Bab 4

Romance Series 7998

"ARGHH". Kelopak mata aku buka perlahan-lahan sambil sebelah tanganku memegang kepala yang terasa berdenyut-denyut. Apa dah jadi?. Aku dah mati ke?. Ruang disekililingku yang berwarna putih, aku pandang lama. I hate white. Kelopak mata pantas aku pejamkan kembali. Namun, belum sampai beberapa saat terasa sesuatu dibaling ke arah wajahku.

            "Katty!".

              Mata aku terus terbuntang luas. "Sara!". Jerit aku dengan gembira apabila melihat kelibat Sara di hujunng katil. Tanpa membuang masa, aku segera turun daripada katil dan memeluk tubuhnya erat. "You buat apa dekat sini?. Oh my god!. You tak tahu betapa gembiranya i tengok muka you. I dapat mimpi pelik. I mimpi Faris paksa i kahwin dengan dia. Lepas tu, i jumpa pulak dengan sorang lelaki yang kurang ajar ni. Baguslah yang tu cuma mimpi. Dia memang menyakitkan hati i aje".

             "Itu bukan mimpi". Balas Sara sambil menolak aku menjauh daripadanya.

               "Huh?". Aku memandangnya pelik.

               "Faris memang paksa you kahwin dengan dia dan lelaki kurang ajar tu dah selamatkan you petang kelmarin. Kalau dia tak ada mesti you dah...".

               "Wait..wait..semua tu betul lah?". Tanya aku meminta kepastian.

                 Sara mengangguk.

                 "Aduh..aduh kepala i dah sakit balik". Adu aku lalu merebahkan kembali tubuh di atas katil.

                  "I nak minta maaf sebab i tak datang awal. Kereta i tiba-tiba rosak masa i on the way nak ambil you. Bateri handphone i pun dah habis dan bila i sampai aje, i tengok Kyle tengah bergaduh dengan seorang lelaki dan bila i tengok dia dukung you, i cepat-cepat halang dia tapi nasib baiklah yang dia kawan Bella. Kalau orang jahat tak tahu lah apa akan jadi". Jelas Sara sambil mengambil tempat disebelahku.

                "Ohhh...".

                "And dia cakap...tubuh you berat macam lelaki dan dia minta i pesan dekat you supaya tak jumpa dia lagi". Tambah Sara membuatkan amarah aku membara.

               "Rude!. Macam lelaki?. Dia tu yang buta. Erghh!!. Dekat mana Bella jumpa lelaki macam dia tu?. Siapa yang nak jumpa dia lagi?!!". Bentak aku bengang. Bantal yang berada disebelah aku tumbuk kuat.

               "Sekurang-kurangnya dia handsome". Sampuk Sara tersengih-sengih.

                 Aku menjeling Sara tajam.

                  "What?. Betul kan?. Tak dapat putera FT castle dapat prince charming macam Kyle pun okey".

                 Aku tidak melayan. Telinga aku pekakkan. Prince charming lah sangat..Tak adanya prince charming nak cakap yang aku ni macam lelaki.

               "Jom lah!". Ajak Sara tiba-tiba sambil menarik tanganku.

                "Pergi mana?". Soal aku malas.

                  "Pergi mana lagi. Kampus lah. Ni dah pukul berapa ni?. Siap cepat. Kalau tak i tinggal". Sarah sudah turun daripada katil.

                "I skip hari ni".

                 "Jangan nak mengada. Hari ni deadline untuk assignment yang puan Aisyhah bagi minggu lepas. Dia suruh semua hantar".

                 Shit!.

                  Kenapa aku tak tahu yang ada assignment minggu lepas?. Harap-
harap Bella pun tak buat.

                 "Sara tunggu!. Bagi I copy you punya". Aku turun daripada katil lalu segera mengejar langkah Sara yang semakin menghilang.

       

"HAI".

"Hai Katty".

"Hai Katty".

"You look pretty today".

            Aku hanya tersenyum lebar. Membalas sapaan daripada pelajar-pelajar lelaki manakala pelajar perempuan yang berada di situ aku hadiahkan jelingan maut. Terus sahaja mereka semua menoleh ke arah lain.

            "Tak payah senyum sangat. Assignment you tu ingat sikit". Celah Sara yang berjalan beriringan denganku.

             "Spoil betul lah you ni. Nanti i buatlah".

              "You buat?. Jangan nak merepek lah. I nampak you suruh budak nerd kelas kita tadi buat. Tak payah nak menipu".

                "Mana ada!". Nafiku sambil berjalan ke arah kafe. "Dah dia yang nak buat. Biarlah."

                "Memang lah dia buat kalau you ugut dia. Siapa yang tak takut, huh?".

                 "Baguslah. Tu maknanya dia hormat i. Tak payah nak besarkan masalah kecil lah. Sekarang ni i nak kopi. You pergi beli". Aku mula mengarah Sara.

                 "Beli sendiri!". Marah Sara.

                   Kali ini aku tidak membalas kata-katanya. Mata aku terpaku pada Bella dan seorang lelaki berjaket putih yang sedang berbual di salah satu meja yang berada di luar kafe. Kyle. Tersenyum-senyum Kyle memandang Bella yang sedang bercakap.

                "Hari ni i tak pergi library. Zayn suruh i balik awal. Dia cakap dia nak masak untuk i". Bella bersuara dengan teruja.

               "Really?. Baguslah you bahagia dengan Zayn".

                 "I bahagia. Sebab you Zayn masih ada dengan i sampai hari ni dan i harap yang you boleh jumpa dengan orang yang akan bahagiakan you".

                   "I tak yakin yang i akan jumpa orang macam tu. It's okay. You jadi kawan i pun i dah cukup bahagia".

                  Aku mencebik.

                   "Kadang-kadang orang yang kita cari tu dekat dengan kita. Cuma kita yang tak nampak dia, Kyle".

                   "Maybe...by the way, i dah lambat ni. See you later and thank for this coffee". Jawapnya sambil menganggkat bekas minuman ditangannya sebelum berlalu meninggalkan Bella. Namun, bibirnya masih sempat memberi senyuman pada Bella.

                    Sebaik sahaja kelibat Kyle menghilang, aku segera mendapatkan Bella. Sara turut mengikuti daripada belakang. Kerusi yang berada dihadapan Bella, aku dudukki. "Jangan bagitahu I yang tu Kyle. Tu kembar dia kan?. Cakap betul-betul Bella". Tanya aku tanpa membuang masa.

                "Tu Kyle. Dia mana ada kembar. Kenapa?". Soal Bella kembali.

                 "Mungkin i yang salah nampak".

                  "Apa yang you salah nampak?".

                  "Cara dia. Dia cakap dengan you elok-elok!. I ingatkan dia orang lain. Siap dengan pakej senyum lagi. I tak percaya dia orang yang sama i jumpa". Luah aku tidak berpuas hati. Dia acu pistol dekat kepala aku tapi dengan Bella dia siap senyum-senyum atau..."Bella, I ni nampak macam lelaki ke?". Tanya aku takut-takut.

                  Bella ketawa kecil.

                 "Apa yang Kyle dah buat?".

                  "Banyak!. Yang penting sekali dia dah hina nama i. Dia panggil i Kitty!!".

                  Giliran Sara pula ketawa bersama Bella.

                  "Dia bergurau lah tu". Bella cuba menenangkan aku. "Percaya cakap i. Dia lelaki paling baik yang pernah i jumpa selepas Zayn".

                  "I nak ke toilet". Sampuk Sara tiba-tiba yang masih asyik ketawa.

                  "Tak mungkin lah. Dia tak pernah senyum pun dekat i tapi tadi entah berapa kali dia senyum dekat you".

                 "You jumpa dia dekat mana?". Dalih Bella tiba-tiba.

                   "Er....".

                    "Trust me. Dia lelaki baik. Kalau tak i takkan berkawan dengan dia. Sepanjang i kenal dia, dia tak pernah sakitkan hati i. Dia macam prince charming. Mungkin you belum kenal dia lagi. Bila dah kenal nanti maybe you dengan dia boleh jadi kawan baik dan...".

                    "Bella...". Aku memberi amaran.

                    "Dia perlukan perempuan macam you untuk huru-harakan hidup dia". Bella tidak mengalah.

                    "Tak. Eliya atau Sara lebih baik daripada i. You jugak yang cakap yang dia tu macam prince charming. So..find him a princess not a villain".

                   Wajah Bella bertukar serius. "You bukan macam tu".

                  Aku tersenyum nipis.

                  "Kita berdua tahu yang itu adalah kenyataannya".

                

          

ELIYA dan Sara yang sedang berbual dibiarkan. Bella sudah hilang entah ke mana. Pandangan aku fokuskan pada kertas putih dihadapanku. Satu pencil dikeluarkan lalu aku mula menconteng pada kertas itu. Menghasilkan satu lakaran gaun wanita. "I rasa you memang ada bakat. You patut masuk bidang fesyen daripada bidang perubatan. Sia-sia aje bakat you kalau macam ni". Tegur Sara sambil memandang lakaranku.

           Eliya mengangguk setuju.

           "Tak semua benda kita suka tu kita akan dapat. Kadang-kadang kita lebih selesa kalau dapat puaskan hati orang lain". Balasku membuatkan mereka berdua terdiam.

           "Er..siapa hati yang you cuba puaskan tu?". Tanya Sara hairan.

           "Manalah i tahu!. I cakap je.

           "I ingatkan dia dah berubah baik". Ucap Sara pada Eliya.

             "Liya pun sama".

              "Hei..hei!. I ada dekat sini lagi. Salah ke apa yang i cakap?. Manusia memang pentingkan pendapat orang lain daripada diri dia sendiri".

              "Salah bila you yang cakap. Macam tak kena". Sara bersuara  sebelum kembali berbual dengan Eliya.

                Aku yang mahu membalas kata-kata Sara terhenti apabila melihat kelibat seseorang yang sedang berjalan tidak jauh daripada belakang  Sara dan Eliya. Buku yang berada dihadapan meja pantas aku tutup kasar sebelum bangun daripada kerusi. "Tolong jagakan beg i. Nanti i datang balik". Pesan aku pantas lalu meninggalkan mereka berdua sebelum sempat mereka berdua membalas apa-apa.

              Kaki aku atur mengikut jejak perempuan yang berada beberapa langkah dihadapanku saat ini. Pandangan aku liarkan kesekeliling. Melihat pelajar-pelajar lain. Kemudian, tanpa membuang masa, perempuan itu aku tarik masuk ke dalam sebuah kelas yang kosong tanpa pelajar.

              "Katty?".

              Senyuman sinis terukir dibibirku apabila melihat wajah pucat perempuan yang berdiri dihadapanku.

             "Aku tak tahu pula yang kau berani datang sini balik. Bukan aku dah cakap ke yang aku tak nak kau muncul depan aku lagi, huh?". Kedua tangan aku silangkan ke dada sambil menapak ke arahnya.

             "Sa..saya minta..maaf tapi saya tak boleh ikut cakap awak, Katty".

              "Nita..Nita..kau patut ikut cakap aku. Kau tahu kan yang aku tak suka kau?. Kau tahu apa yang aku buat pada orang yang aku tak suka..". Aku memandangnya tajam.

               "Awak tak boleh salahkan saya untuk apa yang dah berlaku. Itu semua takdir". Jelasnya cuba menenangkan aku.

              "Takdir?". Sebelah bahunya aku tolak kuat. "Kau musnahkan takdir aku. Kau tahu yang Rafi dengan aku tapi kau cuba pikat dia dan buat dia pilih kau daripada aku!!!". Tengking aku lalu menampar wajahku kuat. "Kau rampas orang yang aku sayang!".

              "Katty..jangan buat macam ni". Ujar Nita yang sudah terduduk di atas lantai.

              "Takut?. Kau sepatutnya takut masa kau cuba musnahkan hubungan aku dan dia. Selagi kau ada depan aku, aku tak lupa apa yang kau dah buat. Kau yang ja...."

              "Katty!!". Tengking satu suara lain secara tiba-tiba.

                Aku menoleh ke arahnya yang berada di muka pintu.

               Rafi bergegas mendapatkan Nita yang berada di atas lantai lalu membantunya bangun. Sebelah tangan Nita digengamnya erat.

               Bibir aku ketap kuat.

                "Apa yang kau dah buat?!. Berapa kali aku cakap yang jangan ganggu dia. Dia tak bersalah dalam hal ni!". Marah Rafi.

                "Habis siapa yang salah?. I?!!". Aku menunjuk ke arah diri aku sendiri. "You..led me on dan lepas tu you cakap yang cintakan dia!. Bila i cuba nak pertahankan hubungan kita, you buat i nampak macam i yang ganggu hubungan you dengan dia!!".

              "Katty...". Rafi cuba mendekat.

              Aku meraut rambut dengan kasar kebelakang. "I mungkin dah lepaskan you untuk perempuan tu!". Nita yang bersembunyi dibelakang Rafi, aku kerling sekilas. "Tapi sampai mati pun i takkan lupakan perkara ni!. You buat i macam orang gila Rafi..terhegeh-hegeh semata-mata nakkan cinta you. You ingat i akan biar aje?. You silap besar lah. Selagi i tengok muka dia depan i, i takkan puas!!".

              "You jangan nak melampau, Katty!".

               "You yang melampau!!". Bentak aku sambil meluru ke arah Nita yang sedari tadi diam memerhati. Rafi pantas menarik Nita menjauh. "Perampas!!".

               Aku cuba untuk mendekati Nita sekali lagi. Namun, seseorang pantas memaut pinggang aku daripada belakang. Menghalang langkahku. "Breath". Bisik satu suara ditelingaku.

                 "Let go!". Tangan yang memeluk pinggangku erat, cuba dileraikan tetapi tidak berjaya. "Lepas!!".

                 "Calm down". Bisik suara itu lagi.

             "You stupid!. Let me go!!". Jerit aku lantang. Memandang Rafi dan Nita dengan amarah yang menggila.

             "Kau tunggu apa lagi?. Get out".  Arah lelaki dihadapanku tiba-tiba.

              Tanpa membuang masa, Rafi segera menarik Nita keluar daripada kelas. Aku mengengam tangan dengan kuat. Tubuh aku pusingkan kebelakang. Menghadap orang yang sedang memegangku saat ini. Kyle..

            "We meet again, Kitty".

           "What's is your problem?!". Marah aku. Tubuhnya aku tolak menjauh.

           "Kau dalam kelas aku. Semua orang tunggu dekat luar, tak berani nak masuk sebab kau ada. Jadi lain kali kalau kau tak kisah, tolong cari tempat lain". Balasnya tenang sambil merenung wajahku lama.

            "I peduli apa?!. Don't you dare do that again!!". Balas aku bengang sebelum berjalan ke arah pintu. Namun, sempat aku melanggar bahu kirinya dengan kuat. Pintu aku buka dengan kasar. Mengejutkan beberapa orang pelajar yang berada berdekatan. Tanpa menghiraukan pandangan mereka semua, aku melangkah pergi dari situ. Erghh!!.
            

       
          

"SELAMAT pulang cik Katty". Sambut Mak Nab yang merupakan pembantu rumahku di muka pintu. Aku sekadar menggangguk sebelum masuk ke dalam rumah. Mak Nab segera mengikuti aku daripada belakang. "Papa ada dalam office dia ke?. Dia ada call Katty suruh balik cepat". Aku membuka bicara.

           "Ya. Papa cik Katty ada dalam office. Dia suruh Mak Nab bawa cik Katty ke bilik dia". Balas Mak Nab berhati-hati.

            "Mak Nab pergilah buat kerja. Katty pergi sendiri". Arah aku.

             "Baik cik Katty".

             Tanpa bantahan, Mak Nab pantas meninggalkan aku sendirian. Jelingan tajam daripada mama dan dan adik perempuanku, saat aku melintasi ruang tamu tidak dipedulikan. Kaki aku atur menaiki tangga untuk ke tingkat atas.

              Pintu pejabat papa aku ketuk beberapa kali sebelum dibuka. Aku melangkah masuk ke dalam. Pintu ditutup kembali sebelum aku berpusing menghadap papa yang berada di meja kerjanya. Memandang setiap tingkahku.

             "For you". Ujar papa sambil menunjuk ke arah sampul berwarna coklat yang berada di atas mejanya.

              Aku menurut.

              Meja aku dekati lalu sampul berwarna coklat itu dicapai. Kemudian, dibuka sebelum isinya aku keluarkan. Beberapa keping gambar ditanganku, aku pandang dengan panik.

           "Caytrina tahu kan apa yang perlu Caytrina buat".

             Kepala aku dongakkan dengan perlahan-lahan. Memandang wajah lelaki yang sepatutnya melindungi aku. "T..tapi ini". Beberapa keping gambar lelaki ditanganku, aku letakkan di atas meja dengan perasaan yang bercampur-aduk.

              "Zayn Alaric. Papa nak dia kali ni and you'll do it for me".

              Aku terkedu.

             "Jangan cuba nak membantah Cay". Papa memberi amaran.

               "Dia suami Bella". Aku cuba mengingatkannya.

               "Bagus. Gunakan Bella". Ucapnya sambil berjalan menghampiriku. "Anak papa ni kan dah pernah gunakan perempuan tu sebelum ni jadi tak salah kan untuk kali kedua?".

                Aku tidak menjawap. Kelopak mata aku pejamkan rapat. Kepala aku tundukkan ke bawah.

              "Cay tahu kan apa yang akan jadi kalau Cay tak dengar cakap papa?. Kita berdua tak nak perkara dulu berulang lagi kan?".

              Diam.

              "Yes or no?!!". Tengkingnya kuat.

              "Y..yes papa".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience