Bab 2

Romance Series 7998

BAGAI terkena renjatan elektrik, aku segera merentap tanganku yang dipegangnya. Mengundang jelingan tajam daripada lelaki dihadapanku dan dalam sekelip mata tubuhku sudah ditolak rapat ke dinding yang berada dibelakangku. Hujung pistol ditekan sedikit ke dahiku. "Who are you?. What are you doing here?. This is not your place".

              Aku berdehem kecil.

               "Ini bilik I. You yang buat apa dekat sini?". Soalannya dibalas dengan soalan.

                "Ini bukan tempat untuk main-main. Siapa yang suruh kau ikut aku sampai dekat sini?". Wajahnya semakin tegang.

                  "Mana ada i ikut you. You yang ikut i sekarang ni". Balas aku bodoh.

                  "Really?". Pistol ditekan semakin kuat ke dahiku bersama senyuman sinis dibibirnya.

                 "Okay...okay!". Aku mengangkat kedua-duan tangan ke atas tanda menyerah kalah. Nampaknya dia memang tak teragak-agak nak bunuh aku dekat sini. "I..I..you know..boleh tak you cat pistol ni warna lain. Blue should be nice". Cadang aku tiba-tiba sambil merampas pistol ditangannya tanpa sempat lelaki itu menghalang. Pistol berwarna hitam yang berada ditanganku, aku perhatikan.

               "Kau...".

                "Yes?". Soalku sambil mengacukan pistol ke arahnya membuatkan dirinya tergaman. "You tahu tak yang i datang sini dengan niat untuk tolong orang and of course supaya i dapat pakai baju ni. Cantik kan?". Aku melirik sedikit ke arah gaun yang sedang aku pakai saat ini. "Tapi lelaki tu tipu i supaya i kahwin dengan dia. I ni muda lagi. Takkan i nak kahwin awal-awal. Jadi i lari, naik lif dan turun dekat lobi. Lelaki number 1 kejar i. Lepas tu, i nampak lelaki number 2. Jadi i berpura-pura lah jadi tunang lelaki number 2 dan sekarang ni lelaki number 2 cuba nak bunuh I. Malang betul hidup i. I cuma perempuan yang tak berdaya". Terang aku senafas dengan wajah kecewa.

           "Oh...".

           "Oh?". Ulang aku dengan wajah tidak percaya apabila melihat reaksi lelaki dihadapanku. "I terang punyalah panjang lebar. You cakap oh aje?. 3 perkataan?. Ni lah lelaki. Tak pernah faham perempuan". Pandangan disebalik kaca mata hitam yang dipakainya, aku tentang. "Sebagai lelaki, tugas dia adalah untuk bahagiakan perempuan. Perempuan ni penting tau. Lebih lagi kalau perempuan macam...".

             "Can you shut up?". Katanya dengan wajah bosan lalu mengambil pistol ditanganku tanpa perlu bersusah payah. Aku pegang memang nak suruh dia ambil pun...Stupid Katty!. Pegang pun tak kuat.

                 "I mean...perempuan memang tak penting. Lelaki tak payah bahagiakan perempuan..perempuan boleh bahagia sendi...".

                 "Pakk!!". Lelaki itu menghentak dinding berhampiran dengan kepalaku kuat. Wajahnya didekatkan denganku.

         Aku segera menutup mulut. Tidak berani mahu mengeluarkan sebarang kata-kata. Pistol ditangannya dimain-mainkan di wajahku. Mahu sahaja aku memberitahunya yang aku baru selepas membuat rawatan muka semalam.

            "Jadi kau cakap yang kau tak sengaja?".

               Aku mengangguk.

                "Kau buat macam tu sebab nak selamatkan diri bukan sebab kau nak cari pasal dengan aku?".

               Aku mengangguk lagi.

               "Kau memang dah tak ada suara ke?. Angguk ..angguk tadi bukan main sangat membebel". Sindirnya.

              "Tadi you jugak yang suruh i senyap. I senyap you suruh i bercakap pulak?. You ni nak yang mana satu?. Fikir pun tak betul. Pening lah!". Bentak aku geram.

               "Aku suruh kau bercakap bukan membebel".

               "Mana ada I membebel. You jangan nak tuduh-tuduh. I tengah bercakap ni!. You ni memang suka cari salah...wait..". Aku merapatkan lagi jarak diantara aku dan dia lalu kaca mata hitamnya aku tanggalkan. "I macam pernah tengok muka ni. You..you kyle?!." Jerit aku terkejut. "You kyle kan?. Satu kampus dengan I.  You kawan Bella kan?".

                "Macam mana kau kenal Bella?". Jadi betul lah dia Kyle. Aku sudah tersengih-sengih.

                "I kawan dia. Bestfriend". Tekanku. "I pernah tengok you dengan Bella beberapa kali. Lagipun, takkan you tak pernah nampak muka i?. I ni jenis muka yang orang akan pandang dua kali. I salah seorang student yang paling hot".

                Kyle tidak membalas. Wajahku dipandang dengan curiga. Pistol ditanganya disimpan ke dalam poket belakang seluar semula lalu telefon bimbitnya dikeluarkan dan mendail nombor seseorang. Kemudian, telefon ditekapkan ke telinga tanpa berganjak sedikitpun daripadaku. "Hello. Aku nak kau cari maklumat pasal seseorang". Ujarnya. "Apa nama kau?". Soalnya padaku pula.

              "Katty tapi orang selalu panggil i...".

               "What kind of name like that?". Rungutnya.

              "Hei!. You jangan nak kutuk nama i. Nama tu bermakna untuk i. Dulu mama i cakap yang i comel macam kucing, so mama i panggil i Kitty tapi bila dah besar sikit mama i start panggil i Ka..". Kata-kata aku terhenti apabila Kyle menekup mulut aku dengan sebelah tangannya tanpa amaran. "Ummphh...".

              "Nama dia Katty. Kau cari betul ke dia student dekat kampus yang sama dengan aku. Aku nak maklumat tu sekarang jugak".

               Mata aku julingkan ke atas. Kedua tangan aku silangkan ke dada dengan mulut yang masih tertutup. Dia ni kan...

                Tidak sampai seminit, Kyle sudah memutuskan talian. Wajahku dipandang buat seketika sebelum tangannya pada mulutku dilepaskan. Kemudian, tanpa sebarang kata Kyle berjalan meninggalkan aku.

                 Aku tersentak.

                 "Hei lelaki number 2!. You nak pergi mana?!". Laung aku tidak berpuas hati.

               "You memang kawan Bella. Anggap aje hari ni tak pernah terjadi apa-apa". Ucap Kyle sambil membuka pintu.

                 "Hah?. Habis i ni macam mana?. Takkan you nak tinggal i dekat sini sorang-sorang. Perempuan lemah macam i ni?. Nanti kalau lelaki number 1 datang balik macam mana?. Nampaknya i memang tak bernasib baik. Jalan hidup i terlalu sukar. Tanpa i sedar yang i sebenarnya cuma ...".

                "Kau nak apa sebenarya?". Marah Kyle yang jelas kelihatan bengang.

                 Aku menahan ketawa.

                 "You kena bertanggungjawap. I tak kira. You cuba bunuh i tadi. Kalau tak i bagitahu Bella perangai kawan dia ni macam mana. Sekarang ni i nak you jaga i. Lagipun, i tak tahu nak minta tolong siapa".

            Kyle menunjuk ke arah telefon bimbit yang berada ditanganku. Tanpa membuang masa, aku membuat perkara yang paling bodoh semata-mata kerana tidak mahu dia meninggalkan aku. Nampaknya aku kena suruh Sara balik dulu. Balkoni aku dekati semula lalu telefon ditanganku, aku jatuhkan ke bawah. "Boleh you jaga i sekarang?".

         

             
LANGKAH Kyle aku ikuti daripada belakang dengan senyuman yang tidak lepas daripada bibir. Tak sangka pula dia betul-betul bagi aku ikut dia. Mana lah Bella jumpa dia ni. Kyle yang berhenti dihadapan sebuah bilik yang dijaga oleh beberapa orang lelaki berkot hitam, aku perhatikan. Melihat Kyle meloloskan diri ke dalam bilik tersebut, aku terus berbuat perkara yang sama sambil diiringi oleh pandangan lelaki-lelaki. Siapa Kyle ni?. Macam putera raja je ada pengawal.

           "Aku kena stay dekat sini sehari lagi jadi kalau kau nak ikut aku atau tak terserah. Aku dah cukup baik biar kau ikut aku. Kalau kau bukan kawan Bella, aku takkan ..".

           "Ya...ya. Bisinglah". Potong aku tidak berminat. Pandangan aku liarkan kesekeliling. Cantik.

           "Bising?. Aku tengah bagi arahan untuk kau ikut kalau kau nak stay dengan aku".

         "Whatever. Boleh tak cakap lain kali je. I tak suka dengar-dengar arahan ni. Dah rasa macam orang-orang tua".

           Kyle sudah memicit dahinya.

           Aku bergerak ke arah katil lalu membaringkan tubuh di situ. Letih!. "I perempuan yang lemah tau jadi i tidur sini ya?. You cari tempat lain. Jangan cuba datang dekat. Kalau tak i jerit yang you cuba cabul i".

           "What?!. Kau yang...". Kyle cuba membantah dengan wajah yang serabut.

             "Haishh..you tak reti hormat privasi orang ke?. Tidur je lah dekat sofa tu and please..tolong cari pakaian baru untuk i. I rimas pakai gaun ni walaupun i nampak cantik sangat".

             Dapat aku dengar Kyle mendengus geram tetapi aku tidak menghiraukannya. Mata aku pejamkan. "Dah pergi. You menganggu pandangan i".

       

AKU memandang cermin dihadapanku lama. Wajahku sudah menjadi merah menahan amarah. Lelaki memang tak faham perempuan. Baju t-shirt berwarna hijau bersaiz tiga kali ganda daripada aku serta seluar panjang lelaki berwarna putih, itu yang Kyle dapatkan untuk aku. Harap-haraplah aku tak terserempak dengan sesiapa sepanjang dekat sini. Turun saham aku kalau sesiapa nampak aku pakai baju macam ni. Kyle ni memang tak faham perasaan perempuan lemah macam aku.

           Pintu bilik air aku buka dengan kasar. Kyle yang berbaring di atas kerusi aku dekati. Niat aku yang tadinya mahu memarahinya terbantut apabila melihat matanya yang sudah tertutup rapat.

          "Tahu-tahu je aku nak marah dia". Gaun yang aku letakkan di atas katil, aku ambil lalu aku selimutkan pada tubuhnya. Takkan aku nak bagi selimut aku pulak. Cukuplah tu.

             Perlahan-lahan aku duduk bersila di atas permaidani, berhadapan dengannya. Wajahnya aku pandang lama sebelum beralih pada sebelah tangannya yang diletakkan di atas dahi. Satu senyuman terukir di bibirku. Tanpa dapat aku tahan, tangannya itu aku capai berhati-hati lalu aku satukan dengan tanganku.

             Kelopak mata aku pejam buat seketika sebelum membukanya kembali dengan pandangan dingin. Senyuman yang tadinya terukir terus menghilang. "Let's see if you'll get dangerous".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience