BAB 8

Romance Series 7998

AKU bernyanyi-nyanyi perlahan sambil melangkah keluar dari kelas bersama senyuman yang tidak lengkang daripada bibir. Seorang lelaki yang berdiri tidak jauh daripada lokar Kyle, aku hampiri. "Ben kan?". Sapa aku tiba-tiba membuatkan dia menoleh padaku.

            Ben mengangguk.

             "So.. mana Kyle?". Tanya aku sambil meliarkan pandangan kesekeliling.

                "Tuan Kyle dah tunggu dalam kereta. Jom saya bawa cik ke kereta". Jelasnya.

                 "Oh ya ke?. Jomlah!". Jawap aku ceria. Kemudian, mengikuti Ben yang berjalan menuju ke pintu keluar.

                 Senyuman aku semakin melebar sebaik sahaja melangkah keluar. Wow ...boleh tahan kereta. Kyle ni betul ke anak peguam?. "Jom cik". Panggil Ben menyentak lamunanku.

                   Tanpa membuang masa, aku mendekati kereta itu. Pintu kereta di bahagian belakang dibuka lalu aku meloloskan diri ke dalam. "Kau buat apa dekat sini?". Soal Kyle yang berada di sebelahku.

                   "Buat apa lagi?". Soal aku kembali. "I pindah masuk rumah you hari ni. You lupa ke?".

                   "Aku tahu. Aku tak bodoh lagi macam kau. Kau keluar sekarang dan duduk dekat depan. Aku tak nak kau ada dekat dengan aku". Balasnya kasar. "Tunggu apa lagi?. Keluarlah!. Dah cukup baik aku tumpangkan kau sekali".

                    Aku merengus geram. Ringan sahaja mulutku mahu menjawap tetapi aku hanya membiarkan. Tanpa membantah, aku keluar semula daripada kereta dan duduk di bahagian depan, bersebelahan dengan Ben. Kereta segera dipandu meninggalkan perkarangan kampus.

                 "Bagasi i mana?". Kepala aku toleh kebelakang apabila teringat bagasi yang aku berikan kepadanya pagi tadi.

                 "Aku dah suruh orang bawa balik dulu". Jawapnya tanpa memandangku. Pandangannya difokuskan pada telefon.

                  "Rumah you dekat mana?". Soal aku lagi. Sengaja mahu menganggunya.

                    "Kau boleh tak jangan tanya soalan yang tak perlu?. Nanti sampai kau tahu lah".

                     Aku mencebik.

                     "You tinggal sorang ke?".

                       Diam.

                      "I dengar yang ayah you berkerja dengan kerabat diraja. Betul ke?".

                      Diam.

                       "Ayah you pernah jumpa ke dengan putera mahkota tu?. Macam mana rupa dia?".

                        Diam.

                         "Betul ke tak ada seorang  pun yang tahu rupa dia macam ma..".

                        "Kau boleh diam tak?". Kyle mendongak memandang wajahku. "Kau tak payah nak sibuk-sibuk ambil tahu pasal dia, aku tak rasa yang dia berminat nak tahu pasal kau".

                       Mata aku julingkan ke atas apabila mendengar kata-kata Kyle. "I cuma tanya aje. Ayah you kerja dekat istana. Takkan lah tak pernah terserempak dengan..". Aku tersentak apabila Kyle mendekatkan wajahnya ke arahku secara tiba-tiba.

              "Kau memang tak faham bahasa kan?. Kau diam sebelum aku halau kau keluar dari sini". Ugutnya sebelum bersandar pada belakang kerusi semula. "Dan aku nak kau tahu yang aku cuma bagi kau tinggal dekat rumah aku sebab Bella. Aku dah buat apa yang kau nak jadi aku harap kau jauhkan diri daripada Zayn".

                 "You pun kena tahu yang i tinggal dekat rumah you sebab you dah halau i keluar daripada rumah i sendiri". Kata aku lalu menoleh ke hadapan semula. Aku tak rasa yang dia boleh bertahan lama dengan aku untuk Bella sekalipun. Jadi aku rasa aku takkan ambil masa yang lama untuk dia serahkan balik harta papa.

  

         ??????????????????????

Mulut yang terlopong sedari tadi, aku tutup. Terpegun aku sebaik sahaja tiba di rumah Kyle. Rumah agam berwarna putih yang berada dihadapanku, aku pandang tanpa berkelip. Tak hairanlah kalau Kyle boleh buat papa bangkrap dalam masa sehari tapi takkan lah keluarga Kyle sekaya ni. Jutawan pun belum tentu mampu untuk tinggal dekat rumah macam ni.

             Kaki diatur mengikut jejak Kyle yang menonong sahaja masuk ke dalam tanpa menghiraukanku. Ben pula sudah hilang entah ke mana. "Oh my god". Luah aku tanpa dapat dikawal apabila melihat reka bentuk dalamannya. Berapa banyak duit yang habis untuk bina rumah macam ni?.

               "Ini tetamu dekat rumah. Caytrina". Aku menoleh ke arah Kyle apabila mendengar suaranya. Tiga orang perempuan yang kelihatan sedikit tua daripada aku dan Kyle berdiri tidak jauh dari situ. Pakaiannya mereka yang terdiri daripada warna yang sama iaitu putih, aku pandang buat seketika sebelum memandang Kyle semula. "Tapi saya tak nak dia dapat layanan istimewa. Dia akan tinggal dekat sini untuk sementara waktu. Tak perlu sediakan apa-apa untuk dia. Kalau dia nak, dia boleh buat sendiri".

                 Erghh...

                "Ini antara pembantu yang akan ada dalam rumah ni". Ucap Kyle padaku. "Ila bawa dia ke bilik di tingkat satu yang masih kosong". Arahnya pula pada perempuan yang berada di tengah-tengah.

                  Tanpa membuang masa, Ila segera berjalan ke arahku bersama senyuman nipis dibibirnya. Sekurang-kurangnya, dia ni tak adalah teruk sangat daripada pembantu di hujung sebelah kiri yang asyik menjelingku sejak tadi.

                     "Jom cik. Saya tunjukkan bilik cik". Ujar Ila mesra.

                       Kepala aku anggukkan. Namun, belum sempat aku mengikuti Ila, Kyle bersuara lagi membuatkan aku memandangnya kembali. "Aku ada hadiah untuk kau dekat kolam renang. Hadiah sempena hari pertama kau dekat sini". Katanya. Kemudian, meninggalkan aku yang terpingga-pingga dengan ucapannya tadi. Takkan lah dia belikan aku hadiah.

                  "Cik nak tengok bilik atau pergi kolam renang dulu?". Tanya Ila disebelahku.

                       "Kolam renang". Jawap aku ringkas.

                        Ila mengangguk lalu menyuruh aku mengikutinya ke bahagian kiri rumah agam. "Yang sebelah kanan tadi tu nama dia Zira dan yang sebelah kiri tu nama dia Nadia. Ada beberapa lagi pembantu tapi cik akan kerap jumpa kami bertiga". Jelasnya tanpa dipinta. "Saya tengok macam mana Zira tengok cik tadi. Dia memang macam tu. Cik jangan risau".

            "Baguslah kalau macam tu. I pun tak nak bagi dia masalah. By the way, panggil i Katty je".

              "Tak apa ke?. Tuan Kyle tak marah ke nanti?". Soal Ila dengan ragu-ragu.

                "Tak. You dengar kan apa yang tuan you cakap tadi?. I tak dapat layanan istimewa. So..i tak rasa pun dia kisah".

              "Tapi tuan Kyle tak pernah bawa tetamu ke sini sebelum ni".

                 Maknanya aku orang pertama yang cari pasal dengan dia. Great. "Mana mak dengan ayah dia?. Tak nampak pun". Aku menukar topik.

               "Tuan Kyle tinggal seorang diri dekat sini".

                "Ohh..tapi kenapa?. Rumah ni  kan be...".Kata-kata aku terhenti apabila sampai di hadapan kolam renang. Bukan kerana kolam renang tersebut yang mewah tetapi kerana pakaian dan bagasi aku yang terapung-apung di atas air. Nasib baik  aku tak masukkan benda lah selain pakaian dalam bagasi tu.

                 Ila yang berdiri disebelahku turut terdiam. Tidak berani bersuara. Bagus!. Apa yang aku nak pakai lepas ni?. Kyle ni memang tak guna!!!.

            ????????????????????

Mulutku tidak henti-henti menyumpah seranah Kyle sedari tadi. Ada ke patut dia buang semua pakaian aku?!. Punggung aku labuhkan di birai katil. Memandang ruang sekeliling. Semakin kuat aku menyumpah Kyle melihat keadaan bilik. Dia bagi aku bilik pembantu!. Sebelah dengan bilik Nadia tu pulak. Dia tak faham ke yang aku nak bilik mewah?. Bilik yang ada macam-macam. Televisyen, sofa , yang penting semua lah aku nak. Macam bilik aku dekat rumah papa dulu.

             "Cik Katty". Panggil Ila berhati-hati di muka pintu. "Ini yang cik nak. Saya tak boleh masuk bilik tuan Kyle. Ini aje yang saya jumpa dekat ampaian". Satu baju kemeja berwarna hitam dan seluar pendek berwarna putih milik Kyle diletakkan di atas katil berhampiranku. Selepas kejadian tadi, aku segera mengugut Ila untuk memberikan aku pakaian Kyle kalau tak aku akan tolak dia masuk kolam renang. Aku tak yakin nak pakaian orang lain. Lagipun, dia yang campak pakaian aku dalam kolam.    

              Aku sekadar mengangguk. Ila yang keluar aku biarkan. Pakaian yang berada di atas katil lalu aku masuk ke dalam bilik air untuk mandi dan menukar pakaian. Tidak sampai setengah jam, aku keluar semula. Rambut yang masih basah, aku sanggul tinggi. Kemudian, aku melangkah keluar daripada bilik.

                Kaki aku atur ke arah ruang tamu yang pernah Ila tunjukkan pada aku tadi. Remote Tv aku ambil sebelum aku mengambil tempat di salah satu sofa mewah yang berada di situ. Suara tv sengaja aku kuatkan sehabis yang boleh. Beberapa minit kemudian, Ila datang dah menghidangkan aku pelbagai jenis buah-buahan dan jus oren. Sempat aku mengajaknya untuk duduk bersama tetapi pantas ditolak olehnya.

                 "Damn it!. Apa masalah kau ni?". Tengking Kyle yang tiba-tiba muncul dihadapanku dengan wajah bengang. Menghalang pandanganku pada kaca televisyen.

                 "Tepi sikit. Tak nampak". Arah aku selamba.

                   "Aku peduli apa!. Kau jangan nak buat rumah ni macam rumah kau. Kau nak suruh aku ha...wait!. Siapa yang suruh kau sentuh baju aku ni?!". Marah Kyle apabila menyendari pakaian yang tersarung ditubuhku.

                   "Habis tu you nak suruh i pakai apa?. Langsir?". Balas aku dengan nada bosan. Pandangan cuba aku fokuskan pada kaca televisyen.

                    "Aku tak suka orang sentuh barang aku". Tegasnya.

                     "Oh ya?". Aku memandang ke arahnya sambil mengunyah epal yang berada ditanganku. "Tapi i suka sentuh 'barang' orang lain. I like it so much". Aku bangun daripada sofa dan berjalan ke arahnya. "Jadi belajar lah berkongsi ya?".

                  Kyle merengus geram.

                   "Kali ni aku biarkan kau sebab aku yang campak pakaian kau dulu tapi tak boleh ke kau ada rasa malu sikit?. Dalam rumah ni bukan ada kau sorang aje.  Sekurang-kurangnya pakailah lah seluar. Kau boleh curi baju aku takkan tak boleh curi seluar aku sekali?. Takkan kau nak goda perkerja aku jugak".

                   Aku tersenyum nakal. Baju kemeja yang separas dengan paha aku itu, aku selak sedikit menampakkan seluar pendek tadi. Sekali pandang memang nampak macam aku tak pakai seluar sebab kemeja ni dah cukup besar. "Jangan risau i dah curi seluar you sekali. Kan Nadia?". Ujar aku sambil berpaling ke arah Nadia yang kebetulan melalui ruang tamu. Senyuman sinis aku lemparkan kepadanya. Nampak sangat yang perempuan ni ada hati dengan Kyle. "Lagipun, Kyle you ni macam tak biasa pula. Kita berdua kan dah biasa buat..".

                "Maaf. Saya minta diri dulu. Ada kerja yang kena saya siapkan". Pamit Nadia tergesa-gesa.

                  "Okay. Kerja elok-elok ya". Jawapku sambil menggosok-gosok lengan Kyle. Sengaja. Kelibat Nadia yang semakin menghilang, aku perhati.

               "Kau ni memang perempuan tak tahu malu kan?". Kutuk Kyle di sebelahku. Tangan aku di lenganku ditepis kasar.

                Aku menoleh kepada Kyle. "Kenapa?. Tak suka?. Kalau tak suka you boleh pulangkan rumah i". Kata aku lalu mengambil tempat di sofa semula. Epal aku kunyah lagi.

                  "Kau jangan nak mimpi".

                   "Jadi berhenti cari pasal!. I belum lepaskan Zayn lagi, you nak i buat lebih teruk ke?. You nak i pergi tinggal sekali dengan Zayn dan Bella?". Aku cuba mengancamnya.

                  Zayn memandangku tajam. "Semua ni belum berakhir lagi. Aku akan pastikan kau jauhi Zayn".

                  "Dah?. Kalau dah tolong ke tepi". Jawap aku tanpa perasaan. Namun, pandangan tidak aku alihkan daripadanya. Keadaan akan berbeza ke Kyle kalau you tahu perkara sebenar?.

                                 
            ????????????????????

"Maaf kami tak boleh terima cik bekerja dekat sini".

"Kami dapat arahan untuk tak benarkan perempuan dengan nama Caytrina untuk bekerja di sini".

"Cik tak boleh bekerja dekat sini".

"Maaf".

"Maaf".

             Aku melangkah keluar daripada restoran dengan wajah yang keruh. Punggung aku labuhkan di atas kerusi yang berada di luar restoran. Dokumen ditanganku, aku letakkan di atas meja sambil mengeluh berat. Tak ada orang lain yang akan buat macam ni selain Kyle. Macam mana aku nak cari kerja sekarang?.

               Sebuah kereta Lamborghini berwarna putih yang tiba-tiba berhenti dihadapan restoran, aku pandang lama. Namun, apabila melihat orang yang keluar daripada kereta tersebut, kepala segera aku toleh ke arah lain. Tak guna. Kerusi yang berada dihadapanku ditarik lalu Kyle duduk di situ. Memandang aku dengan senyuman sinis.

                   "Kenapa?. Tak ada orang nak ambil kau bekerja ke?. Kesian. Aku tak sangka pula yang kau betul-betul akan cari kerja. Aku ingatkan yang kau akan cari lelaki untuk kau kikis duit dia". Ujarnya.

                  "You jangan risau. I dah jumpa lelaki yang i boleh kikis duit dia. Zayn mesti banyak duit kan?". Jawap aku tidak mahu mengalah. Senyuman sinisnya aku balas.

                "Kau memang sengaja nak buat aku marah kan?. Zayn tu suami Bella!. Berapa kali kau nak suruh aku ulang?".

                "Suami isteri pun boleh bercerai. Cuma tunggu masa yang sesuai aje. Lagipun, senang lah nanti kalau Zayn dan Bella berpisah. You cintakan Bella dan i nakkan Zayn". Sengaja aku menaikkan amarahnya.

               "Aku tak semurah kau". Kyle memandang aku tajam.

               "Tak payah nak berlagak baik sangatlah, Kyle". Sindir aku sambil bangun daripada kerusi. Mahu segera pergi dari sini. Namun, Kyle pantas menahanku. Sekeping surat dikeluarkan daripada poket seluar jeansnya lalu diletakkan di atas meja.

         Aku melihat Kyle sekilas dengan curiga sebelum surat itu aku capai dan dibuka. Tanpa membuang masa, isi kandungannya aku baca. Terus sahaja aku menoleh pada Kyle kembali. "Apa ni?. Apa ni Kyle?!!". Jerit aku tidak berpuas hati apabila membaca surat yang mengatakan bahawa aku perlu membayar hutang-hutang universiti yang tertunggak sebelum ini dalam masa sebulan kalau tak aku akan dibuang daripada univerisiti sedangkan aku yakin yang aku tak pernah ada pun hutang sebelum ni.

              "Aku dah pernah cakap kan yang aku nak kau keluar daripada universiti tu". Katanya tenang.

                "You're disgusting".

                "Kau atau aku?. Jangan buat macam kau tak bersalah. Kau yang jahat!. Kalau kau dengar cakap aku daripada awal, aku takkan buat sampai macam ni. Cepat atau lambat aku akan buat kau pergi dari sini".

                 Aku terkedu.

                 "Kalau kau belum sedar lagi. Biar aku ingatkan kau. Apa yang keluarga kau hilang sekarang ni semuanya sebab kau. Semua orang terutamanya aku akan bahagia bila kau tak ada". Tubuhku ditolaknya kuat kebelakang.

                  Kedua tangan aku gengam erat. Airmata yang mahu mengalir ditahan. Tak. Aku tak selemah ni. Aku takkan menangis di depan lelaki macam dia. It's okay Katty. It's okay...

                 "Semua penderitaan ni tak akan habis selagi kau tak mengalah dan dengar cakap aku".

                   "Buatlah apa yang you nak tapi i takkan pergi dari sini dan i akan rampas balik apa yang you dah ambil. You tak tahu apa-apa. Jadi berhenti berlagak macam you tahu semuanya. Nah!. Ambil balik surat bodoh ni". Surat ditanganku, aku baling ke dadanya. "Kalau i menderita, i akan pastikan yang Bella pun akan menderita". Bohongku lalu segera berjalan meninggalkannya. Kyle tak guna!!!.

                  Dan sumpahan tu..aku tak sangka yang ianya akan berkesan pada Kyle. He's dangerous.

              

#NOTEDITED

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience