BaB 1

Romance Series 7998

"HEY"

"Hey.."

"Hey!"

"Hey pretty girl!!"

Aku yang sedang leka memerhati rakan-rakan sekelas yang sedang asyik bergelak ketawa sesama sendiri, mengalihkan pandangan ke sebelah. Seorang wanita yang umurnya kelihatan hampir dengan mama memandang aku dengan senyuman lebar di wajahnya. Sejak bila ada orang duduk dekat sini?. Dahi aku kerutkan.

"Kenapa tak main sekali?". Tegurnya sambil menunjuk ke arah rakan-rakanku yang lain.

Aku tidak menjawap. Hanya memandangnya dengan wajah pelik.

"You're so pretty". Puji wanita itu. "Itu satu jenayah tau bagi perempuan untuk ada wajah secantik ni. Aunty rasa mesti adik suka princess yang ada dalam buku cerita dongeng kan?. Sebab tu lah adik cantik sangat. Which princess do you like?".

"Saya tak suka princess". Jawap aku dingin sambil mengalihkan pandangan daripada terus memandangnya.

"Kenapa?. Princess hidup bahagia untuk selama-lamanya. Adik tak nak bahagia ke?". Tanyanya hairan.

"I love witches and villains. I don't like princess". Balas aku sambil memandangnya kembali.

"Ohh really?. Kenapa?".

"Princess terlalu baik. Saya tak suka jadi budak baik. Orang baik selalu terluka. Lagipun, penyihir ada kuasa hebat. Dia boleh buat apa yang dia suka tanpa rasa takut".

"Then, should i curse you?". Soalnya dengan wajah serius membuatkan aku terkedu. "Orang cakap apa yang aunty kata selalu akan jadi kenyataan. Do you want me to curse you, pretty girl?". Tangan kananku dicapainya lembut.

"Betul ke?". Tanya aku meminta kepastian.

Wanita itu mengangguk.

"Boleh jadikan saya seorang perempuan tanpa hati bila saya dah besar nanti?".

Wanita itu memandang aku dengan pandangan yang tidak dapat aku tafsirkan apabila mendengar permintaanku sebelum tertawa kecil. "Aunty tak rasa aunty boleh buat macam tu". Tangan aku semakin dipegangnya kemas membuatkan aku sedikit tidak selesa. Tangan cuba aku tarik kembali tetapi tidak berjaya. "Tapi aunty boleh buat macam ni.... I curse you, pretty girl..." Wajahnya kembali serius.

"The moment he hold this hand, he'll get dangerous".

12 tahun kemudian,

Aku yang sedang memandang skrin telefon mendongak apabila melihat beberapa orang pekerja hotel melangkah masuk ke dalam bilikku sambil membawa beberapa beg kertas ditangan masing-masing. Pantas sahaja telefon aku tinggalkan di atas katil lalu bergegas mendapatkan mereka semua dengan wajah teruja.

Satu gaun perkahwinan berwarna putih dengan dihiasi sulaman bunga di bahagian pinggang ditayangkan dihadapan aku. Hampir sahaja aku menjerit kesukaan apabila melihat gaun tersebut. "Ini yang limited edition tu kan?".

"Ya cik. Semuanya tuan Faris sediakan sesuai dengan keinginan cik Katty". Salah seorang daripada mereka bersuara.

"Great!. He's so sweet". Ujar aku tanpa mengalihkan pandangan sedikitpun daripada gaun dihadapanku saat ini. Tak sabar nak tunjuk gaun ni dekat Bella, Sara dan Eliya.

"Jom cik Katty. Kita siap-siap sekarang. Majlis akan bermula sekejap lagi".

"Yes. Sure". Aku mengambil tempat di atas kerusi berhadapan dengan meja solek. Tanpa membuang masa, pekerja-pekerja tadi terus menyiapkan aku untuk majlis yang akan berlangsung sekejap lagi.

Wajah aku disolek tipis. Kemudian, rambut hitam aku yang hampir mencecah pinggang disanggul tinggi sebelum aku menukar pakaian ke kepada gaun tadi. Senyuman lebar terukir diwajahku apabila melihat pantulan diriku dicermin. Nice!.

AKU bergerak ke katil. Telefon bimbit dicapai lalu aku mula menangkap beberapa keping gambar untuk dihantar pada mereka bertiga. Biar mereka bertiga jealous. Kenapa kau bijak sangat ni Katty?. Haishh...

Belum sempat butang hantar aku tekan, nama Sara sudah terpapang di skrin telefon bimbit. Pekerja-pekerja yang masih setia berdiri berhampiranku, aku arahkan supaya beredar. Punggung aku labuhkan di atas katil sebelum panggilan sara, aku jawap.

"Sara!. You takkan percaya cakap i. Faris betul-betul belikan i gaun yang i cakap hari tu. Nanti i hantar gambar tu dekat you, Bella dengan El...".

"Stop...stop. Katty listen to me okay?. You betul-betul nak kahwin dengan Faris tu ke?. Like seriously?". Potong Sara yang kedengaran agak cemas.

"Hah?. Apa yang you merepek ni?. I kan dah cakap hari tu yang Faris minta tolong i photoshoot untuk majalah dia. You lupa ke?".

"Oh my god Katty. I dapat kad kahwin you dengan dia, you tahu tak?. I dengar yang dia akan jemput orang untuk nikahkan you dengan dia. I rasa you dah kena tipu. You tahu kan yang dia tu obsess sikit dengan you. I takut kalau dia paksa you, Katty. ". Terang Sara.

"What?!!". Aku sudah terbangun daripada katil.

"You need to get out from there. Right now".

"Shit!".

"Katty...you dah ready ke?". Kedengaran laungan suara Faris daripada luar bilik.

"I'll call you back". Talian segera aku putuskan apabila melihat Faris sudah melangkah masuk ke dalam bilikku.

"You look beautiful, Katty". Pujinya sambil memandang aku atas bawah.

"Of course". Akui aku tanpa segan silu. Jelingan tajam aku lemparkan padanya. "I dapat call daripada kawan i yang you edarkan kad kahwin kita berdua. You cakap dekat i yang kita datang sini cuma untuk photoshoot. You jangan main-main dengan i, Faris".

Faris ketawa kecil.

"I baru nak terkejutkan you. Itu semua memang alasan aje. I memang nak kahwin dengan you ..hari ni. I dah plan baik-baik. Hari ni you akan jadi milik i dengan rasminya". Jelasnya tenang. Menaikkan amarahku.

"I tak akan setuju". Balas aku berani.

"You tak ada pilihan. Mana you nak lari?". Soalnya mencabar aku. Langkah diatur mendekat.

"You jangan cari pasal dengan i. I warning you Faris".

"Apa yang you boleh buat, huh?. You'll be mine". Tangannya mula menyentuh kulit wajahku.

Senyuman sinis aku ukirkan padanya lalu dengan pantas sebelah kaki aku angkat tinggi, menendang celah kangkangnya kuat. Terjelopok Faris jatuh ke lantai.

"Ouch!. Sorry my bad". Kata aku sambil membuat muka bersalah. Padan muka!. Tanpa menghiraukan Faris yang masih kesakitan, aku segera berlari keluar daripada bilik hotel.

"Katty wait!. Come back!!". Laungnya lantang.

Jantung aku berdetak laju mendengar suaranya. Punat lif aku tekan berkali-kali dan sebaik sahaja lif terbuka, aku segera melangkah masuk ke dalam. Butang ke lobi aku tekan pantas. Tubuh aku sandarkan ke dinding sambil menarik nafas lega. Tak guna betul!.

Rambut yang disanggul aku lepaskan sebaik sahaja keluar daripada lif. Membiarkannya terurai. Keluhan berat aku lepaskan apabila terasa setiap langkahku terasa berat. Betul lah yang cantik tu memang menyakitkan. Kenapalah aku pergi pakai gaun ni?. Menyusahkan betul bila nak kena heret macam ni. Telefon yang berada ditanganku, aku pandang. Mahu menelefon Sara supaya menjemput aku di sini.

"Katty!!".

Langkah aku terhenti. Kepala aku toleh ke belakang. Mak!!. Dapat dilihat dengan jelas kelibat Faris yang sedang berlari ke arahku.

Aku segera membuka langkah melarikan diri dari situ. Pandangan aku lemparkan kesekeliling. Mencari tempat untuk bersembunyi.

Namun, belum sampai beberapa minit terasa tanganku ditarik daripada belakang. Terjerit aku akibat perbuatannya itu. "Jom!. Kita kahwin. You takkan menyesal Katty". Pujuk Faris sambil mengengam tangan aku kuat.

"Kenal you pun i dah rasa menyesal sekarang. I tak suka you. Boleh tak you faham?!". Suara aku naik senoktaf. Tangannya yang memegangku, aku tepis kasar.

"You jangan nak melampau Katty!!". Tengking Faris tidak berpuas hati.

Aku tidak melayan. Seorang lelaki berkaca mata hitam yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam hotel sambil ditemani oleh beberapa orang lelaki berkot hitam dibelakangnya, aku hampiri dan berdiri tepat dihadapannya. Membuatkan langkahnya dan yang lain terhenti.

Pakaian yang tersarung ditubuhnya aku perhatikan. Hanya t-shirt lengan pendek berwarna hitam, seluar jeans paras lutut berwarna putih serta kasut yang turut daripada warna yang sama. Harap-harap aku tak salah pilih orang.

"Katty!!!!".

Baju t-shirtnya aku pegang sedikit sambil berdiri disampingnya. "Sayang, you pergi mana?. Puas i tunggu dekat sini tau". Aku bersuara dengan manja tetapi dengan suara yang kuat. Memastikan supaya Faris mendengar suaraku tetapi apa yang terjadi seterusnya membuatkan aku terkejut. Beberapa orang wartawan tiba-tiba sahaja muncul dan mengerumi aku serta lelaki yang berada disebelah aku saat ini.

Erk?.

"Let go". Lelaki disebelahku bersuara. Pegangan aku pada bajunya cuba ditepis.

Aku tersengih sedikit apabila mendengar suaranya. Sexy. Fokus Katty!. Pegangan semakin aku kuatkan.

"You jangan cakap yang you ada lelaki lain Katty". Faris muncul di celah-celah orang ramai.

"Dia tunang i bukan lelaki lain". Jawap aku tanpa teragak-agak. Kepala aku tundukkan sedikit apabila terasa lelaki disebelahku memandang aku dengan pandangan membunuh. Sorry.

"What?!!". Tempelak Faris bengang.

"K..kan sayang?". Aku semakin menaikkan amarahnya.

Faris mengetap rahangnya kuat lalu tanpa membuang masa, dia meluru ke arahku tetapi beberapa orang lelaki berkot hitam tadi segera menahannya menyebabkan suasana bertambah kecoh. Pengunjung-pengunjung lain juga sudah mula berkumpul untuk melihat apa yang berlaku.

Aku menelan liur melihat situasi yang aku sendiri cetuskan. Perlahan-lahan tangan aku lepaskan daripada memegang baju lelaki disebelahku saat melihat dia sedang leka. Let's not meet again. Gaun yang tersarung ditubuhku, aku angkat sedikit. Kemudian, segera menyusup keluar dari situ.

TUBUH aku sandarkan ke kerusi dengan nafas tercungap-cungap sebaik sahaja pintu kereta ditutup. Air yang sedang dipegang oleh Sara dicapai lalu diteguk rakus. "Thanks sebab datang. Faris tu memang psycho agaknya. Boleh pulak dia plan untuk kahwin dengan i". Luah aku tidak berpuas hati.

"Orang dah jatuh cinta nak buat macam mana. Cinta tu perkara yang paling berkuasa dekat dunia ni". Kata Sara sambil menghulurkan satu lagi botol air mineral.

Aku mencebik.

"Apa yang you merepek ni Sara?".

"I cuma cakap aje. Kita pun bukan akan selalu macam ni. Satu hari nanti kita betul-betul akan jatuh cinta. Macam Bella".

"Tak payah fikir sangat lah. Jom balik. I penat dah sehari berlari". Dalih aku.

"Sebelum you cakap yang you nak balik, nak ingatkan you yang handbag you tak ada dengan you sekarang ni". Ujar Sara membuatkan aku terkedu.

"Ohh..". Haishh..semua perkara penting ada dalam tu. Kenapa lah aku lari tak bawa handbag sekali?. Kad pengenalan..lesen..kad kredit..gincu. "Aku kena balik dekat hotel tu semula. Gincu strawberi keluaran terbaru tu. Macam mana aku boleh lupa nak ambil". Rungut aku geram.

Sara memandang aku dengan wajah tak percaya. "Itu tak penting Caytrina".

"Cuma ada lima aje tau dalam negara ni. Takkan aku nak tinggal macam tu aje and please..jangan panggil i guna nama tu. Dah cepat gerak. Hantar i dekat hotel tu balik".

"Yalah..yalah. Harap-harap Faris dah ambil gincu you tu".

Aku menjeling Sara tajam.

AKU merengus geram buat kesekian kalinya. Ugrhh!. Ini kali terakhir aku pakai gaun macam ni. Langkah aku atur keluar daripada lif dengan berhati-hati. Mataku meliar kesekeliling. Takut terserempak dengan Faris. Kaki aku hentikan dihadapan bilik yang aku menginap sejak semalam. Perlahan-lahan tombol pintu dibuka. Tak berkunci!. Tolonglah jangan bagi Faris ada dekat dalam.

Pintu aku tolak lalu aku melangkah masuk ke dalam tanpa membuang masa. "Yes!". Jerit aku kesukaan apabila melihat tiada sesiapa di dalam bilik.

"You welcome".

Senyuman aku menghilang apabila mendengar satu suara. Terus sahaja tubuh aku pusing ke belakang. Lelaki di lobi tadi menutup pintu bilik lalu menguncinya. Macam mana aku boleh tak nampak dia?.

Aku terkedu. Lebih-lebih lagi apabila melihat handbag aku turut berada ditangannya. Langkah lelaki itu diatur ke balkoni dengan tenang. Pintu yang berada tidak jauh dari tempatku, aku kerling.

"I won't do that if i be you". Ucapnya mematikan niatku.

Tangannya yang sedang menyelongkar beg tanganku, aku perhatikan dengan senyap. "Nak jelaskan apa yang berlaku tadi?". Soalnya tanpa memandangku. Dompet dan gincu aku dikeluarkan olehnya.

"Gincu tu limited edition. Keluaran Jun 2020". Terang aku tanpa dapat dikawal. Panik apabila melihat barang berhargaku berada ditangannya.

Lelaki itu berhenti menyelongkar. Memandang aku dengan wajah pelik. Handbag dan dompet yang berada ditangannya dicampak ke lantai dengan wajah tidak berperasaan. Oh my Gucci !. Belum cukup dengan itu, penutup gincu aku dibukanya.

"Warna dia macam strawberi. Sesuai untuk lelaki dan perempuan". Aku bersuara lagi.

Lelaki itu ketawa kecil dengan reaksiku. Aku menarik nafas lega. Mungkin dia tak adalah jahat sangat. Orang jahat mana boleh ketawa kan?. Namun, tindakan lelaki itu selanjutnya membuatkan mata aku membuntang. Gincu aku yang dipegangnya dilepaskan daripada balkoni. Kaki aku segera berlari mendapatkannya.

"Apa yang you dah buat?!. You ingat senang ke I nak dapat?".

Lelaki itu tidak menghiraukan amarahku. "Dah cukup kita main-main kan?".

Aku terkedu apabila lelaki mengeluarkan sepucuk pistol daripada poket belakang seluar jeansnya lalu mengacukannya tepat ke dahiku. "Let's try again. Siapa yang upah kau untuk buat hal dekat lobi tengahari tadi?".

"I....". Kaki aku berundur beberapa tapak ke belakang tetapi lelaki di hadapan aku segera menghalang dengan memegang sebelah tanganku. Terus sahaja mata aku terpaku pada tangannya yang memegang tanganku. Terasa jantung aku mula berdetak laju.

'The moment he hold this hand. He'll get dangerous'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience