BAB 3

Romance Completed 9669

2015

Ara menaiki teksi menuju ke destinasi yang amat dia rindui.Matanya galak memandang luar jendela.Bangunan pencakar langit semakin banyak menghiasi bandar Kuala Lumpur.

10 tahun,satu tempoh yang sangat lama.Pejam celik kini dia berada di tanah air sendiri setelah berjauhan dari segalanya.Selama tempoh itu,dia hanya berhubung dengan keluarganya melalui telefon bimbit sahaja.b

Syukurlah kini,pelbagai teknologi canggih menghiasi dunia yang membolehkan dia berhubung terus dengan keluarga tercinta.

"Anak ni baru balik dari mana?,"tanya pemandu teksi yang berumur lingkungan 50 - an.

"Dari Australia pakcik.Dah 10 tahun saya tak balik,nilah jadinya.Jakun memandang semua yang ada,tak sangka banyak yang dah berubah,"ujar Ara teruja.

"Lama tu,buat apa dekat sana?,"tanya pakcik itu lagi.

"Mulanya belajar,tapi bila dah tamat belajar dekat sana terus dapat peluang kerja.Tu yang lama tak balik,ambil peluang dulu,"cerita Ara.

"Baguslah tu nak.Bukan apa,zaman sekarang ni ramai anak muda kita yang menganggur.Bila suruh belajar,dipontengnya sekolah.Sudahnya bila dah gagal dalam peperiksaan,tak ada kerja,tak ada pelajaran buat jenayah,"rungut pakcik teksi itu.

Ara hanya mendengar.Malas mahu berkata banyak kerana kata -kata dari orang tua itu ada benarnya.Ara kembali senyap.Lagi di radio berkumandang.Nyanyian daripada kumpulan luar negara Extreme,mengamit memori Ara.Bait - bait lagu itu didengari dengan khusyuk.

Lagu ini mengingatkan dia kepada seseorang.Lagu yang pernah menjadi siulan mereka.

Saying I love you
Is not the words I want to hear from you
It's not that I want you
Not to say,but if you only knew
How easy it would be to show me how
you feel
More than words is all you have to do to
make it real
Then you wouldn't have to say that you
love me
'Cause I'd already know
What would you do if my heart was torn in
two
More than words to show you feel
That your love for me is real
What would you say if I look those words
away
Then you couldn't make things new
Just by saying I love you

More than words

Now that I've tried to talk to you and
make ypu understand
All you have to do is close your eyes
And just reach out your hands and touch
me
Hold me close don't ever let me go
More than words is all I ever needed you
to show
Then you wouldn't have to say that you love me
'Cause I'd already know

What would you do if my heart was torn in
two
More than words to show you feel
That your love for me is real
What would you say if I look those words
away
Then you couldn't make things new
Just by saying I love you

More than words

Habis lagu itu,Ara tersedar kembali.Dia tersenyum nipis.

???

Ara membayar duit tambang kepada pakcik teksi.Lebihan baki diberi saja kepada orang tua yang masih gigih mencari rezeki untuk keluarganya.

Ara berdiri di depan sebuah rumah yang sudah 10 tahun dia tinggalkan.10 tahun dia tinggalkan dan meminta ibu saudaranya yang mengemaskan.

Ibu dan ayahnya sudah tiada sejak dia berumur 17 tahun lagi.Rumah itulah tempat dia berdikari setelah kepergian orang tuanya kerana dia memilih untuk hidup sendiri.

Dia melangkah masuk dengan kunci yang dia miliki.Dia memberi salam sebelum masuk.Masih terkemas rapi.Masih seperti dulu dan tidak ada yang berubah.Malah tidak berhabuk.

Dia membawa masuk barang - barang ke dalam.Ara meninjau dapur rumahnya,juga terkemas rapi.Dia melangkah naik menuju ke bilik yang ditinggalkan lama.

Ara memulas perlahan tombol biliknya.Tetap juga sama,menitis airmata Ara melihat semua kenangan yang kini berada depan matanya.

Ara turun setelah mendengar seseorang melangkah masuk ke dalam rumah.Dia memandang seorang tubuh wanita tua yang banyak menolong dia selama ini,menjaga rumah ini.

"Mak ngah,"lafaz Ara.Dia berjalan dengan perlahan sebelum memeluk tubuh mak ngahnya dari belakang.Melatah orang tua itu.

"Mak ngah,Ara rindu mak ngah,"luah Ara.Mak ngah memandang wajah Ara.

"Ya Allah,anak aku.Ya Allah,dia dah balik.Ya Allah,"mak ngah memeluk cium anak buahnya dengan penuh kerinduan.

"Kenapa balik tak bagitahu,suka buat macam ni,"mak ngah menepuk bahu Ara.Dia kembali memeluk Ara.

"Ara rindu mak ngah,"Ara mengongoi seperti anak kecil yang dipeluk ibu.

"Ya,mak ngah pun rindu anak mak ngah ni.Yelah,mana taknya 10 tahun tak balik,"mak ngah mengusap belakang Ara.

"Dah pergi naik,mandi apa semua.Mak ngah pergi kedai depan beli barang,malam ni mak ngah tidur sini,"ujar mak ngah teruja.

"Habistu pak ngah macam mana dekat rumah?,"tanya Ara.

"Ala pak ngah kamu tu nanti mak ngah uruskan,sekarang pergi ikut apa mak ngah suruh,"suruh mak ngah.Ara mengangguk.Dia segera membuat apa yang mak ngah suruh.

???

Ara baring diatas riba mak ngahnya.Rambutnya diusap lembut oleh orang tua itu.Lama sudah Ara merindui saat - saat ini.Kalau arwah maknya masih hidup pasti ini yang akan dilakukan untuk dirinya.

"Ara okay duduk sana?,"tanya mak ngah.Televisyen yang terpasang mereka tonton bersama.

"Okay je mak ngah,"balas Ara.

"Best tak duduk sana?,"mak ngah menyisir lembut rambut Ara.

"Seronok memang seronok sebab dekat sana kita kenal ramai orang tapi lagi seronok kalau tanah air sendiri,"ujar Ara.

"Habistu kenapa pergi?,"mak ngah bertanya lagi.Ara terdiam.

"Dulu Ara cakap,kalau boleh nak belajar dekat sini.Bila dapat dua - dua tawaran,Ara pilih pergi sana.Kenapa?,"mak ngah cuba mengorek apa yang dipendam oleh Ara selama ini.

"Sebab Fariq ke?,"serkap mak ngah.Ara memandang mak ngahnya.

"Mak ngah tahu sayang,mak ngah yang jaga kamu selepas mak ayah kamu pergi.Ara tu anak mak ngah,mak ngah tahu,"mak ngah tersenyum nipis.Ara memandang lantai.

"Jangan lari lagi Ara,masalah kalau lari lagi takkan akan selesai,"penuh makna mak ngah berkata.Ara memandang mak ngahnya dan mengangguk.

"Dulu,masa sebelum arwah mak ayah kamu pergi,dia ada pesan dengan mak ngah bahagiakan kamu sebaik mungkin.Harta yang mereka tinggalkan buat kamu sekarang ni sebahagian dari kasih sayang mereka buat kamu.Mereka takut kalau mereka pergi awal,kasih sayang untuk Ara tak cukup.Jadi inilah yang mampu mereka sediakan.Pengorbanan mereka terlalu besar.Begitu juga harapan mak ngah nak tengok kamu bahagia.Mak ngah tak nak tengok kamu masih sendiri harungi hidup.Mak sayangkan kamu,"nasihat mak ngah.

Ara memeluk mak ngahnya.Tiada kata dapat diucapkan melainkan doa untuk arwah orang tuanya dan mak ngah yang dia sayangi sangat - sangat.Ara mengucap syukur dalam hati ke hadrat Illahi.

"Terima kasih mak ngah,"ucap Ara.Malam itu,mereka menghabiskan masa bersama yang terbazir 10 tahun lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience