BAB 6

Romance Series 8042

"BAD person go to hell when they die but since you're still alive, i'll bring hell to you".

            "How can you bring hell to me when I'm already live there". Balasku sambil bangun kembali. Telefon bimbit ditangannya, aku rampas kembali. "Jadi tolong jangan cuba masuk campur. You tak tahu apa-apa". Sambung aku lalu berjalan ke arah pintu. Namun, Kyle pantas memegang pergelangan tanganku. Menghentikan langkahku.

             Kyle memusingkan tubuhnya ke arahku. "Aku memang tak nak tahu apa-apa pasal kau tapi yang aku tahu sekarang ni aku nak kau berhenti dekati Zayn".

             Pandangannya aku tentang dengan berani tanpa mempedulikan amarannya. "Lepas!".

             "Kawan jenis apa kau ni?. Kau berkawan dengan Bella tapi cuba nak rampas suami dia?. Kau sedar tak apa yang kau buat ni perempuan?!". Kyle menolak aku dengan kasar ke dinding lalu tangan Kyle yang tadinya berada di pergelangan tangan sudah beralih ke leherku.

              "K..Ky..le". Aku bersuara dengan tersekat-sekat. Pegangan tangannya pada leherku cuba aku leraikan tetapi tidak berjaya.

               "Kau dengar sini baik-baik. Ini last warning daripada aku. Kau tahu kan apa yang berlaku bila kisah dongeng berakhir?." Bibirnya didekatkan ke telingaku. "Watak jahat akan lenyap". Bisik Kyle lalu melepaskan cengkamannya pada leherku. Kakinya menapak beberapa langkah ke belakang.

                 Aku menarik nafas dengan tercungap-cungap. Tanganku segera naik memegang leherku yang terasa sakit.

                 "Dan aku tak nak sesiapa pun tahu pasal ni terutamanya Bella". Pesannya sebelum meninggalkan aku sendirian.

           

            ??????????????????

Kepala aku jatuhkan ke meja apabila kata-kata Kyle kelmarin tergia-gia ditelingaku. Keluhan berat aku lepaskan. Apa yang aku perlu buat sekarang?. Telefon bimbit yang sedari tadi berdering tidak dihiraukan.

            "Katty?".

             Aku mendongak apabila mendengar suara Bella.

              "You okay?". Soal Bella sambil menghulurkan satu tin air coke kepadaku.

              Tak. Tolong bagitahu Kyle untuk berhenti masuk campur. "Zayn marah ke?". Soalannya aku balas dengan soalan sambil mengambil air tin daripada tangannya.

               Bella menggeleng. Kerusi dihadapanku ditarik lalu punggungnya dilabuhkan di situ. "Kenapa tiba-tiba batalkan plan kelmarin?. I dengan Zayn tunggu you".

            "Sorry. I menyusahkan you lagi". Kata aku dengan kesal. Aku tahu yang orang suruhan papa ikut aku ke hotel kelmarin dan untuk itu aku dan Bella sudah berpakat untuk buat orang suruhan papa percaya yang aku dan Zayn berjumpa dekat hotel tapi lain pulak jadinya.

             "It's okay. You tak menyusahkan. Kita kan kawan. Jadi tolong...jangan rahsiakan apa-apa. Kita akan selesaikan masalah ni sama-sama. You takkan sorang-sorang".

               Aku tersenyum nipis. Wajah Bella aku pandang lama. Macam mana aku sanggup nak hancurkan hati perempuan sebaik dia. Lagipun, goda Zayn adalah perkara mustahil. Jadi..aku rasa aku dah buat keputusan yang betul dengan memilih untuk berterus-terang pada Bella.

             "Tapi kenapa you tak nak report papa you dekat polis, Katty?. Apa yang dia buat selama ni dah cukup teruk. Sampai bila you akan bertahan?".

               "You tahu kan yang mama i terlalu sayangkan papa i. Dia takkan biar i buat macam tu. Kadang-kadang cinta tu bukan hanya boleh membahagiakan tapi boleh menghancurkan diri kita sendiri". Tin ditanganku, aku buka lalu dibawa ke mulut. Aku tengok macam mana sayangnya mama pada papa sampai sanggup betulkan perkara yang salah.

                 " I tak percaya you boleh bertahan selama ni. Kita akan fikirkan cara lain. I yakin you akan keluar daripada 'penjara' tu nanti".

                Aku sekadar mengangguk. Tin aku letakkan di atas meja kembali. "Kyle. Dia cintakan you kan?". Dalih aku tiba-tiba.

                Bella terdiam buat seketika dengan soalanku. "Dulu mungkin ya tapi sekarang i tak pasti. Kenapa?".

                "Tak ada apa-apa. I cuma tertanya-tanya. Takkan senang-senang je kita nak lupa orang yang kita cinta kan? dan you beruntung Bella, you dikelilingi oleh orang yang cintakan you".

                "You pun akan rasa bahagia. You cuma perlu bertahan sikit lagi".

                   Aku ketawa kecil. "I hope it's not too late". Ujarku sambil memandang telefon bimbit yang kembali berdering. Nama papa terpapang diskrin. Bella memandangku dengan wajah simpati.
"Nampaknya i dah kena balik". Ucap aku cuba menceriakan suasana.

               "Call i kalau jadi apa-apa". Pesan Bella sebelum turut bangun daripada kerusi apabila melihat aku bangun.

             "Don't worry". Aku cuba menenangkan Bella biarpun jantung aku mula berdebar-debar. Semuanya akan okey.

         ????????????????????

"Baru sekarang nak balik?". Sergah papa sebaik sahaja aku melangkah masuk ke ruang pejabatnya. Sofa dihadapanku didudukinya dan seperti tiga hari yang lalu satu sampul surat berada ditangannya. Tangan segera aku gengam kuat sebelum wajah papa aku pandang dengan gelisah. "Cay tahu apa dalam ni?". Soalnya sambil menganggkat sampul itu.

          Aku menarik nafas panjang. "Look papa..Cay dah cuba buat apa yang papa suruh tapi semua tak mudah. Cay perlukan masa lagi. Pisahkan Zayn daripada Bella bukan perkara yang senang. Jadi...". Bicara aku terus terhenti apabila papa mengeluarkan beberapa keping gambar daripada sampul surat tersebut dan kali ni bukan gambar Zayn seperti yang aku jangkakan tetapi gambar Kyle.

          "Cay tahu siapa dia?". Soal papa sambil tersenyum padaku.

            Aku tidak menjawap.

           "Papa dah suruh orang cari maklumat pasal dia dan apa yang papa dapat tahu dia adalah anak kepada peguam diraja. Mungkin dia tak setaraf dengan Zayn tapi harta dia tu dah cukup untuk jadikan kita kaya daripada sekarang". Jelasnya.

            "Apa maksud papa?".

             "Kalau goda Zayn tak berhasil, lelaki ni adalah pilihan kedua. Papa tak kisah. Yang penting Cay boleh dapatkan salah seorang daripada mereka berdua. Lagipun...". Papa mencapai sekeping gambar Kyle. "Bukan ke Cay dah masuk hotel dengan dia kelmarin?".

              Aku sudah kehilangan kata-kata. Kalau Zayn adalah perkara mustahil untuk aku capai, Kyle pula adalah satu larangan.

              "Papa bagi Cay masa sebulan untuk dapatkan salah seorang daripada mereka".

                "Sebulan?". Apa yang aku boleh buat dalam masa sebulan?.

                "Jadi lebih baik Cay bertindak cepat kan?. Papa tak nak berlaku perkara yang Cay tak suka nanti". Jawap papa sinis.

                 "Pa...".

                  "Jangan bagi alasan Caytrina!!". Papa mula menengking membuatkan aku tidak mampu untuk membantah. "Pergi siap-siap. Malam ni kawan papa nak datang. Papa nak Cay layan diorang baik-baik". Papa bangun daripada sofa dan berjalan mendekati aku. Kepala aku digosoknya lembut. "dan Cay tahu kan apa yang Cay perlu buat pada kawan papa nanti kan?".

                   Bibir aku ketap kuat.

            ????????????????????
 

"Zayn....". Aku bersuara lalu menarik nafas lega apabila melihat kelibat Zayn yang berdiri tidak jauh daripada pintu masuk taman. Pantas sahaja aku bangun daripada bangku dan berjalan ke arah Zayn yang turut menapak mendekati aku. Aku perlukan bukti secepat mungkin supaya papa berhenti mendesak aku untuk sementara waktu. Dengan teragak-agak, aku mencapai tangan Zayn dan menariknya duduk di bangku yang berada berhampiran.

           Dari hujung ekor mata, dapat aku lihat orang suruhan papa memerhatikan aku. Pandangan aku fokuskan pada Zayn yang berada dihadapanku.

           "You tahu kan yang kita boleh guna cara lebih senang?. Apa kata kalau i 'sedarkan' papa you sikit?". Kata Zayn perlahan. Memecah kesunyian diantara kami berdua.

             Aku menggeleng pantas.

             "I tak nak ambik risiko. Lagipun, ini untuk sementara waktu aje. I akan cari cara lain untuk keluarkan you daripada masalah ni". Balas aku bersungguh-sungguh.

               Zayn merengus geram.

               "Habis tu kita nak buat apa sekarang?".

                "Kita kena buat papa i percaya yang i berjaya rampas you daripada Bella".

                 "Nonsense.".

                 Mata aku julingkan ke atas. Memanglah mengarut. Tak ada sesiapa yang boleh pisahkan Bella daripada Zayn. "Just buat macam apa yang kita dah plan". Arahku. Kemudian, tanpa membuang masa, aku menyentuh wajah Zayn perlahan-lahan. "I happy sangat you sudi datang temankan i dekat sini!". Kata aku dengar suara yang sengaja dikuatkan. Sengaja membiarkan orang suruhan papa mendengar ungkapanku.

                "I pun happy dapat jumpa you". Zayn mencapai tanganku yang menyentuh wajahnya. Satu senyuman dilemparkan padaku.

                "I nak mulai hari ni you kena you jumpa i setiap hari. Boleh kan?. You cakap you sayang i". Rengek aku dengan suara segedik yang mungkin.

                  "Tapi you tahu kan yang i masih ada Bella. I tak nak Bella tahu tentang kita berdua".

                    "You sayang Bella ke sayang  i?. I ni tak penting ke untuk you?. You cakap yang you akan selalu ada dengan i. You dah janji Zayn!".

                       "Kita akan fikirkan cara lain, okey?". Zayn berpura-pura memujuk. Aku sudah sembunyi senyum. Sumpah aku nak ketawa. Untunglah Bella dapat bersama dengan lelaki macam Zayn.

                     "You tak jawap lagi soalan i!. You sayang i atau Bella?.Siapa yang ada dalam hati you sekarang?". Desak aku.

                  "Mestilah you, Katty". Jawap Zayn tanpa nada.

                     "Apa?".

                     Tersentak aku dan Zayn apabila terdengar satu suara lain. Pantas sahaja kepala kami berdua menoleh kebelakang. Berderau darahku apabila melihat Kyle berdiri tidak jauh daripada kami berdua manakala Bella berdiri di belakang Zayn sambil memandang aku dengan wajah resah.

                   "Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Zayn?". Tanya Kyle dengan wajah tegang.

                  "Apa yang aku dah buat?". Soal Zayn kembali sambil bangun daripada bangku.

                     "Kau pilih perempuan tu daripada Bella?". Kyle menunjuk ke arahku yang mula bangun daripada bangku. Memandang aku sekilas dengan pandangan tajam.

                  "Apa yang kau merepek ni?. Aku tak pi...".

                  "Zayn....". Bantahku saat melihat orang suruhan papa masih berada di tempatnya. Memerhati ke arah kami berempat. Kepala aku gelengkan apabila Zayn menoleh ke arahku.

                "Kau memang tak guna!. Bella cintakan kau tapi ini yang kuat buat dekat dia?. Tak puas lagi ke kau buat dia menangis selama ni?!". Tengking Kyle lantang. Sebelah tangannya dianggkat mahu menumbuk wajah Zayn. Namun, segera ditahan oleh Bella.

                Bella menjatuhkan tangan Kyle lalu berjalan ke arahku dengan wajah yang serius. "Sorry Katty". Desisnya perlahan sebelum menampar wajahku.

                "Aku percaya kau. Kau kawan aku tapi aku tak sangka yang kau sanggup buat aku macam ni!. Zayn tu suami aku. Ramai lagi lelaki lain tapi kenapa Zayn jugak?!!". Bentak Bella.

                 Aku ketawa sinis.

                "Apa yang aku boleh buat?. Suami kau ada apa yang aku nak. Lagipun, kita kawan...tak salah kan berkongsi?". Kata aku separuh menyesal apabila melihat pandangan Kyle padaku. Aku mungkin dah berjaya yakinkan papa tapi aku pun tahu yang Kyle takkan lepaskan aku selepas ni. Aku dah langgar amaran terakhir dia.

               "Kau...".

                "Stop it Bella!. Malu lah orang tengok. Let's go. Kita bincang dekat rumah". Marah Zayn. Kemudian, menarik Bella ke arahnya. Bella cuba meronta-ronta melepaskan diri. Namun, Zayn segera membawanya pergi meninggalkan aku berdua dengan satu-satunya orang yang paling aku tak nak jumpa saat ini.

                Kyle menapak beberapa langkah ke arahku. Wajahku direnungnya. "Aku patut selesaikan kau dari awal lagi".

                  Aku tidak menjawap. Hanya menentang pandangannya. "Enjoy your day, Caytrina. It may be your last". Sambungnya sebelum berlalu pergi. Terduduk aku semula di atas bangku. Wajah aku raut kasar. Relaks Katty. Dia tak boleh buat apa-apa. Shit!. Macam mana dia boleh ada dekat sini jugak?.

            ????????????????????

Tubuh aku pusingkan ke kiri dan ke kanan berulang-ulang kali. Aku rasa gelisah sejak bertemu dengan Kyle petang kemarin. Dengan rengusan geram, aku bangun daripada baring dan duduk bersila di atas katil. Penutup mata aku tanggalkan. Kemudian, telefon bimbit yang berada di bawah bantal aku capai. Great!. Dah pukul 7 pagi dan aku masih terjaga. Sudahlah aku ada kelas pukul 10 pagi nanti. Urghh!.

            "Masuk!". Laung aku apabila tiba-tiba terdengar ketukan di pintu bilik.

             "Cik Katty". Mak Nab bersuara sebaik sahaja berada di hadapanku dengan nada cemas.

             "Ada apa pagi-pagi ni?". Soal aku kehairanan.

             "Ada beberapa orang lelaki datang. Mereka cakap..".

              "Keluar!!!!". Terdengar satu tengkingan kuat. Papa.

               Aku tersentak.

               "Apa yang dah jadi?". Tanya aku sambil turun daripada katil dan segera keluar daripada bilik. Tangga untuk ke tingkat bawah aku turuni dengan tergesa-gesa. Namun, langkahku segera terhenti apabila melihat beberapa orang lelaki yang tidak dikenali mula menganggkat barang-barang yang ada keluar daripada rumah.

                 "Siapa kamu semua ni, hah?. Letak balik barang-barang tu". Sampuk mama panik yang sedang berdiri bersama Cynthia.

                   "Kami dapat arahan untuk kosongkan rumah ni dengan segera". Jawap salah daripada mereka.

                    "Kosongkan?. Ini rumah aku!. Kenapa aku kena keluar daripada rumah aku sendiri?!". Jawap papa dengan wajah tegang.

                     "Rumah ni ada pemilik baru". Ujar lelaki tadi. Kemudian, menghulurkan satu surat kepada papa. "Jadi sila bagi kerjasama dan kosongkan rumah ni dalam masa satu jam".

                    Surat itu papa capai dengan kasar lalu tanpa membuang masa, isi kandungannya dibaca. Dapat aku lihat wajah papa mula berubah pucat saat membaca surat itu. Kepalanya digelengkan. "Ini mesti ada yang silap!".

                   "Kalau ada bantahan, encik boleh bawa perkara ni ke mahkamah tapi untuk masa ni sila keluar sebelum kami terpaksa ambil tindakan tegas".

                       "Abang!". Mama bersuara dengan wajah terkejut apabila mendengar kata-kata itu. "Buatlah sesuatu. Takkan kita kena keluar daripada sini?".

                     Telefon bimbit yang berada ditanganku, aku pandang apabila mendengar bunyi mesej masuk. Melihat terdapat satu mesej daripada nombor yang tidak dikenali, aku segera membacanya. Terkaku aku apabila membaca isi kandungannya.

           Welcome to hell, Caytrina

            Pegangan aku kuatkan pada telefon bimbit. Pandangan aku alihkan pada papa yang sudah terdiam di tempatnya berdiri manakala mama dan Cynthia sudah mula menangis memandang barang-barang yang dianggkat keluar satu-persatu.

              Kyle.....

#NOTEDITED

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience