Bab 3

Romance Series 8042

"HRMM". Bibirku tersenyum lebar sambil mengemaskan lagi pelukan pada 'bantal". Terdengar bunyi seperti denyutan jantung seseorang. Sebelah tangan aku mula menepuk-nepuk perlahan tempat yang berbunyi itu. Namun, belum sampai seminit, terasa tubuhku ditolak kasar sehingga jatuh. "Auww!!. What the...".

"Stop touching me! and why did you sleep with me?!!".

Aku mengerdipkan kelopak mata beberapa kali. Memandang Kyle yang sudah turun daripada sofa dan berdiri tepat dihadapanku yang masih berada di atas lantai akibat tolakkannya. Sebelah tangan aku hulurkan padanya supaya membantu aku bangun tetapi Kyle hanya menepisnya sambil menjelingku tajam.

"Answer me kitty". Desaknya.

"It Katty. Spell it with me. K.A.W.W.Y...wait did i spell it right?.". Aku bersuara sambil berdiri dengan payahnya. Mulut yang menguap ditutup.

"Answer me!". Ulangnya tidak berpuas hati.

"Erggh!. Calm down. I cuma tidur sebelah you. Semalam sejuk sangat. Jangan risau i tak ro...". Bicara aku terhenti apabila Kyle memandang aku dengan pandangan membunuh. Keluhan berat aku lepaskan. "Can we just sleep?". Aku mendekatinya semula sambil mendepakan kedua-dua tangan. Mahu memeluk Kyle kembali. Namun, Kyle segera mengelak.

"I nak mandi dan i nak lepas i keluar you dah tak ada dekat sini. Faham?". Arahnya tegas.

"Whatever. Just go. Bising betul". Balas aku acuh tak acuh sambil bergerak ke arah katil pula. Tubuh aku rebahkan di situ.Kemudian, kelopak mata kembali aku tutup.

Aku ketawa kecil apabila mendengar pintu bilik air dihempas kuat. Kelopak mata kembali aku buka lalu aku duduk bersila di atas katil. Bilik air dipandang beberapa kali sebelum aku membuat keputusan turun daripada katil dan menghampiri bilik air. Dengan wajah tidak bersalah pintu bilik air aku tolak lalu aku melangkah masuk ke dalam. Kyle yang sedang menanggalkan baju tergaman.

"Aaaa....Aaaa...". Jeritan palsu aku keluarkan tanpa menghentikan kakiku yang semakin mendekatinya. Nice view! "Aaaa...".

Kyle merengus geram. Bajunya yang hampir ditanggalkan, dibetulkan kembali. "Kau buat apa dekat sini?. Kau tahu kan yang aku ada dekat dalam ni?".

"I bosan lah dekat luar sorang-sorang. I rasa macam....".

"Get out!".

"Tak hilang lah kalau i tengok sikit".

"Get out!!!". Tengking Kyle lantang.

"I nak basuh muka lah. Tak elok biarkan lama-lama lepas bangun. You ajelah yang keluar. You tak penting mana pun, i yang penting dekat sini". Halau aku pula.

Kyle terkedu. Rambutnya diraup kasar ke belakang dengan wajah serabut. Dia ni ada masalah ke?.

"This is my room". Ujarnya sambil mengetap gigi.

Kepala aku anggukkan. Mengiakan kata-katanya.

"Kau menumpang dekat sini".

Aku mengangguk.

"Aku nak kau keluar dari sini. Aku dah cakap kan yang aku tak nak kau ada dekat sini lagi".

"You yang suruh i pergi, i tak cakap pun yang i setuju".

"Damn it!. Just get out!". Kyle menarik tangan aku. Kemudian, mengheret aku keluar daripada bilik.

"Kyle, I..".

Pintu dihempas kasar dihadapanku. Tidak memberi peluang untuk aku membantah. Hampir sahaja terkena wajahku. Aku mencebik. Mengada!.

AKU merengus geram buat kesekian kalinya. Kyle ni memang sengaja suruh aku pakai baju dia. Tak berperikemanusian betul. Kemeja putih yang tersarung di tubuhku, aku masukkan ke dalam seluar yang saiznya juga memang menyakitkan hati aku. Kenapalah dia ni tak boleh keluar belikan aku baju baru?. Habis lah aku kalau terus macam ni. Pintu bilik air aku buka dengan kuat.

"Ini kali terakhir i pakai macam ni. I nampak macam penguin. A pretty penguin!". Bentak aku pada Kyle yang elok bersantai di atas sofa. Rambut panjangku, aku libas ke belakang sambil menayang wajah tidak berpuas hati.

"Dah siap ke?". Soal Kyle tenang.

"Mestilah dah siap. Buat apa i nak siap lama-lama. Bukan cantik sangat pun baju yang you bagi dekat i ni".

"Kalau macam tu tunggu apa lagi?. Keluar". Arahnya sambil bangun daripada sofa lalu bergerak ke arah pintu sebelum pintu itu dibuka luas. Isyarat mata diberikan padaku, menyuruh aku segera keluar.

"I..i..lupa nak am..ambil kasut dalam toilet..ya kasut". Dalih aku lalu pantas mengatur langkah untuk masuk ke bilik air kembali. Namun, Kyle bertindak menarik kemeja yang aku pakai daripada belakang. Menghentikan niatku.

"Get out". Kyle mengheret aku ke arah pintu.

Kepala aku geleng laju. "No!".

"Just get out, kitty. Aku ada hal kejap lagi dan aku tak nak kau ada dekat sini".

"I tak nak. You jangan paksa-paksa!".

"Keluar!!!". Suara Kyle mula meninggi.

"Okey..okey!. I keluar tapi dengan satu syarat. I nak ikut you nanti. I janji i akan pergi sebelum malam ni". Aku memeluk lengannya yang erat.

"Tak ada. Kau keluar sekarang!".

Aku mengetap bibir. Lengannya aku lepaskan. "I bagitahu Bella yang you cuba ro...".

"Ro..apa?. Kau cakap sekarang". Mencerlung mata Kyle memandangku. Mencabar. Dia ingat aku tak berani ke?. Ini Katty lah!.

"Ro...apa?!!. Tadi kau berani sangat!".

"Ro..ro..roti. You ba..bagi i ro..ti". Tergagap-gagap aku menjawap. Macam mana Bella boleh berkawan dengan orang yang panas baran ni?.

"Keluar". Ulang Kyle dengan suara yang mulai mengendur.

"Tak nak!. Janganlah". Ucapku dan tanpa berfikir panjang, tubuhnya aku peluk.

Diam.

"Kyle please..". Wajah aku dongakkan memandangnya yang seakan-akan terkaku.

Kyle berdehem kecil.

Tubuhku segera ditolaknya menjauh. "Okey. Kau boleh ikut tapi kau ingat..sebelum malam aku dah tak nak tengok kau ada depan aku. Faham?".

Aku mengangguk laju.

"Promise!".

KYLE yang duduk di dalam kereta bersebelahan denganku, aku pandang dengan wajah bosan apabila melihat kyle asyik memandang telefon bimbit ditangannya. Dia ni tak boleh nak bertenang ke?. Ke mana lah dia nak pergi. Dah dekat sejam tapi tak sampai-sampai lagi. Yang aku pun satu, nak pergi ikut dia kenapa?. Aku mengalihkan pandangan pada pemandu lelaki yang duduk dihadapanku saat ini. Kacak. Belum sempat aku mahu mencuit bahu lelaki itu, satu tangan lain menepis tanganku.

Aku menoleh ke tepi.

Kyle memandang aku tajam.

"Jangan ganggu dia".

Kepala aku anggukkan lalu sebelah tangan Kyle aku pegang kemas. "Kau buat apa ni?". Soalnya hairan.

"Pegang tangan you". Jawap aku.

"Cukup-cukuplah tu jadi bodoh hari ni. Simpan sikit. Esok kau kan nak jadi bodoh lagi". Kutuknya selamba. Kemudian, menarik tangannya yang sedang aku pegang.

Kedekut!.

"I nak ganggu dia, you tak nak bagi. You ni bosan lah. Tak hormat perempuan. Sepatutnya you cuma hiburkan hati perempuan lemah macam i ni. Hati yang kesunyian dan...".

"Ben nanti kau berhenti dekat simpang tu". Potong Kyle pantas .

"I diam!. Okey..i diam. I takkan ganggu orang dalam kereta ni. Betul!". Sampuk aku dengan panik.

"Good". Balasnya lalu memandang telefon bimbit ditangannya kembali.

Aku menjulingkan mata ke atas. Melampau!. Tak pernah-pernah orang suruh aku diam atau cakap yang aku ni bodoh. Jari aku bergerak perlahan-lahan ke arah butang yang berada berhampiran. Kyle, aku kerling sekilas sebelum cermin tingkap aku turunkan serendah-rendahnya. Membiarkan angin kuat memenuhi ruang kereta. Habis berterbangan rambutku dibuai angin. Satu senyuman lebar terukir dibibirku tanpa dipaksa.

"My name is Katty and i crazy for myself!!!". Laung aku lantang. Kemudian, ketawa kecil.

"Hye pretty girl!". Sahut satu suara lain. Aku memandang seorang lelaki yang sedang memandu kereta bersebelahan dengan kereta yang aku naiki. "I'm crazy for you". Sambungnya lalu mengenyit mata padaku.

Aku ketawa lagi.

"Nama i Alif!".

"Hai!". Tangan aku melambai-lambai padanya dengan teruja. " I suka lelaki yang nama dia bermula dengan huruf a!. Lebih-lebih lagi kalau dia kacak macam you!!".

"Cool!. By the way, tu boyfriend you ke?".

Kyle?. "Tak adalah. I tak kenal pun. Jumpa dekat tepi jalan tadi. I sebagai perempuan yang baik hati, i tumpangkan dia balik rumah!!". Jawap aku tanpa menghiraukan Kyle yang berada disebelah.

"Give me your number. Kita boleh keluar bila-bila you free!".

"Kitty..". Terdengar suara Kyle memanggilku.

"017..."

"Kitty".

Aku tidak melayan.

"948..72...auw..auw!!". Terjerit aku apabila cermin tingkap dinaikkan kembali tanpa sebarang amaran. Kepala aku toleh ke arah Kyle yang menayang wajah tidak bersalah.

"Ben!. Buka balik please. I tak sempat sebut 2 nombor terakhir. You nampak kan wajah kacak dia tu. Takkan you nak biar i terlepas dia macam tu aje!". Rungut aku geram.

"Er....".

"Tak payah dengar cakap dia. Otak dia bukan betul sangat. Kalau dia bercakap lagi. Kau berhenti aje dekat mana-mana dan heret dia keluar". Celah Kyle sambil menatap wajahku dengan senyuman sinis.

Erghhh!!.

"I WANT coffee". Sampuk aku tanpa membuang masa saat melihat Kyle sedang membuat pesanan. Pelayan yang berdiri di sisi Kyle, aku hadiahkan satu senyuman. "Makan?". Kedengaran suara Kyle bertanya. Kepala pantas aku geleng membuatkan Kyle memandangku buat seketika sebelum mengalihkan pandangan pada pelayan itu semula.

"Give me set A. Make it two". Ujar Kyle lalu menghulurkan kembali buku menu pada pelayan.

Pelayan itu sekadar mengangguk sebelum beredar meninggalkan kami berdua. Pandangan aku liarkan kesekililing restoran. Mewah.

"Nah!".

Aku tersentak apabila Kyle mencampak satu kotak kecil padaku. Terkial-kial aku menyambutnya. "Handphone?". Soalku apabila melihat gambar yang terdapat pada kotak ditanganku. Bibirku mula tersenyum.

"Jangan suka sangat. Aku beli sebab kau tu kawan Bella".

"Thank you". Balas aku teruja lalu membuka kotak itu. Satu telefon berjenama Apple, aku keluarkan dengan pantas.

"Hrmm...".

Telefon aku hidupkan. Kemudian, tanpa menunggu lama aku mendail nombor Sara lalu telefon aku tekapkan pada telinga. "Sara!". Sergah aku sebaik sahaja panggilan bersambung.

"Katty?". Tanya Sara di hujung talian.

"Yalah. Siapa lagi nak call you. You ambil i dekat sini boleh tak?. I send you location i nanti, okey?". Ujarku sambil memandang beberapa orang pelayan yang mula menghidangkan makanan yang dipesan. Kyle yang asyik memandangku, aku balas dengan pandanan hairan.

"Pukul berapa?".

"Around pukul 2 you datanglah. I tunggu. Dah lah i kena letak dulu. Nanti kita cakap balik". Jawap aku sebelum memutuskan talian. Jari aku bermain-main di skrin telefon. Membuka laman sosial.

"Eat". Arah Kyle sebaik sahaja pelayan-pelayan tadi pergi.

"Sekejap". Kataku tanpa memandangnya. Mata aku fokuskan pada skrin telefon.

"Sekarang". Tegasnya.

"5 minutes".

"Fine!". Dalam sekelip mata telefon bimbit ditanganku dirampas. Aku menjeling Kyle tajam. Air kopi yang berada di atas meja, aku capai lalu diminum sedikit.

"Eat". Arah Kyle lagi.

"Hah?. Makan apa?. I tak ada pesan makanan pun".

"Habis tu kau nak suruh aku habiskan makanan ni semua?". Kyle menunjuk ke arah makanan yang berada di atas meja.

"Kalau bukan you siapa lagi?. You yang pesan". Bentak aku geram.

"Semalam kau tak makan apa-apa dan kau pun belum breakfast hari ni. Cukup ke kopi yang kau minum tu?".

Aku tersengih.

"You risau pasal i ke?. Tak payahlah. I memang macam ni. I makan bila i lapar".

"Bila masa aku risau pasal kau?. Kau jangan nak mengada. Makan!". Desak Kyle terus menerus.

"Tak nak!". Kedua tangan aku silangkan ke dada sambil bersandar pada belakang kerusi.

Kyle merengus geram.

"Kau ni memang...".

"Bisinglah!. You order you makan. Jangan nak cakap banyak!".

Kyle tidak membalas. Dengan wajah tegang, makanan yang berada di dalam pinggan mula disuap ke dalam mulutnya.

Aku tersenyum kemenangan.

"Thank you for everything. Sorry kalau i memang menyusahkan you. Lain kali kalau kita jumpa lagi i janji...i takkan teragak-agak nak menyusahkan you lagi".

"You're annoying". Balasnya.

"I'm pretty okay". Aku membela diri. Telefon bimbit yang Kyle letakkan di atas meja, aku ambil semula.

"Kau betul ke kawan Bella?. Takkan Bella berkawan dengan orang yang macam...Kau..".

"Haishh..i kawan dia okey. By the way, parents you kerja apa?. Berapa gaji diorang sebulan?. You ada berapa orang adik beradik?. Siapa yang paling dapat banyak harta?". Soal aku bertubi-tubi tanpa segan.

Kyle menghentak sudu dam garfu ditangannya ke atas meja dengan kuat. "Why?. Kau nak jadi girlfriend aku ke kalau aku kaya?".

Aku menggeleng.

"Tak. Kalau you betul-betul kaya i tak nak ada apa-apa urusan dengan you. I hope the answer is no. I dah mula suka sakitkan hati you".

Kyle terdiam.

"Tengok!". Aku menunjukkan skrin telefon kepadanya. "Nampaknya putera tu memang tak nak munculkan diri dia. Semua orang tertanya-tanya macam mana rupa dia". Semua laman sosial kecoh dengan gosip tentang putera mahkota yang sepatutnya hadir di sebuah majlis tidak munculkan diri.

"Biarlah dia nak buat apa pun". Balas Kyle tidak berminat.

"You ni memang tak ada perasaan kan?". Aku memandang skrin telefon semula. "I harap suatu hari nanti i boleh jumpa dia". Kata aku bersungguh-sungguh.

"Kenapa?. Sebab dia putera mahkota?". Kyle bersuara dengan kasar.

"He must be lonely. I nak bagitahu dia yang ianya okey untuk tak puaskan hati semua orang. Itu hidup dia. Putera atau tak dia masih seorang manusia biasa. Cuma sebab dia seorang putera, itu tak bermakna yang dia akan rasai kesakitan yang kurang daripada orang lain".

Kyle terkaku. Matanya tidak lepas daripada memandangku. Aku ada buat salah ke?.

KEDUA tapak tangan dirapatkan lalu digosok beberapa kali sebelum ditekapkan pada pipiku. Cuba mencari kehangatan. Telefon aku buka buat kesekian kalinya. Sudah hampir pukul 6 petang tetapi kelibat Sara masih tidak kelihatan. Kyle pula sudah lama meninggalkannya sendirian di sini. Dah lah sunyi aje dekat sini. Aku mengeluh berat. Kenapa Sara tak datang-datang lagi?. Apa yang dah berlaku?.

Nombor Sara didail lagi. Namun, tiada sebarang jawapan. Kenapalah aku tak hafal nombor orang lain. Bella ke?. Eliya ke?. Betul lah Kyle cakap yang aku memang bodoh tapi dia pun bodoh jugak. Ada ke patut tak teman aku sampai Sara datang. Ergh!.

Baru sahaja telefon bimbit mahu aku letakkan di telinga, seseorang menekup mulut aku dengan kuat daripada belakang menyebabkan telefon itu terlepas daripada tanganku dan terjatuh ke atas tanah. "We meet again, pretty". Bisik satu suara ditelingaku.

A..Alif?.

Aku cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri. Namun, dengan kepala yang terasa semakin pening, rontaan aku menjadi lemah. Bastard!.

"Shh... it's okay. Lepas i selesai dengan you, i hantar you ke sini balik, okey?". Tubuhku ditarik ke arah satu kereta yang berada tidak jauh dari situ. Pintu kereta disebelah pemandu dibuka lalu tubuhku ditolak masuk ke dalam.

Aku tidak melawan.

Alif membongkakkan tubuhnya ke arahku. Wajahku disentuh lembut dengan tangannya. "You memang cantik".

"Tak nak". Aku cuba menolak wajahnya yang begitu hampir denganku.

"Diam!!". Jerkahnya kuat. Daguku dicengkamnya kasar. "Kau akan ikut apa yang aku cakap. Faham?!". Wajahnya didekatkan sekali lagi denganku. Namun, belum sempat berlaku apa-apa terasa tubuhnya ditarik menjauh daripadaku dalam sekelip mata. Kemudian, terdengar seperti suara orang sedang bergaduh tetapi aku tubuhku terlalu lemah untuk menoleh.

Tidak lama kemudian, kelibat Kyle muncul di pandanganku. Kedua tangannya menyentuh wajahku. "Hei!. You okey?". Pipiku ditepuknya beberapa kali. "Kitty?".

"Kitty wake up!".

Aku tidak menjawap. Kepala aku jatuhkan ke dadanya sebelum pandangan aku bertukar gelap.

"Kau ni memang menyusahkan".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience