turut dibiarkan.Dia memegang dadanya.Masih berdegup namun entah mengapa sakitnya bukan kepalang.

Sepatutnya hari ini merupakan hari bahagia buat dirinya.Sangkanya,semuanya akan berjalan lancar.Ya,dia berjaya dalam peperiksaan STPMnya.Namun,pengakuan dari seseorang yang dia kasihi benar - benar menggoncang dunianya seketika.

"Weh,kita berjaya.Alhamdullilah,tak sia - sia usaha kita,"Ara memeluk Fariq.Hangat tubuh Fariq mendamaikan,Fariq memeluk pelukan sahabatnya.

"Aku ada benda nak bagitahu ni,"ujar Fariq ceria.

"Aku pun,"Ara membalas.Dia mahu memberitahu apa yang terbuku selama ini.

"Kau dululah,"suruh Fariq.

"Nope,you first.What I want to tell you is quite big suprise,"Ara menepuk -nepuk pehanya.Agar gementarnya hilang.

"Hmm,macam mana eh,"malu - malu Fariq memulakan kata - katanya.Matanya ternampak Dira dari jauh segera dia melambai - lambai agar Diana datang kepadanya.

Ara yang tersenyum lebar mengecil sedikit bibirnya melihatkan susuk Dira menghampiri mereka.

"Awak bagitahulah,saya segan,"suruh Fariq.Dira menggeleng malu.

"Korang ni kenapa?,"tanya Ara bingung.Dira menekur pandangannya ke lantai.Fariq pula menggoyangkan kakinya perlahan.

"Kau percaya tak kalau kitaorang dah rasmi?,"tanya Fariq beralas.Bibirnya tidak putus - putus tersenyum.Dira disebelah ditatap lembut.

"Rasmi?Amende ni,tak faham,"bentak Ara.

"Alah kau ni,blur lah,"marah Fariq.Dira menggeleng malu.Pipinya sedari tadi memerah.

"Dah kau yang cakap putar belit,"marah Ara kembali.Dia memandang Dira dan Fariq silih berganti.

"Yelah,ni ha aku nak bagitahu Dira terima aku.So,we are officially dating right now,"Fariq memberitahu dengan gembira.

Mati sudah riak Ara.Tidak berkelip matanya memandang Fariq.

"Kau memain ni.Manalah si Dira ni nakkan kau yang tak macho ni,"dalih Ara.Terjegil biji mata Fariq.

"Awak,dia tak percayakan saya,"adu Fariq kepada Dira.Dira memukul manja bahu Fariq.

"Ya Ara,kami saling mengenali hati budi sekarang,"Dira membenarkan apa yang Fariq memberitahu Ara sebentar tadi.

Ara rasa mahu pengsan di situ juga.Kenyataan yang menyakitkan dirinya sekarang membuat dia seakan tidak bernyawa lagi.

Ara mengawal riak wajahnya.Senyuman palsu diukir.

"Tahniah,"ucap Ara.Dira dan Fariq tersenyum manis.Cara pandangan Fariq untuk Dira menyakitkan jiwa Ara.

Ara mahu pergi dari situ sekarang juga.

"Oh ya,wei aku kena balik.Baru aku ingat mak aku pesan suruh balik awal,"Ara meminta diri.

"Eh tunggulah,tadi kau kata ada benda nak cakap.Lagipun,kitaorang nak ajak kau keluar sama - sama,"Fariq menghalang Ara dari pergi.

"Ouh yang tu,aku pun lupa aku nak bagitahu apa benda tah.Ala lagipun tak penting pun.Okaylah,aku kena gerak,"Ara segera pergi.Dia menepuk perlahan bahu Fariq dan Dira.

Ara tersedar dari lamunannya.Perit,tapi apalagi yang dia mampu lakukan.Dia tiada hak untuk membalikkan hati Fariq agar menerima dirinya.

Hujan semakin berhenti.Masih juga Ara duduk di perhentian bas itu.Tiada tanda dia akan berlalu pergi.Kering airmatanya untuk ditangisi apa yang sudah terjadi.

"Ya Allah,aku hamba-Mu yang begitu lemah.Aku mohon Ya Tuhan,kuatkan hati ini untuk meneruskan hidup,"doa Ara.

Dia menghela nafas.Setitik lagi airmatanya menitik.Dia bergerak pergi dari situ bersama duka lara.

???

Fariq berlari - lari menuju ke balai berlepas KLIA diikuti Dira dibelakang.Dia mencari papan tanda eletronik yang menjadi penanda waktu berlepas sesebuah pesawat.

Matanya laju mencari perkataan bertulis Australia.Dia membaca dengan teliti sebelum kembali berlari.

Pesanan dari maknya benar - benar mengejutkan dia.Ara dikatakan bakal terbang jauh ke Australia bagi menyambung pelajarannya disana.

Ara tidak memberitahu sedikit pun mengenai hal ini.Kali terakhir dia berjumpa Ara pun ketika Ara masih bekerja di kedai baju bapanya 2 minggu lepas.

Dia berhenti berlari setelah melihat susuk tubuh yang begitu dia kenali sedang duduk menunggu waktu berlepasnya.Ara dilihat hanya menunduk memandang lantai.

Naik turun nafas Fariq.Peluh yang menitik di dahi diseka.Dia bergerak ke arah Ara.

"Sampai hati kau,pergi tak bagitahu,"kata Fariq.Matanya tajam memandang Ara.

Terbuntang matanya mendengar suara milik Fariq.Setahunya dia tidak memberitahu sesiapa pun yang dia ingin pergi jauh hari ini.Ara memandang Fariq.

"Kau memang kejam.Sangag kejam,"hanya itu yang terkeluar dari mulut Fariq.Sebenarnya hati dia terluka kerana sahabatnya akan pergi jauh dari sini.Dari sisinya.

Bukan sehari dua dia kenal Ara,sudah lebih 12 tahun.Sejak mereka sekolah rendah lagi.Takdir Allah mereka menjadi sahabat baik sehingga kini.

"Maafkan aku,tapi inilah peluang aku,"Ara memohon pengertian dari Fariq.Memang ini keinginan dia selama ini.Menyambung pelajaran ke peringkat lebih jauh.

"Jangan pergi Ara,kau ingat janji kita.Sentiasa sama - sama bersama,"pinta Fariq.Dia memegang tangan Ara.Dira dibelakang Fariq hanya memandang sayu kepada Ara.

Ara menangis kesedihan.Dia pun tidak mahu pergi jauh,tapi inilah caranya bagi mengubat lara dan peluang untuk dia bersinar dalam hidupnya.

Ara menggeleng perlahan.Genggaman Fariq dia leraikan.

"I'm so sorry,but I can"t,"ucap Ara.Fariq terkedu.Tidak pernah selama ini Ara menolak permintaan dia.

"Kau nak pergi sangatkan?Ha,pergi,pergi.Jangan balik dan jumpa aku dah lepas ni,"tengking Fariq.Ara terkedu.Fariq mengundur beberapa tapak ke belakang sebelum pergi menjauh.

Beberapa mata yang memandang tidak dihiraukan.Ara menekup mukanya dan menangis tersedu - sedan.Dira mendekati Ara dan memeluk tubuh kawannya itu.Ara membalas pelukan Dira.

Hakikatnya walaupun Dira yang dipilih oleh Fariq,Ara tidak pernah memusuhi Dira.Baginya,Dira tidak bersalah kerana dia tidak tahu apa - apa mengenai perasaannya terhadap Fariq selama ini.

Pengumuman sudah dibuat.Ara bangun dan menarik troli bagasinya.Ara memeluk Dira buat kali terakhir.

"Ara,janganlah pergi.Kali ni,kesiankan Fariq,"mohon Dira.

Ara tergelak kecil.Dia masih membatu.

"Maaf,tapi banyak kali dah saya kesiankan dia.Biarlah,dia ada awak yang boleh teman dia,"balas Ara.

Dira terdiam.Dia merasakan semua salahnya.Dia yang membuat Ara menjauhi dari Fariq.

"Saya pergi dulu,kirim salam saya buat Fariq,"Ara memeluk tubuh Dira lagi.

"Ara,"panggil Dira.Ara memandang Dira.

"Hati - hati,"ucap Dira.Bukan itu yang dia mahu lafazkan.Dia mahu lafazkan kata - kata maaf tapi tidak terluah.

Ara mengangguk.Dia menoleh kedepan tanpa menoleh kebelakang kembali.Bayangnya lesap dari pandangan mata Dira.

Dira berdiri di situ.Rasa bersalah menguasai dirinya.Fariq kembali datang ke situ.

"Mana Ara?,"tanya Fariq.Dira hanya diam.

Fariq terduduk dibangku kosong berdekatan.Pandangannya kosong.Mulutnya juga senyap.Dira memandang buah hatinya dengan sayu.

Beberapa minit begitu,Fariq mengajak Dira pulang.Semasa berjalan ke luar,sebuah pesawat melintasi di awangan.Fariq menatap dada langit yang membiru.

'Selamat tinggal,Ara,'ucap Fariq dalam hati.Lama dia memandang langit sebelum meneruskan langkah.

Dalam pesawat,Ara memandang luar jendela.Menitis airmatanya jatuh ke bumi.

"Selamat tinggal,wahai kasih,"lafaz Ara bersama sendunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience