Bab 5

Romance Series 7998

TUBUH aku sandarkan pada dinding. Bella yang baru sahaja keluar daripada kereta bersama Zayn, aku perhatikan. Terdengar gelak ketawa mereka berdua. Bahagia. Aku cemburu. Tubuh aku tolak daripada dinding dan berjalan menghampiri mereka berdua yang asyik dengan dunia mereka sendiri.

"Katty". Tegur Bella ceria apabila perasaan akan kehadiranku di situ.

Aku hanya tersenyum nipis sambil memandang Zayn yang turut memandangku dengan wajah tidak berperasaan. "Can i talk to you?". Tanya aku sebelum memandang Bella kembali. "Both of you..".

Senyuman dibibir Bella menghilang.

"What's wrong, huh?". Bella mendekati aku dengan hairan. "Are you okay?".

"Save me. Please...".

"MANA yang lagi handsome, Liya?. Gambar ni ke yang ni?. I rasa yang baju biru lagi okey. I nak buat wallpaper". Ujar Sara sambil menunjuk skrin telefon bimbitnya pada Eliya. Eliya menganggukkan kepalanya tanda setuju. Tersengih-sengih mereka berdua memandang skrin telefon bimbit.

Sara menoleh padaku yang hanya diam sedari tadi. "You nak join tak kelab baru dekat kampus ni?".

"Kelab apa?". Tanya aku pelik. Rasanya tak ada apa-apa kelab baru setakat ni.

"Kyle's fangirl!".

Haishhh...

"Tak apalah. Level i tinggi sangat untuk kelab macam ni". Balas aku tidak berminat. Tak ada orang lain ke?.

Sara mencebik.

"You yang rugi. Hampir seluruh pelajar dekat universiti ni join tau. Dia tu dah lah handsome. You pernah tengok warna mata dia?".

Kepala aku gelengkan.

"Grey!. It's so beautiful. I dapat jawatan naib presiden untuk kelab tu , Katty!. Bagus kan?. Jadi kalau you ubah fikiran bagitahu aje. Nanti i jadikan you penolong setiausaha".

"Kalau you naib presiden?. Jangan cakap yang ...". Aku mengalihkan pandangan pada Eliya. "Please say no..".

"Er...Sara yang ugut semua orang untuk jadikan Liya presiden". Jelasnya berhati-hati.

Aku sudah terlopong.

"Apa?. I jadikan Liya presiden bersebab tau senang kalau...Kyle..Kyle!". Jerit Sara tiba-tiba sambil menunjuk ke arah belakang aku.

Aku yang kehairanan pantas memusingkan tubuh ke belakang. Kelibat Kyle yang sedang berjalan ke arah sini dipandang dengan dahi yang berkerut sebelum pandangan aku alihkan ke hadapan semula. Bukan urusan aku.

Beberapa orang pelajar perempuan sudah mula menjerit-jerit sambil membetulkan pakaian masing-masing dengan wajah teruja. Ini kalau lelaki lain, dah lama aku join sekali. Jus epal yang berada di atas meja, aku minum perlahan.

"K..kyle..". Sara bersuara dengan tergagap-gagap membuatkan aku mendongak kembali.

Kyle tersenyum nipis memandang Sara dan Eliya. "Mind if i sit here?". Soalnya.

Yes.

"Tak..tak. Duduklah". Pelawa Sara lalu bangun daripada kerusinya dan duduk di sebelah kiri Eliya menyebabkan kerusi yang kosong didudukki oleh Kyle. Berhadapan denganku.

"Boleh belikan I air?. I lupa lah". Ucap Kyle bersahaja.

"Boleh..boleh. Kenapa pulak tak boleh. I pergi beli sekarang". Sara sudah bangun daripada kerusi.

"Ajak Eliya sekali. Dia pun macam dahaga i tengok". Tambahnya tegas. Tidak memberi ruang untuk sebarang bantahan. Matanya dipakukan padaku.

Tanpa membuang masa, Eliya segera bangun dan beredar bersama Sara. Meninggalkan aku sendirian.

"How are you today, kitten?". Sapa Kyle.

"My name is Katty not kitty or kitten!".

"Really?". Tubuhnya disandarkan pada belakang kerusi sambil menyilangkan tangan ke dada. "You still look like a cat to me. You tahu apa yang kucing suka buat?".

Aku diam. Aku tahu apa yang dia cakap takkan berakhir dengan baik.

"Terhegeh-hegeh dekat semua orang. Cari perhatian dan tak suka bila tuan dia abaikan dia".

"What do you mean?".

"Whatever you do. I warning you. Stop it". Katanya dengan wajah serius.

Aku menayang wajah kosong. "I'm bored. I don't know what you talking about. So..please do it quickly. You're wasting my time".

"You make Bella crying this morning. Aku tak tahu apa yang kau dah cakap pada dia tapi aku nak kau ingat yang aku takkan biarkan sesiapa pun sakitkan dia termasuk kau. Kau kawan Bella atau tak, aku takkan teragak-agak untuk letakkan kau dekat tempat yang sepatutnya kalau kau berani nak ganggu hidup Bella". Kyle menggugut aku.

Aku memandang wajahnya lama. "You love her".

Kyle terdiam.

Aku mendekatkan diri ke meja. Menentang pandangannya. "I dengar you suka baca buku cerita dongeng macam Bella. Is it true?. Then, let me tell you one secret. In this life.. i'll be a villain in every fairytales stories that you had read before". Senyuman sinis terukir dibibirku. "And you will be my next victim if you keep interfere in my business, prince charming".

Kyle tertawa sinis.

"Kau pun tahu kan yang watak jahat selalu kalah akhirnya?. Aku dah warning kau. Kalau kau masih cuba kacau hidup Bella lagi...aku akan pastikan yang kau akan kalah dari awal lagi".

Belum sempat aku mahu membidas kata-katanya, Sara dan Eliya sudah muncul. Satu tin air coke diletakkan dihadapan Kyle. "So, kaurang cakap pasal apa?". Tanya Sara ingin tahu sebaik sahaja kembali duduk.

"Tak ada apa. I cuma tanya nama dia apa?". Bohong Kyle. Sedikitpun pandangannya tidak dialihkan daripadaku.

"You patut tanya i. I tahu semua benda dekat sini. By the way, nama dia Caytrina". Sampuk Sara.

Terus sahaja aku memandang Sara tajam. Kenapa dia ni tak faham-faham?. Berapa kali aku cakap jangan guna nama tu?.

"Caytrina..cantik nama tu". Ulang Kyle.

"Don't call me that". Bantah aku tidak setuju.

"Why?. Caytrina is better than kitty or kitten".

Aku merengus geram.

"Bunyi dia jadi hodoh bila you yang sebut". Kutuk aku selamba.

Sara dan Eliya terlopong.

"Okeylah. I kena pergi ni. Enjoy your day". Pamit aku. Kemudian, segera bangun beredar dari situ. Aku patut carikan Bella kawan lain.

"WHAT the hell?!". Tengking aku bengang apabila tiba-tiba sahaja bahuku dilanggar oleh seseorang dengan kuat. Seorang perempuan yang terjatuh di atas lantai dihadapanku, aku pandang dengan geram. Habis bertaburan buku-buku yang dipegang olehnya. Namun, niatku yang mahu memarahinya terbantut apabila perempuan itu mendongak.

"Tak sangka pulak yang kita berdua akan berjumpa secepat ni...kakak". Ujar satu-satunya adik perempuanku, Cyntia dengan sinis sambil berdiri semula.

"Tak ada universiti lain ke kau nak masuk?. Perlu ke ganggu pandangan aku sampai sini?". Jawap aku bosan.

"Aku pun tak nak jumpa kau tapi kalau bukan aku siapa yang nak bagitahu semua orang tentang perangai sebenar kau kan?".

Aku mencebik.

Kaki aku menapak menghampirinya. Sebelah tanganku naik menyentuh pipinya bersama senyuman sinis yang mula terukir dibibirku. Kesan lebam yang sudah pudar di pipi Cyntia dipandang. "Kau nak aku tambah satu lagi ke?".

Cyntia menepis tangan aku dari wajahnya. "Aku benci kau!. Kenapa dalam ramai-ramai orang kau yang kena jadi kakak aku?".

Terlepas ketawa kecil daripada mulut aku apabila mendengar kata-katanya. "Ouch!. Kau betul-betul buat aku serba-salah tau. Nak aku minta maaf?". Perli aku tenang.

Cyntia mengetap gigi menahan geram. "Aku harap suatu hari nanti seseorang akan datang dan buat kau rasa sakit macam apa yang kau dah buat dekat aku dan orang lain sebelum ni!. Kau takkan selalu menang, Katty".

"Whatever. Kau bukan orang pertama yang buat sumpahan macam tu dekat aku". Rambut aku selak ke belakang telinga. "Doalah banyak-banyak ya biar 'seseorang tu cepat datang. Aku pun dah naik bosan asyik tengok muka kau". Bukunya yang berada berdekatan dengan kakiku, aku tendang menjauh tanpa rasa bersalah. "Oh ya!. Jangan lupa tau mengadu dekat mama sekali pasal ni. Kau kan terlalu lemah untuk handle perkara-perkara macam ni sorang-sorang. Goodbye..sister". Senyuman kemenangan aku hadiahkan pada Cyntia sebelum aku menyambung langkah yang tergendala.

Rambut aku raup kebelakang dengan kasar. Kemudian, kedua tangan aku gengam erat. Senyuman yang tadinya terukir terus menghilang. Rasa sakit apa lagi yang perlu aku rasa bila rasa tu sendiri tak pernah pergi dari hidup aku walau untuk sesaat pun.

BILIK bernombor 306 dihadapanku, aku pandang lama dengan perasaan bercampur-baur. Perlahan-lahan tangan aku angkat mahu membuka pintu tetapi cepat-cepat aku jatuhkan kembali. Kepala aku toleh pada pekerja hotel yang berada disebelahku sedari tadi. "Kenapa cik?". Soalnya hairan.

"Tak i cuma nak pastikan yang bilik ni betul-betul didaftarkan atas nama Zayn Alaric untuk hari ni". Jelas aku.

"Ya cik. Saya dah check rekod tetamu hotel ni beberapa kali. Bilik ni memang didaftarkan atas nama Zayn Alaric dan dia sendiri yang arahkan saya untuk bawa cik ke bilik ni".

Aku mengangguk faham. Nafas panjang aku tarik lalu pintu dihadapanku aku buka lalu kaki diatur masuk ke dalam. "Zayn?". Panggilku apabila kelibat Zayn tidak aku temui.

"Zayn?". Pandangan aku liarkan ke sekeliling. Baru sahaja aku mahu membuat keputusan untuk menghubungi Zayn, bunyi pintu bilik ditutup mengejutkan aku. Kepala segera aku toleh ke belakang.

"Caytrina...".

"You buat apa dekat sini?". Tanya aku yang terkejut dengan kehadiran Kyle di situ.

"Why?. Siapa yang kau harapkan?. Zayn?". Balasnya sambil mengunci pintu sebelum menapak ke arahku.

"This not funny, Kyle".

"Kau nampak aku macam tengah buat lawak ke?".

"Mana Zayn?. Zayn yang sepatutnya ada dekat sini sekarang?. Apa yang you dah buat?". Soal aku bertubi-tubi.

"Mana aku tahu. Betul ke bilik Zayn yang ni?".

Aku terkedu. Tanpa membuang masa, telefon bimbit aku keluarkan daripada beg sandang. Mesej daripada Zayn aku buka. Tersentak aku apabila melihat nombor bilik yang Zayn berikan. 309. Habis kenapa pekerja tadi cakap...

"Kau nak apa dengan Zayn?". Tanya Kyle. Kemudian, merampas telefon bimbit dari tanganku.

"Not your business". Balas aku sambil menatap wajahnya dengan geram.

Pandangan Kyle berubah tajam. "Semua urusan Bella adalah urusan aku dan kau memang sengaja nak cabar aku kan?. Kau jangan ingat aku akan biarkan kau rosakkan hubungan Bella dengan Zayn".

"Kyle...". Aku menapak beberapa tapak kebelakang apabila melihat Kyle semakin mendekat.

"Tak ada orang lain ke yang kau nak goda?. Kenapa Zayn juga yang kau pilih, hah?!!". Tengkingnya lalu tanpa sempat aku mengelak, tangan Kyle menolak tubuh aku kuat sehingga aku terjatuh ke atas lantai.

Aku terdiam.

Kyle terus duduk bercangkung dihadapanku. Sebelah tangannya mencengkam daguku. Membawa wajah aku dekat dengannya. Dapat aku lihat senyuman sinis terukir dibibirnya. "Kau tahu tak yang aku boleh hancurkan seluruh hidup kau dalam sekelip mata tanpa ada sesiapa pun yang mampu untuk tolong kau?.". Ujarnya lalu melepaskan daguku dengan kasar.
"Bad person go to hell when they die but since you're still alive, i'll bring hell to you".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience